Dunia imaginasi, cukup terkenal dalam kalangan kanak-kanak. Hampir kesemua kanak-kanak di dalam dunia pernah mempunyai kawan imaginasi ataupun mempunyai 'dunia imaginasi' mereka. Begitu jugalah dengan Olive. Anak sulung pasangan Abernathy itu dahulunya pernah menjadi bualan penduduk apabila mereka sering melihat Olive berbual sendirian dan sering keluar-masuk hutan. Setelah itu, Olive pasti akan bercerita tentang sebuah 'dunia' yang digelar sebagai 'Mawar Hitam'.
Namun, apabila Olive meningkat usia, dia semakin lupa tentangnya dan sering sahaja duduk di dalam rumah. Hal ini akhirnya berjaya menghilangkan kerisauan pasangan Abernathy. Tapi, lain pula bagi Vivian yang sentiasa sahaja menjadi perbualan penduduk.
Vivian agak lasak dan kuat berimaginasi tapi tidaklah semahir Olive sehingga 'termasuk' ke dalam 'dunia imaginasi'.
●●●●●●●●●●●●🤍●●●●●●●●●●●●
Ketika Puan Aysun dan Encik Albert sedang rancak berbual tentang Vivian, Olive kemudiannya meminta izin untuk pergi bersiar-siar. Setelah mendapat kebenaran daripada orang tuanya, Olive pun bergegas pergi.
Gadis jelita itu berjalan dan berjalan. Langkahan, kakinya terhenti. Olive melihat sekeliling.
"Tak ada orang!". Kata Olive dengan gembira.
Olive kemudiannya berjalan masuk ke dalam hutan. Dia mengetuk-getuk setiap pohon yang ada. Seolah-olah, hendak 'masuk' ke suatu tempat.
"Kenapa?. Sudah tidak izinkan aku masuk?". Bisik hati Olive dengan rasa sedih."Bukalah!". Olive menjerit dengan kuat.
Vivian yang berada tidak jauh daripada Olive itu, terus hilang tumpuan dan anak panahnya tersasar jauh daripada target.
"Cis, tak guna". Marah Vivian.
"Siapa pula yang terjerit-jerit dalam hutan ni?. Tapi, dengar suara macam kenal". Bisik hati Vivian.Vivian pun dengan segara mencari arah suara tersebut dan ingin tahu apakah dia kenal empunya suara itu. Setibanya dia di sana, dia dapat melihat kakaknya masih lagi seolah-olah sedang 'mengetuk' setiap pohon yang ada.
"Olive?". Panggil Vivian dengan nada suara yang risau.
Olive terkejut. Dia terus berhenti mengetuk dan berlakon seperti tiada apa-apa yang berlaku.
"Apa yang kakak tengah buat?". Vivian ingin tahu.
"Buat apa?". Olive cuba untuk berdalih."Kakak, saya nampak dengan mata saya sendiri. Kenapa kakak ketuk pohon itu seolah-olah ia adalah sebuah pintu?". Tanya Vivian.
"Baik. Kakak mengaku, kakak masih mempunyai 'keinginan' untuk masuk semula ke dalam dunia 'Mawar Hitam' ". Jelas Olive lalu tertunduk malu.Vivian menahan ketawa.
"Adakah kakak ingin berjumpa dengan Carlos?. Dia tampan ke?". Ejek Vivian.
"Dia kawan baik kakak. Kami selalu bermain bersama-sama dengan seorang lagi kawan kakak bernama Basma di Tasik Beku dan White Witch". Jelas Olive dengan lebih terperinci sambil tersenyum.Vivian terkedu. Entah dia tidak tahu apakah kakaknya masih waras atau benar-benar maksudkan tentang dunia 'Mawar Hitam' itu.
"Kakak benar-benar maksudkannya?. Perlukah, Vivian cuba mengetuk juga?". Vivian berusaha untuk percaya akan kata-kata kakaknya.
Olive terdiam kaku. Dia tidak bergerak dan hanya berdiri tegak sambil matanya memandang ke bawah. Keadaan menjadi sunyi sepi buat seketika.
Tidak lama selepas itu, Olive mengangkat kepalanya dengan perlahan-lahan lalu memandang Vivian.
"Kamu cakap tentang apa ni Vivian?. Apa maksud kamu cuba mengetuk?". Tanya Olive dengan kehairanan.Vivian terus berkerut. Dia lagi tak faham apa yang kakaknya sedang katakan.
"Sudahlah Vivian berhenti berimaginasi. Marilah kita pulang. Hari hampir senja". Tambah Olive lagi.
YOU ARE READING
Vivian & Kerajaan Mawar Hitam (akan disunting)
FantasyVivian menganggap kehidupannya bagaikan kisah dongeng dan mengharapkan akan berlakunya sebuah keajaiban sehinggalah pada suatu hari,dia tiba-tiba sahaja masuk ke dalam tempat asing di mana kehidupan rakyat kerajaan tersebut seolah-olah menyembunyika...