• BAB 1 •

282 22 0
                                    

Albert Abernathy. Beliau cukup disegani dan dihormati oleh penduduk Asteria. Dilahirkan dari keluarga Bangsawan bukanlah antara sebab utama mengapa penduduk Asteria menganjungi beliau sebaliknya, sikap rendah hati dan prihatin beliau pada mereka yang membuatkan beliau disegani. 

Aysun Amor, isteri kepada Albert dahulunya hanyalah penduduk biasa. Namun, disebabkan sikap lemah lembut dan baik hatinya membuatkan Albert jatuh cinta lalu mereka berdua kemudiannya berkahwin dan membentuk sebuah keluarga yang paling bahagia dan nama keluarga mereka sering menjadi perbualan penduduk Asteria.

Pasangan Abernathy, dikurniakan dua orang cahaya mata yang bernama Olive dan Vivian.

●●●●●●●●●●●●🤍●●●●●●●●●●●●

Sejak dari kecil lagi, Olive dan Vivian dididik untuk mementingkan pendidikan. Namun, anak bongsu mereka Vivian lebih tertarik dengan aktiviti lasak dan sering menghabiskan waktunya di luar rumah. Manakala, Olive pula lebih suka duduk di rumah, membaca buku dan akan membuat sulaman pada waktu lapang.

"Kamu mahu kemana tu, Vivian?". Tanya Puan Aysun sebaik sahaja melihat anaknya itu bergegas keluar dari rumah.
"Nak pergi memanah". Jawab Vivian sambil tangannya memegang erat busur miliknya.

"Kalau kamu pergi esok, boleh?". Tanya Puan Aysun sekali lagi.
Vivian terus mengeluh panjang.
"Ada majlis apa lagi ni?". Vivian ingin tahu.
Puan Aysun tersenyum lalu berkata ;
"Majlis minum petang dengan keluarga tersayang, wahai anakku Vivian".

"Keluarga. . . Baik. Boleh diterima". Kata Vivian pula lalu terus duduk bersebelahan dengan kakaknya, Olive.
"Kamu berdua tunggu di sini, ibu nak pergi panggil ayah". Kata Puan Aysun.
Vivian hanya mengangguk. Manakala, Olive pula sedang asyik membaca buku.

"Buku apa yang kakak baca ni?". Vivian ingin tahu lalu segera mengambil buku tersebut daripada kakaknya.
Vivian membaca tajuk buku tersebut.
'Cinta Berbeza Dunia'.
Vivian terus ketawa kecil.

"Ini semua menipulah,kakak. Mana ada 'dunia' lain". Ejek Vivian.
"Adik tahu apa?. Bukan kamu pernah pergi ke sana pun. . ." Balas Olive.

" 'Ke sana?' ". Hairan Vivian.
"Ceh, kalau ada dunia lain pun pasti kakak terpaksa putus dengan lelaki bunian. Maklumlah, kamu akan bertunang dengan Sir Delfro. . ." Belum sempat Vivian menghabiskan ayatnya,dia terus dipukul dengan buku.

"Berhentilah. Kamu sudah berusia 15 tahun. Masih mahu memanah lagi?". Sindir Olive.
"Cis, kakak sudah berusia 18 tahun. Jadi, berhentilah ikut saya masuk ke hutan hanya untuk 'masuk' ke dunia imaginasi kakak dan berjumpa dengan teman lelaki kakak yang tak pernah wujud itu". Balas Vivian dengan puas hati.

"Apa maksud kamu?. Ia kisah lama. Kakak sudah dewasa sekarang, tidak ada masa untuk berimaginasi dan bila masa pula kakak ada teman lelaki?. Tolonglah, semuanya sudah tamat sebaik sahaja kakak berusia 10 tahun". Kata Olive.

"Carlos. . . Teman lelaki imaginasi kakak namanya, Carlos. Kakak masih sebut namanya ketika tidur ". Vivian masih tidak berpuas hati.

Tiba-tiba, Olive menutup buku dengan kuat.
"Berhentilah. Teman lelaki imaginasi?. Tolonglah, dia hanya kawan imaginasi kakak masa kakak masih 'mentah'. Sekarang, kenapa perlu ingat semula sesuatu yang tak pernah wujud?. . .Oh. Yalah, kamu masih 'kanak-kanak' lagi". Balas Olive.

"Pfftttt. . .macamlah kakak dah besar sangat". Vivian masih lagi degil.
Olive hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Tidak ada gunanya dia berlawan mulut dengan Vivian yang petah bercakap itu.

"Kenapa ni?. Berhenti bergaduh. Adik-beradik tidak seharusnya bergaduh". Kata Encik Albert. Puan Asyun hanya ketawa kecil di sebelah suaminya itu.

Tidak lama selepas itu, mereka pun memulakan majlis minum petang.
Encik Albert, Puan Aysun dan Olive berbual dengan rancak. Manakala, Vivian pula hanya termenung jauh dan kata-kata kakaknya tentang 'menjadi dewasa' masih bermain-main di dalam fikirannya.

"Aku tertanya-tanya, apakah keseronokkan menjadi dewasa. Kita hanya akan bercakap tentang pekerjaan, kewangan, manusia dan lebih banyak lagi kewangan. Aku rasa sangat bosan. Mahu saja aku berlari ke dalam hutan dan pergi memanah". Bisik hati Vivian.

"Vivian". Panggil Encik Albert apabila menyedari anak bongsunya itu seolah-olah tidak mempunyai minat dan berasa bosan.
Vivian pun mengangkat kepalanya lalu memandang tepat wajah ayahnya apabila dia mendengar namanya dipanggil.

"Pergilah memanah. Tapi, jangan pulang terlalu lewat". Kata Encik Albert.
Vivian terus tersenyum lebar lalu memeluk erat ayahnya.

"Terima kasih ayah!". Ucap Vivian dengan gembira lalu berlari dengan pantas.

"Abang, selalu bagi 'lampu hijau' pada Vivian. Saya faham memang minat dia dalam memanah, tapi abang tak tahu ke dia selalu ponteng kelas tambahan kerana minatnya itu?". Puan Aysun tidak bersetuju dengan tindakan suaminya sebentar tadi.

Encik Albert hanya ketawa.
"Tak apa. Vivian perlu bergembira buat sekali-sekala. Lagipun, macamlah kamu tidak tahu perkara apa yang penting bagi Vivian selain daripada minatnya itu". Jelas Encik Albert lalu melemparkan senyumannya pada Puan Aysun.

●●●●●●●●●●●●🤍●●●●●●●●●●●●

Vivian, anak bongsu pasangan Abernathy. Dia adalah seorang gadis yang sangat berbeza berbanding anak gadis yang lain. Ketika, kesemua anak gadis berlumba-lumba masuk ke dapur, Vivian lebih suka berlari bersendirian ke dalam hutan untuk memanah. Berbanding dengan kakaknya, Olive. Olive lebih gemar duduk di dalam rumah dan membuat sulaman.

Meskipun, Vivian kelihatan selalu 'meninggalkan' majlis keluarga terlalu awal, Vivian cukup terkenal sebagai seorang yang melindungi keluarga. Sebut sahaja nama Vivian, sesiapa yang berniat buruk pada keluarga Abernathy akan terus 'kecut'.

Kakaknya Olive pula sentiasa menjadi rebutan jejaka. Meskipun begitu, Olive sudah dimiliki oleh seorang jejaka yang diberi nama Sir Delfroy, anak lelaki kepada pasangan Will.

Memang keluarga Abernathy tampak bahagia. Tapi, kata orang 'Hidup tak selalunya indah'.

Siapa sangka, keluarga bahagia ini mungkin akan ditimpa 'hujan ribut'. . .

Vivian & Kerajaan Mawar Hitam (akan disunting)Where stories live. Discover now