Untuk kulit:-
1 pek kulit popiaBahan inti:-
5 biji kentang potong dadu
1 pek kecil rempah kari ayam & daging
300 gram daging kisar
1 labu bawang besar di potong dadu
Garam
Gula
Kiub pati lembu
Air secukupnyaCara Masak:-
Tumis bawang. Naik bau masukkan rempah. Bila naik minyak masukkan daging kisar. Agak empuk masuk kentang dan air. Tunggu hingga kentang empuk. Masukkan kiub pati lembu, gula dan garam. Tekan-tekan sedikit kentang biar agar hancur. Dah masak tutup api dan sejukkan.Panas kuali non stick. Masukkan sedikit minyak. Ambil 1-2 biji telur kocakkan.
Ambil 1 keping kulit popia. Masukkan inti. Sudukan sedikit telur di atas inti tadi. Kemudian, lipat. Masukkan dalam kuali. Terbalik-balikkan hingga masak.
Cara buat pencicah.
Bawang besar
Gula
Cuka
Sirap
Sedikit air.Hiris bawang besar nipis-nipis. Gaulkan gula & cuka. Masukkan sedikit air. Titiskan sedikit sirap. Gaulkan sehingga sebati.
YOU ARE READING
Koleksi Resepi
Non-FictionKoleksi resepi yang paling simple dan sedap. Anyone can cook! Yang penting kena rajin 😀 1. Tomyam Ayam 2. Ayam Bakar 3. Nugget Ayam 4. Kek Coklat Moist 5. Ayam Goreng Mamak 6. Pes Shellout 7. Lamb Chop 8. Sambal Kari Udang 9. Pes Tom Yam 10. Masa...