Bahan-bahan:
Bahan A- Tart Pastri ( 11 biji tart bergantung kepada saiz acuan):
200 gm tepung gandum ~ diayak140 gm mentega/marjerin75 gm gula icing½ biji telur (pukul ringan 1 bijip telur & ambil ½ sahaja)
Bahan B – Telur Kastard
2 biji telur50 gm gula150 ml air panas50 ml susu cair/susu segar2 titis pewarna kuning telur *optional
Cara-cara:
Sediakan doh untuk pastri.Pukul butter bersama bersama gula hingga kembang.Kemudian masukkan tepung gandum dan uli sekejap.
Masukkan telur dan adun hingga menjadi doh. Bungkus doh dengan pembungkus plastik dan simpan di dalam peti sejuk lebih kurang 30 minit.
Keluarkan doh, bahagikan doh kepada 11 bahagian atau bergantung pada saiz acuan tart yang anda gunakan.
Sapukan acuan tart dengan sedikit mentega/marjerin. Ambil satu bahagian doh dan bentuk/rapikan kan di dalam acuan tart . Buat sehingga selesai kesemua doh pastri.
Untuk telur kastard, bancuh gula bersama air panas dan kacau hingga larut.
Ketepikan dan biar sejuk.Pukul ringan telur bersama sama dengan susu segar pewarna kuning telur.
Kemudian, masukkan air gula tadi dan kacau rata. Tapis sekurang kurangnya 2 kali untuk mendapatkan tart yang licin.
Panaskan oven pada suhu 180°C . Masukkan perlahan lahan Telur Kastard ke dalam tart shell.
Bakar tart di dalam oven selama lebih kurang 25 minit atau sehingga masak.
YOU ARE READING
Koleksi Resepi
Non-FictionKoleksi resepi yang paling simple dan sedap. Anyone can cook! Yang penting kena rajin 😀 1. Tomyam Ayam 2. Ayam Bakar 3. Nugget Ayam 4. Kek Coklat Moist 5. Ayam Goreng Mamak 6. Pes Shellout 7. Lamb Chop 8. Sambal Kari Udang 9. Pes Tom Yam 10. Masa...