Kurma Telur

98 4 0
                                    

Salam pembaca,Tak ada idea nak masak apa waktu berbuka nanti?Boleh try resepi ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Salam pembaca,
Tak ada idea nak masak apa waktu berbuka nanti?
Boleh try resepi ini.

Kurma Telur & Kentang

Bahan-bahan:-

7 biji telor siap rebus
1 biji kentang belah 8
1 bungkus kecil rempah kurma (kak paling suka rempah cap O)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
Santan
Bunga lawang
Bunga cengkih
Kayu manis
Cili merah belah 2
Cili padi

Cara-cara:-

Tumbuk bawang putih, bawang merah & halia. Panaskan minyak. Tumis bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis Dan bahan tumbuk tadi hingga kekuningan. Masukkan rempah kurma. Masukkan sedikit air supaya rempah tidak hangit. Masak hingga pecah minyak.

Masukkan santan. Masukkan kentang,  agak kentang empuk masukkan telur.

Perasakan dengan garam, serbuk perasa dan sedikit gula.

Setelah masak, masukkan cili merah dan cili padi. Dah layu boleh lah tutupkan api.




Koleksi ResepiWhere stories live. Discover now