Kenakalan Vivian, semakin lama, semakin menjadi-jadi.
"Vivian Abernathy!". Apabila nama penuhnya dipanggil oleh Puan Aysun, itu bermakna Vivian telah melakukan kesalahan dan akan dihukum.
Dia mengorak langkah ke arah Puan Aysun sambil menundukkan kepalanya seolah-olah dia 'mengakui' kesalahannya.
"Vivian?. Kenapa kamu boleh koyakkan sulaman hasil tangan kerja ibu dan Olive?. Kamu tahukan sulaman itu adalah sebagai hadiah pemberian Olive kepada Sir Delfroy?!". Marah Puan Aysun."Vivian bukan sengaja ibu tapi Vivian tak tahu macam mana boleh tersasar. . ." Jelas Vivian dengan suara sayu.
"Vivian, anakku. . .bilalah kamu akan menjadi matang?". Balas Puan Aysun dengan nada suara yang sedih.Vivian mendiamkan dirinya. Apabila bercakap tentang 'membesar' dan 'matang' Vivian akan bersikap dingin.
"Kamu masih berdegil?. Kamu masih lagi mahu terus memanah?. Vivian, kamu sudah berusia 15 tahun!. Gred Akademik kamu juga semakin turun!. Berhentilah keluar dari rumah dan pergilah ulangkaji pelajaran". Pesan Puan Aysun sambil badannya tertunduk sedikit untuk melaraskan pandangan matanya sama dengan paras mata Vivian.
Vivian tetap sahaja mendiamkan dirinya lalu terus berjalan melepasi ibunya dan keluar dari rumah.
"VIVIAN!". Jerit Puan Aysun.
Entah perangai siapa anak bongsunya itu contohi. Sungguh degil, keras kepala dan amatlah berlainan sikapnya berbading keluarga Abernathy yang lain.Vivian melepaskan geramnya dengan memanah pada setiap target yang telah dia buat sendiri di dalam hutan. Panahan dilepaskan berkali-kali demi 'menenangkan' jiwanya yang gemar memborantak.
Sedang Vivian asyik memanah, anak panahya tiba-tiba sahaja tersasar lalu terkena pada salah satu kaki seekor kuda. Jeritan kuda begitu kuat. Vivian segera mendapatkan kuda tersebut. Tiba sahaja sana, dia baru tersedar yang dia telah pun memanah kaki kuda milik Sir Delfroy!.
"Apabila ditimpa malang, pasti ia adalah kerana kamu". Kata Sir Delfroy lalu bangun dengan sendirinya akibat terjatuh bersama-sama dengan kuda miliknya. Mujurlah, kuda Sir Delfroy tidak mengalami cederah parah hanya luka sahaja.
Vivian masih terkedu. Kata-kata Sir Delfroy membuatkan hatinya terguris.
Sir Delfroy kemudiannya memandang Vivian lalu ketawa kecil."Jangan terasa. Saya cuma bergurau". Jelas Sir Delfroy lalu ketawa dengan terbahak-bahak pula.
"Cis, itu sudah tidak terasa seperti gurauan pada saya". Marah Vivian."Maaf". Ucap Sir Delfroy dan berasa kesal dengan kata-katanya.
"Oh. Ini untuk kamu. Saya membelinya dalam perjalanan ke sini". Kata Sor Delfroy lalu memberikan Vivian sebuah busur yang jauh lebih cantik dan kelihatan mahal daripada busur miliknya yang lama."Kamu sudah 'tembak' kuda saya. Sekarang, Mr. Gilden tidak boleh berjalan. Nampaknya, perlulah saya minta bantuan". Kata Sir Delfroy.
Mr. Gilden di bawa ke kandang kuda dan dirawat di sana dengan bantuan Encik Albert dan Encik Diginto. Vivian pula kembali ke rumah.
●●●●●●●●●●●●🤍●●●●●●●●●●●●
"Mujurlah saya mempunyai bakal ayah mertua yang baik". Bangga Sir Delfroy.
Encik Albert hanya ketawa. Manakala, Olive pula hanya mampu tersenyum manis melihat tunangnya itu."Kamu pasti sukar untuk tiba di sini". Kata Puan Aysun.
"Sebenarnya, tidaklah sukar tapi kerana Mr. Gilden cedera, itu yang jadi sukar". Ujar Sir Delfroy lalu memandang Vivian dengan pandangan yang puas hati.
"Kamu memang menjengkelkan". Kata Vivian dengan nada suara geram."Vivian!". Nama Vivian disebut serentak oleh keluarganya yang menyuruhnya untuk menjaga percakapan.
"Tidak mengapa. Lagipun, Vivian tidak sengaja". Tambah Sir Delfroy lagi.
"Tidak mengapa, awak kata?. Ia mungkin boleh bahayakan nyawa awak juga!". Olive berasa tidak setuju dengan kata-kata tunangnya itu.
YOU ARE READING
Vivian & Kerajaan Mawar Hitam (akan disunting)
FantasiVivian menganggap kehidupannya bagaikan kisah dongeng dan mengharapkan akan berlakunya sebuah keajaiban sehinggalah pada suatu hari,dia tiba-tiba sahaja masuk ke dalam tempat asing di mana kehidupan rakyat kerajaan tersebut seolah-olah menyembunyika...