• BAB 19 •

90 16 2
                                    

Kata-kata Mr.Qib membuatkan Vivian tersedar. Ada betul juga, sudah lama Vivian tidak berasa gembira dan sering sahaja membiarkan dirinya terus tenggelam dalam kesedihan dan biarkan masa lalu memerangkap dirinya.

●●●●●●●●●●●●🤍●●●●●●●●●●●

Selesai sahaja bersarapan, mereka bertujuh menuju ke perkampungan Witch's semula. Elsa adalah ketua ahli sihir yang paling berkuasa. Beliau adalah 'perampas' kuasa sihir. Jadi, tidak mustahil mengapa White Witch kehilangan kuasa sihirnya serta Wolfrah.

Tiba sahaja mereka di sana, mereka dapat melihat Elsa sudah berdiri tegak di tapak perhimpunan. Mata Elsa tidak berhenti-henti menjengil ke arah Vivian.

"Jaga Vivian". Mr.Qib mengarahkan mereka berenam menjaga Vivian.
"Kenapa perlu jaga dia?. Bukankah dia adalah seorang yang sangat kuat dan kejam?". Elsa mula bersuara sebaik sahaja dia melihat Vivian dilindungi.

"Apa sebenarnya tujuan kamu semua kembali ke sini?. Masih tidak cukupkah dengan segala perkara yang telah ditimpa oleh kamu semua disebabkan Vivian?". Elsa memandang Vivian sambil tersenyum sinis.

"Kami datang ke sini kerana kamu. Kamu tahu cara untuk tumpaskan Ratu Hakai. Kami mahu bekerjasama dengan kamu. Kamu tidak sedar ke yang kamu juga sebenarnya sedang ditindas oleh dia?". Jelas White Witch.

Elsa terus ketawa terbahak-bahak.
"Ditindas?. White Witch kamu tidak sedar ke yang kamu adalah seorang pengkhianat?. Macam mana, kamu masih boleh menebalkan muka kamu?". Balas Elsa.

"Ya, saya seorang pengkhianat. Tapi, saya akan dapatkan hukuman saya setelah Kerajaan Mawar Hitam sudah pulih". Tegas White Witch.

"Lupakan. Lupakan. Saya tidak mahu bekerjasama dengan sesiapa. Lagipun, bukan saya yang sebenarnya tahu macam mana nak tumpaskan Ratu Hakai". Kata Elsa.

"Habis itu?. Siapa lagi?. Sudah penat kami datang ke sini, jawapan itu pula yang kamu beri". Oldfroy mula naik berang.

Elsa tersenyum sinis.
"Dia tahu". Jelas Elsa sambil memandang tepat wajah Vivian.
Mereka berenam terus menoleh ke arah Vivian.

"Sa. . .saya?". Hairan Vivian.

"Wah. Kamu agak bebal juga. . ." Kata Elsa lalu mula menuruni anak tangga. Elsa mengambil Ramalan yang dipegang oleh Mr.Qib menggunakan kuasa sihirnya.

"Ramalan tu. . " Basma cuba mendapatkan semula Ramalan yang telah dirampas oleh Elsa. Namun, Mr.Qib menghalang Basma.
"Bertenanglah, Si tembam. Saya hanya mahu mentafsir Ramalan ini sahaja". Jelas Elsa.

Mereka semua memerhati Elsa. Masing-masing menunggu jawapan daripada Ketua Ahli Sihir itu.
Mulut Elsa tidak berhenti-henti membaca Ramalan itu. Seketika kemudian, Elsa terus ketawa.

"Wah, bebal sungguh kalian semua ni".

"Apa?. Cakap biar jelas!. Jangan berteka-teki!". Marah Carlos.
"Elsa!. Pulangkan semula Ramalan itu, kalau kamu pun tak tahu maksud sebenar Ramalan itu!". Tambah White Witch pula.

Elsa hanya menggeleng-gelengkan kepalanya lalu membakar Ramalan tersebut menggunakan kuasa sihirnya. Tapi tidak sepenuhnya kerana sempat dihalang oleh Vivian.

"Hentikan!". Jerit Vivian. Dia terus berlari ke arah Elsa. Dengan pantas, Elsa segera mengelak serangan Vivian.
"Kenapa?. Kamu mahu panah saya?. Simpan sahajalah busur kamu itu". Ejek Elsa.

Vivian mula menghalakan anak panahnya ke arah Elsa. Tidak lama selepas itu, Vivian pun melepaskan tembakan.

Namun, anak panah Vivian tidak mampu menembusi kuasa sihir Elsa.
"Kamu tangkas. . ." Kagum Elsa. Dia kemudiannya, menyihir Vivian.

●●●●●●●●●●●●🤍●●●●●●●●●●●

Cahaya merah yang besar itu menerangi Perkampungan Witch.
"Vivian!". Jerit mereka berenam serentak.

Vivian terapung di udara. Dia tidak sedarkan diri buat seketika. Entah tiba-tiba sahaja, Vivian kelihatan seperti Ratu Hakai buat sesaat. Elsa kemudiannya menurunkan Vivian.

Kaki Vivian kini sudah memijak tanah. Matanya masih lagi tertutup rapat dan kepalanya tertunduk ke bawah.
"Vivian. . ." Panggil Mr.Qib dengan penuh risau.

Perlahan-lahan, Vivian membuka matanya yang bertukar menjadi warna merah. Dengan pantas, Vivian terus melepaskan anak panah ke arah White Witch. Anak panah Vivian terkena tepat pada bahu White Witch.

"Vivian!. Kenapa dengan kamu!". Marah Basma. Elsa hanya mampu tersenyum. Dia tahu kuasa sihirnya berjaya menyebabkan Vivian bersikap kejam.

Perlahan-lahan, anak panah Vivian menghala ke arah Basma pula. Vivian melepaskan anak panahnya. Mujurlah, Carlos sempat menolak Basma ke tepi. Pipi Basma calar sedikit disebabkan anak panah Vivian berlalu tepat pada pipinya.

"Hentikan Vivian!". Arah Alexander. Dia segera mengikat Vivian menggunakan tali sihirnya.
"Cis, sihir Elsa terlalu kuat. . " Alexander berusaha sedaya upaya untuk memastikan Vivian kekal terikat dan tidak mampu cederakan sesiapa.

"Mengapa, kamu bertindak sebegini Vivian?. Kuasa Elsa sepatutnya tidak memberi apa-apa kesan pada kamu kerana kamu tidak mempunyai kejahatan!". Jelas Oldfroy.

Mata Mr.Qib terbuka luas.
"Mustahil. . .Vivian adalah Ratu Hakai". Kata Mr.Qib
"Apa maksud kamu?!. Dia Vivian, adik Olive!". Tegas Carlos.

"Tidak ada yang mustahil, Carlos. Kamu patut terima yang Vivian sebenarnya adalah Ratu Hakai". Tegas Elsa.

"Kenapa?. Kenapa kamu harus bertindak sebegini Vivian?. Kenapa kamu mahu hancurkan dunia kakak kamu sendiri!". Marah Carlos.

Carlos berlari ke arah Vivian lalu menghunuskan pedangnya.
"Cakaplah, wahai si kejam".

●●●●●●●●●●●●🤍●●●●●●●●●●●

Dengan tiba-tiba sahaja, cahaya merah yang pada awalnya menyinari perkampungan Witch akhirnya hilang. Tali sihir Alexander juga turut hilang.
Namun, mata Vivian masih bewarna merah. Vivian memandang tepat pada wajah Carlos.

"Kenapa?. Apa lagi?. Cakaplah, si kejam!". Jerit Carlos.

"Kamu semua patut menerimanya". Kata Vivian.

"Ya, ya. Lihatlah, hidup kamu semua. Sungguh indah dan bewarna-warni. Tapi, lihatlah hidup saya. Sungguh menyedihkan dan kelam!". Tambah Vivian.

"Vivian. . ." Basma seolah-olah tidak percaya dengan kata-kata yang dilontarkan oleh gadis itu.

"Kenapa kamu semua masih lagi mahu hidup dengan aman?. Kamu tidak sedarkah yang dunia tidak akan pernah membaik?!". Jerit Vivian.

"Carlos, kamu sangat mencintai Olive. Tapi, Olive sudah berkahwin dan jika kamu berdua saling mencintai pun, kamu berdua tidak boleh bersama!. Basma, kamu mahu menangis tapi kamu takut. Kamu menahan tangsian kamu!. Kamu pura-pura berasa gembira dan meyeksa diri sendiri. White Witch. . .adalah pengkhianat. Dia pentingkan diri sendiri dan layak menerima hukuman". Jelas Vivian.

"Saya tidak perlu bercakap apa-apa tentang Alexander kerana dia memang kejam sejak dari dulu lagi." Ujar Vivian.

"Oh ya, Oldfroy. Kenapa kamu tiba-tiba sahaja mahu selamatkan Kerajaan Mawar Hitam?. Bukankah, kamu adalah seorang penakut?. Apa?. Kamu mahu berlagak menjadi wira sekarang?!". Tambah Vivian lagi.

Matanya kemudian melirik ke arah Mr.Qib.

"Mr.Qib, kenapa kamu gembira sangat?. Saya sudah bunuh anak kamu. Kamu juga sangat hodoh dan tua malah akan mati tidak lama lagi tapi kenapa kamu masih gembira?. Kenapa?. Kenapa, kamu sangat gembira?!. Hidup ini tidak adil. Ayah saya mati dengan sia-sia. Semua orang sudah meneruskan kehidupan tapi saya masih lagi ketinggalan!. Kenapa dunia tidak memihak pada saya?. Saya juga mahu gembira!!!". Jerit Vivian.

Vivian & Kerajaan Mawar Hitam (akan disunting)Where stories live. Discover now