Encik Albert sedang sibuk mengemas beg pakaiannya untuk ke rumah Encik Divinto dan menginap sebentar di sana. Encik Divinto meminta pertolongan Encik Albert untuk membantu beliau mencari herba agar ia dapat memudahkan urusan proses bersalin isterinya, Puan Marsha.
"Ayah?". Panggil Vivian.
"Ya?". Sahut Encik Albert."Ayah mahu ke mana?". Vivian ingin tahu.
"Ayah, ada hal sikit. Encik Divinto minta bantuan ayah untuk tolong beliau cari herba. Isteri beliau akan bersalin tak lama lagi". Jelas Encik Albert.Vivian terus ketawa palsu.
"Kenapa kamu ketawa begitu?". Hairan Encik Albert.
"Ayah lupa ke?. Vivian ada acara memanah, esok!". Kata Vivian dengan nada suara yang tidak puas hati.Encik Albert terkedu buat seketika.
"Vivian. . ." Belum sempat Encik Mega menghabiskan ayatnya, Vivian terus mencelah."Baik. Ayah pergilah. Tapi, sebaik sahaja. . .Vivian lepaskan satu anak panah". Kata Vivian.
Encik Albert terus tersenyum dan bersetuju dengan cadangan anaknya itu.
"Janji jari kelingking?". Balas Encik Albert.
"Janji jari kelingking!". Balas Vivian.●●●●●●●●●●●●🤍●●●●●●●●●●●●
Keesokannya harinya. . .
Acara yang dinanti-nantikan oleh Vivian akhirnya telah pun bermula. Seorang demi seorang telah pun 'beraksi' . Kini, giliran Vivian (Ratu Memanah) . Vivian melihat ke arah penonton untuk mencari keberadaan ayahnya.Ternyata, Encik Albert sedang melihat Vivian lalu memberikan sokongan padanya. Vivian kemudiannya terus tersenyum lalu mula beraksi . Setiap panahan Vivian sangatlah tepat!. Semua orang bersorak gembira!. Vivian berasa bangga akan dirinya lalu secara langsung Vivian terus menoleh ke belakang semula untuk melihat ayahnya. Namun, Encik Albert sudah pergi.
Vivian kemudiannya berlari ke arah penonton dengan lebih dekat untuk mencari keberadaan ayahnya. Tapi, dia tidak berjaya. Ayahnya, memang benar-benar sudah pergi. Vivian masih belum puas mengucapkan Selamat Tinggal kepada ayahnya.
"Vivian". Panggil Puan Aysun.
Vivian segera menoleh ke arah ibunya.
"Ini, ayah bagi". Kata Puan Asyun sambil tersenyum lalu memberi Vivian seutas rantai pemberian Encik Albert.Vivian mengambil rantai tersebut lalu mengalungkannya pada leher.
"Ibu, ayah sudah pergi ke?". Vivian menginginkan kepastian.
Puan Aysun hanya mengangguk perlahan."Jangan risau. Ayah akan pulang nanti". Kata Olive yang entah datang dari mana.
●●●●●●●●●●●●🤍●●●●●●●●●●●●
Sebulan kemudian. . .
Rumah keluarga Abernathy dikejutkan dengan ketukan pintu utama. Vivian segera berlari untuk membuka pintu dan menyambut kepulangan ayahnya.
Sebaik sahaja Vivian membuka pintu, Vivian berasa hairan Encik Lucino iaitu kawan baik kepada Encik Albert dan Encik Divinto yang berada di depan pintu rumah dan bukannya Encik Albert.
Encik Lucino kemudiannya, menanggalkan topi yang pada awalnya dipakai pada kepala lalu diletakkan pula tepat pada bahagian dada.
"Maaf, ayah kamu. . . telah meninggal dunia dalam perjalanan ke sini. Dia telah mengalami serangan jantung dan telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital". Jelas Encik Divinto dengan nada suara yang sayu.
Puan Aysun dan Olive yang turut menanti kepulangan Encik Albert seperti Vivian itu turut terkejut dengan berita duka tersebut.
Majlis pengembumian Encik Albert berjalan dengan lancar. Namun, Vivian langsung tidak memandang keranda ayahnya. Selesai sahaja, Majlis Pengembumian Encik Albert, mereka bertiga pun terus pulang ke rumah. Puan Aysun dan Olive duduk di meja makan sambil masing-masing bersedih dengan pemergiannya 'Sang Wira'. Manakala, Vivian pula hanya mengurung dirinya di dalam bilik.
Vivian duduk di atas lantai lalu menyadarkan badannya pada pintu bilik. Dia kemudiannya memeluk tubuh dan mula menangis dengan teresak-esak.
"Apa gunanya, kita hidup tapi kita dilahirkan untuk 'mati' juga?". Menangis Vivian.
__________________🏹________________
"Vivian, tolong jangan 'jatuh' sehingga menjadi terlalu sedih. Kamu seorang pemanah. Seorang pemanah adalah seorang yang mempunyai senjata. Apabila,seseorang itu mempunyai senjata, dia adalah seorang wira".
"Tapi,ayah. . .Vivian hanyalah manusia biasa. Vivian bukan seorang wira".
"Vivian, seorang wira tidak semestinya harus 'kuat' dari luar sahaja. Malah, seorang wira juga harus kuat dari dalam. Ayah tahu, kamu adalah Vivian. Vivian, yang bermaksud 'hidup' . Meskipun begitu, kamu harus yakin bahawa kamu boleh bertahan!".
"Kata-kata ayah, seolah-olah ayah hendak meninggalkan Vivian buat selama-lamanya".
"Ayah tidak akan pernah meninggalkan Vivian kerama ayah tetap berada di dalam hati kamu. Jiwa ayah mungkin sudah pergi tapi ingatlah yang ayah akan sentiasa bersama dengan kamu. Vivian, anak ayah. . .kamu seorang yang kuat".
__________________🏹________________
Mengingat kata-kata ayahnya kembali,hanya membuatkan Vivian ketawa. Dia langsung tidak dapat menerima pemergiaan ayah tercinta.
"Semua ini sangat melucukan!". Kata Vivian sambil ketawa dan turut menangis.
YOU ARE READING
Vivian & Kerajaan Mawar Hitam (akan disunting)
FantasyVivian menganggap kehidupannya bagaikan kisah dongeng dan mengharapkan akan berlakunya sebuah keajaiban sehinggalah pada suatu hari,dia tiba-tiba sahaja masuk ke dalam tempat asing di mana kehidupan rakyat kerajaan tersebut seolah-olah menyembunyika...