Nota Penulis

61 14 6
                                    

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar, semuanya? Terima kasih banyak kerana sudi membaca novel ini sehingga tamat. Untuk peringatan semua, novel ini tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang telah mati dan semuanya hanyalah rekaan semata-mata.

Alhamdulillah, selesai juga karya saya yang bertajuk Vivian & Kerajaan Mawar Hitam. Untuk makluman semua, novel Vivian & Kerajaan Mawar Hitam merupakan novel genre Fantasi yang pertama!  Saya sebenarnya berasa amat seronok menulis novel ini! Genre fantasi sememangnya mencabar juga untuk dihasilkan tapi ia sangat menghiburkan hati saya. Jika ada peluang, saya mahu menghasilkan novel genre fantasi lagi.

Saya ingin memohon maaf sekiranya, novel ini mempunyai begitu banyak sekali kekurangan. Maaf atas segala kekurangan yang ada sepanjang saya menghasilkan novel ini.

Secara jujurnya, saya mahu menjadi seorang penulis yang mampu menulis pelbagai jenis genre. Saya harap novel yang telah saya hasilkan ini mempunyai nilainya yang tersendiri dan dapat memberikan inspirasi kepada anda dan diri saya juga.

Sebelum saya mengakhiri kata-kata saya, jika anda tidak keberatan, ada tak diantara anda semua yang menyukai berapa watak dalam novel ini? Jika ada, berikan sebab mengapa.

Apakah pengajaran yang berjaya anda perolehi dari novel ini?

Apa pendapat anda tentang novel ini?

Ada tak kata-kata daripada anda sebagai pembaca yang mahu anda berikan kepada saya?

Jika ada, anda boleh berhubung dengan saya di mana-mana sosial media saya atau anda boleh sahaja meninggalkan komen anda di ruangan komen yang sudah tersedia. Pendapat anda, amatlah dihargai. Kritikan anda pun, saya terima dengan hati yang terbuka.

Apa-apa pun, saya harap kesemua novel yang  saya hasilkan di Wattpad ini, mendapat tempat yang istimewa dalam senarai buku anda. Saya akan berusaha dengan lebih baik dan sedaya upaya saya untuk menghasilkan novel-novel baru yang akan datang. Jadi di sini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kerana telah membaca novel ini sehingga ke akhirnya.

Haza min fadhli Rabbi. Saya hanyalah seorang manusia biasa kerana yang hebat itu ialah yang Maha Esa. Kesemua kehebatan yang anda puji itu, yang anda kagumkan tentang diri saya itu, tidak akan datang dengan sendirinya tanpa Izin-NYA.

Dengan ini, saya, Athirah Azani, penulis novel
Vivian & Kerajaan Mawar Hitam, menamatkan karya teragung saya ini.

Teruskanlah menyokong saya.

Sekian, terima kasih.

Vivian & Kerajaan Mawar Hitam (akan disunting)Where stories live. Discover now