• BAB 8 •

87 19 0
                                    

Vivian merehatkan dirinya di bilik tidur tetamu. Pada keesokkan paginya, Vivian meluru ke arah dapur dan melihat Mrs.Qib sedap menyiapkan sarapan pagi. Tidak lama selepas itu, Vivian dapat mendengar ada seseorang sedang melepaskan 'anak panah'. Barangkali, sedang berlatih memanah.

Vivian pun keluar dari rumah. Rupa-rupanya, Basma yang sedang berlatih manakala, White Witch pula adalah jurulatih.

"Apa kamu buat di sini?. Mahu sebarkan sumpahan Kanashimi pada kami?". Tanya White Witch.

"Bukan!. Saya cuma nak tengok Basma berlatih". Ujar Vivian.
Basma sememangnya tidak berhenti tersenyum kerana dia memang dilahirkan begitu.

"Baiklah. Lihat dan belajar". Kata Basma lalu mula melepaskan anak panahnya namun tersasar daripada target. Basma dan White Witch terus tetunduk menahan rasa malu.

Vivian hanya mampu ketawa kecil lalu mengambil satu busur di atas kerusi kayu yang entah milik siapa. Vivian kemudiannya, mensasarkan anak panahnya lalu melepaskan anak panahnya itu. Tanpa perlu dijangka, anak panah Vivian tepat pada sasaran.

Mata Basma dan White Witch terbuka dengan luas.
"Vivian!. Itu adalah tembakan yang paling tepat!". Kagum Basma.
"Wah. Kerja yang bagus". Puji White Witch namun dia masih saja angkuh dan dingin dengan Vivian.

"Kamu sudah bangun Vivian?. Saya baru sahaja pulang dari pekan dan bawakan kamu ini". Kata Mr.Qib lalu menghulurkan busur lama milik Vivian.

Vivian terus terkejut .
"Dari mana kamu dapatkan ini?". Vivian ingin tahu.
"Sebenarnya, ada seorang penduduk Osore menjumpai busur kamu tertanam di dalam timbunan salji, di tempat di mana kamu tidak sedarkan diri". Jelas Mr.Qib.

"Apa?. Kaum Osore?. Ha! Tolonglah, osere ialah kaum penakut. Bagaimana,dia boleh berjalan seorang diri di dalam hutan salji seperti itu?". Hairan White Witch.

"Tidak semestinya kaum Osore adalah penakut. Ada saja yang dilahirkan kacukan". Jelas Mr.Qib

"Tapi, meskipun dia ialah kacukan, dia tetap akan dikenakan denda. Jika,sejak lahir mereka sudah menetap di perkampungan Osore, maka mereka haruslah tetap menjadi kaum Osore tidak kiralah jika mereka mempunyai darah kaum Kōfun". Jelas Basma.

Mr. Qib hanya menggeleng-gelengkan kepalanya lalu masuk ke dalam rumah.
"Ayuh, kita bersarapan". Pelawa Mr. Qib sebelum masuk ke dalam rumah.

"Ada kaum lainkah selain Kaum Kofūn dan Osore?". Vivian ingin tahu.
"Basma akan cerita selepas ini. Sebab sekarang, dia mahu bersarapan dahulu. Begitu juga dengan aku". Balas White Witch lalu menarik lengan Basma.

Vivian ditinggalkan di belakang.

●●●●●●●●●●●●🤍●●●●●●●●●●●●

Sebaik sahaja selesai bersarapan, Vivian mengikuti Basma, White Witch serta Mr.Qib untuk mencari Carlos. Bukan itu sahaja,Vivian disuruh untuk memakai baju perisai dan baju sejuk bewarna hitam. Dia juga membawa busur miliknya bersama.

Basma hanya membawa diri. Manakala, White Witch pula membawa tongkat saktinya dan Mr.Qib pula membawa sebilah kapak miliknya.

"Mengapa kita perlu pergi mencari Carlos dan mengapa saya harus berpakaian seperti seorang pahlawan?". Vivian ingin tahu.

Mr.Qib, Basma dan White Witch pun memberhentikan langkahan mereka lalu menoleh ke arah Vivian.

"Oh. Saya hampir terlupa yang kamu masih lagi tidak tahu apa-apa". Sindir White Witch.
"White Witch!". Marah Basma.

"Beginilah Vivian. Sebenarnya, Kerajaan Mawar Hitam dalam bahaya. Kami semua tidak tahu dari mana munculnya Ratu Hakai. Baginda memerintah negara dengan kejam. Kaum Heiwa adalah kaum yang terawal terkena sumpahan Ratu Hakai". Jelas Mr.Qib.

"Sumpahan Kanashimi?". Vivian menginginkan kepastian.

"Ya. Sumpahan Kanashimi ialah sumpahan yang membuatkan hidup seseorang itu menjadi gelap dan sentiasa menyebabkan seseorang itu hanya memandang keburukan dunia dan sentiasa berasa sedih". Jelas Mr.Qib lagi.

"Bukan itu sahaja, sumpahan ini tidak akan terkena pada kaum yang sebarangan. Sebagai contoh, Kaum Kōfun dan Kaum Osere. Tapi, dengan bantuan Kaum Ikari, sumpahan Ratu Hakai semakin berleluasa". Jelas Mr.Qib dengan lebih terperinci.

"Kaum Ikari?". Hairan Vivian.

"Ya. Kaum Ikari. Mereka ialah kaum kemarahan. Memang selama ini pun Kaum Ikari sering sahaja menimbulkan masalah dan hanya Kaum Heiwa sahaja yang mampu meredakan keadaan memandangkan mereka ialah Kaum Perdamaian. Namun, apabila Ratu Hakai memerintah, Kaum Ikari kini bermaharajalela". Jelas Basma pula.

"Habis Kaum Mr.Qib iaitu Kōfun dan Kaum Osere tidak mahu membantu ke?". Tanya Vivian.

"Kamu lihatlah sendiri Vivian!. Kaum Kōfun tidak sama hebat dengan Kaum Heiwa meskipun Kaum Kōfun ialah Kaum Kegembiraan!. Apa yang kamu jangkakan daripada Kaum Osere?. Mereka ialah Kaum Penakut!. Sebab itulah, kita perlu cari Carlos!. Dia adalah satu-satunya kaum Heiwa yang mampu mengawal sumpahan Kanashimi!". Jelas White Witch pula.

Vivian terus tertunduk ke bawah.
"Kamu sudah faham sekarang Vivian?. Ayuhlah, kita kembali bergerak!". Arah White Witch.

Mr.Qib dan Basma pun kemudiannya mengikuti White Witch namun tidak pula Vivian.

Basma pun menoleh ke arah Vivian.
"Vivian!. Kamu tidak mahu ikut?" Hairan Basma. Mr.Qib dan White Witch berhenti dan menoleh ke arah Vivian sekali lagi.

"Kenapa saya kena ikut?. Patutnya, Olive". Tegas Vivian.

"Haihhh, budak tak guna ni". White Witch mengeluh.
"Sabarlah White Witch!. Kamu asyik marah-marah ni, tak takut ke kena denda dengan Kaum Kōfun?". Tegur Basma.

●●●●●●●●●●●●🤍●●●●●●●●●●●●

"Vivian, memang benar jika difikirkan logik akal, Olive yang seharusnya selamatkan kami. Tapi, mengikut Ramalan, ia tertulis keluarga Abernathy!. Kami semua tidak tahu Olive ada adik". Kata Mr.Qib.

Vivian mengangguk perlahan tanda faham.

Mereka berempat kemudiannya meneruskan perjalan dan mencari Carlos yang entah hilang ke mana.

"Kerajaan Mawar Hitam . . . Sungguh kelakar apabila aku datang ke sini sedangkan mereka semua mengharapkan Olive yang akan datang membantu. Aku tidak tahu mengapa aku rasa sakit sedangkan Kerajaan Mawar Hitam ini adalah milik Olive dan bukan milik aku. Jadi,mengapa aku harus cemburu. Oh, mungkin kerana di dunia nyata dan di Kerajaan Mawar Hitam pun, Olive tetap yang paling diperlukan". Bisik hati Vivian.

Vivian & Kerajaan Mawar Hitam (akan disunting)Where stories live. Discover now