Creamy sauce :
1 cawan susu segar
2 sudu besar buttercup/marjerin
1 sudu besar tepung gandum
** dimasak atas api Yang kecil hingga sedikit pekat. KetepikanMacaroni :
1 cawan macaroni, direndam dalam 30min sebelum direbus. Rebus hingga empuk dgn sedikit garam & minyak1 bungkus bebola daging.. Terpulang nk guna bnyk mana.. Basuh, toskan & goreng bersama minyak hingga garing
1 labu bawang merah, dicincang halus
2 ulas bawang putih, dihentak & dicincang halus
** tumis kedua bahan tersebut hingga naik bau, jgn hangus1 cawan daging hancur/kisar kedalam tumisan bawang² tadi. Letak 1 sudu kecil lada hitam yg dikisar halus & garam secukupnya . Kalau nk pedas letak black pepper lebih xpe.
1 batang carrot & lada benggala hijau, dipotong dadu. Masukkan kedalam bhn tumisan tadi. Kacau rata & masak hingga air daging tadi sedikit kering.
masukkan 1 tin SOS prego 300gram kedalam bahan² tadi, diikuti dgn bebola daging Yang telah kita gorengkan tadi. Masak lagi hingga kuah mendidih.
dah mendidih,, masukkan macaroni yg telah direbus & kacau rata. Matikan api
turn on oven, panaskan dalam 10min dgn suhu 170 .
susun bebola daging kedalam aluminium foil. Kutip la bebola tadi tu dulu,, lps tu ceduk pulak macaroni. Curah dgn creamy sos yg mula² kita buat tadi. Dah tu, tabur la mozzarella cheese sebanyak yg korang suka..kalau nk pedas,, add on cili hiris kat atas tu.. Then bakar selama 20min atau hingga cheese mencair.
Apepon selamat mencuba.. Ubahla ikut creativity & selera tekak masing² .
Kredit : ain kamis
YOU ARE READING
Koleksi Resepi
NonfiksiKoleksi resepi yang paling simple dan sedap. Anyone can cook! Yang penting kena rajin 😀 1. Tomyam Ayam 2. Ayam Bakar 3. Nugget Ayam 4. Kek Coklat Moist 5. Ayam Goreng Mamak 6. Pes Shellout 7. Lamb Chop 8. Sambal Kari Udang 9. Pes Tom Yam 10. Masa...