Memandangkan Vivian sudah pun sembuh, Vivian pun dapat berjalan seperti biasa. Mereka berlima kemudiannya, kembali meneruskan perjalanan dan menuju ke penempatan Kaum Osore.
Setibanya, mereka berlima di sana, Kaum Osore memandang mereka dengan rasa takut. Badan mereka menggigil-gigil. Ya, sememangnya kaum penakut.
●●●●●●●●●●●●🤍●●●●●●●●●●●
"Siapa kamu semua?. Apa hajat kamu semua ke sini?!". Tanya salah seorang Kaum Osore yang dikenali sebagai Oldfroy.
"Sebenarnya, kami datang ke sini adalah untuk meminta pertolongan dari Kaum kamu. Kami perlukan dalam dua orang yang sukarela membantu kami. . ." Belum sempat Mr.Qib menghabiskan ayatnya, Oldfroy pun mencelah.
"Sangat mustahil untuk kamu semua dapat berjumpa dengan Ratu Hakai kerana para pengawai Ikari pasti akan tumpaskan kamu semua".
"Tiada apa yang mustahil. Kami semua sudah pun berdepan dengan tentera Ikari dan selagi kita semua saling 'bekerjasama' , kekuatan Kaum Ikari akan menjadi lemah!". Jelas Vivian.
"Siapa gadis ini?". Oldfroy agak terkejut begitu juga dengan kaum Osore yang lain. Carlos kemudiannya segera menarik Vivian ke belakang.
"Bukan sesiapa" . Jawab Carlos."Adakah itu Olive?. Teman wanita kamu bukan?". Oldfroy menginginkan kepastian. Kedengaran teriakan gembira oleh para Kaum Osore yang lain.
"Kita semua akan diselamatkan!". Laung Oldfroy.
"Habislah Vivian. Kamu baru sahaja menimbulkan kekecohan". Sindir White Witch sambil memandang Vivian dengan jelingan.
Ketika Kaum Osore sedang bersorak gembira, mereka berempat hanya mampu tersenyum janggal dan palsu. Manakala, Vivian pula mendiamkan dirinya untuk seketika.
Tiba-tiba, teriakan gembira Kaum Osore itu terus terdiam sebaik sahaja Vivian bersuara.
"Sebenarnya, saya bukan Olive. Tapi, adik Olive. Nama saya, Vivian Abernathy".
"Apa maksud kamu adik Olive?. Kami perlukan Olive bukan kamu!". Kata Oldfroy.
"Ya, saya tahu kamu perlukan Olive. Tapi, agak mustahil untuk minta bantuannya sekarang. Saya sendiri pun tidak menjumpai jalan untuk pulang ke rumah dan tolong berhenti bercakap tentang Olive. Carlos sedang pulih dari Sumpahan Kanashimi". Jelas Vivian."Oh. Alahai. . ." Terkejut Basma.
"Syabas budak, anda baru sahaja merosakkan lagi keadaaan". Perli White Witch."Mereka kaum penakut jadi mereka pasti lebih mementingkan keselamatan diri sendiri dan memanggil kaum Ikari!". Kata Carlos.
"Oh. . . Saya baru sahaja lakukan kesilapan". Kata Vivian sendirian.
"Tidak ada masa untuk berbual!. Kita harus pergi dari sini sebelum tentera Ikari tiba!". Arah Mr.Qib.Mereka berlima kemudiannya segera berlari keluar dari penempatan Kaum Osore dan segera kembali ke penempatan Kaum Kōfun. . .
●●●●●●●●●●●●🤍●●●●●●●●●●●
Vivian melihat Mr.Qib, Carlos, Basma dan White Witch sudah mula kepenatan kerana asyik berlari sahaja.
"Saya minta maaf, Mr.Qib". Ucap Vivian dengan nada suara yang perlahan."Tidak mengapa Vivian. Bukan salah kamu. Saya faham kamu cuba untuk membantu". Balas Mr.Qib.
"Ya, membantu merosakkan keadaan. Kita hampir dapat makan makanan yang sedap!". Omel White Witch.Vivian hanya tertunduk ke bawah. Dia berasa kesal kerana cuba untuk membantu namun sebaliknya hanya merosakkan keadaan seperti yang dikatakan oleh White Witch.
"Vivian, tidak megapalah. Kamu sudah berusaha untuk membantu. Kalau kamu tidak bantu, mungkin mereka akan bertambah salah faham dan mula hebohkan berita yang tidak betul di mana mereka fikir kamu adalah Olive". Kata Basma sambil mengusap lembut rambut Vivian.
YOU ARE READING
Vivian & Kerajaan Mawar Hitam (akan disunting)
FantasyVivian menganggap kehidupannya bagaikan kisah dongeng dan mengharapkan akan berlakunya sebuah keajaiban sehinggalah pada suatu hari,dia tiba-tiba sahaja masuk ke dalam tempat asing di mana kehidupan rakyat kerajaan tersebut seolah-olah menyembunyika...