• BAB 4 •

106 23 0
                                    

"Kamu akan tetap menjadi seorang yang lemah. Lihatlah, betapa sedihnya diri kamu". Ejek Joane.

Vivian hanya mendiamkan dirinya lalu mengutip semula alat tulis miliknya yang bertaburan di atas lantai apabila kotak pensel miliknya itu dicampak oleh Joane.

"Kamu langsung tidak melawan!. Ayuh Vivian, pertahankan diri kamu". Kata Vanessa. Vivian hanya memandang Vanessa dengan sekilas pandang lalu duduk semula di tempatnya sebaik sahaja selesai mengutip alat tulis.

Joane hanya tersenyum sinis. Dia kemudiannya mengambil busur milik Vivian.
"Rasanya, kamu tidak dapat nak hadir ke kelas latihan memanah hari ini". Kata Joane sambil ketawa kecil.

"Joane!. Pulangkan semula busur saya!". Marah Vivian.
"Aww, nampaknya Vivian Abernathy tengah marah". Ejek Joane
"Joane!. Sudahlah!". Vanessa cuba untuk kawal keadaan.

"Kenapa kamu nak memihak Vivian?. Dia bukannya kawan kamu pun!". Balas Joane.
Ketika Joane dan Vanessa sedang 'berlawan' mulut. . .

Vivian segera merampas busur miliknya itu daripada tangan Joane. Dia kemudiannya menghala busurnya itu ke arah Joane sambil anak panahya benar-benar hendak 'mengasar' kepala Joane.

"VIVIAN!". Jerit Vanessa.
Joane tidak mampu bergerak. Dia berasa amat takut lagi-lagi apabila Vivian hendak memanah kepalanya.
"Vivian berhenti!. Jangan bertindak sedemikian!". Tambah Vanessa.

Vivian masih lagi berada dalam keadaan posisi untuk 'menembak'. Dia benar-benar mensasar kepala Joane.
Anak panah akhirnya dilepaskan. Namun, anak panah itu hanya melepasi 'rambut' Joane.

Tiada sebarang kecederaan yang berlaku. Semuanya berlaku dengan pantas. Joane masih lagi berdiri kaku. Matanya terbuka luas malah badannya menggigil. Sungguh jelas sekali betapa pengecutnya Joane.

Manakala, Vanessa pula hanya tergamam melihat anak panah yang hampir sahaja terkena Joane.

"Ini bukan tentang saya 'tersasar'. . .tapi, mungkin kerana kamu bukanlah sasarannya. Anak panah adalah seperti 'penunjuk arah'. Ia hanya mahu pergi pada arah yang ia mahu saja". Sindir Vivian sambil tersenyum sinis.

"Memang betul. Kamu seorang pengecut dan hanya berlagak berani serta kuat sahaja". Tambah Vivian lagi lalu berlalu keluar dari kelas.

●●●●●●●●●●●●🤍●●●●●●●●●●●●

Vivian berlalu keluar dari kelas dengan rasa gementar dan takut yang amat. Dia tahu dia telah melakukan kesalahan yang besar dan boleh dihukum oleh ibunya. Meskipun begitu, Vivian tetap sahaja memilih untuk 'ponteng' sekolah dan pulang serta bersedia dengan hukuman yang akan ditimpa olehnya tidak lama lagi.

Setibanya Vivian di rumah. . .

"Vivian!". Panggil Puan Aysun yang sudah berada di depan pintu pagar rumah.
"Ibu. . .Vivian boleh jelaskan. . ." Belum sempat Vivian menghabiskan ayatnya, Puan Aysun terus memeluk Vivian dengan erat.

"Sudah tahu sakit,kenapa kamu berjalan kaki untuk pulang?. Ibu nak jemput kamu!. Tapi,pihak sekolah kata kamu mahu pulang sendiri!". Bebel Puan Aysun.

"Apa?. Sakit?". Hairan Vivian.

"Vanessa dan Joane. . ."

"Vanessa dan Joane? Kamu tak perlulah nak risau!. Sebaliknya,berterima kasih kerana mereka berdua tolong bawa kamu ke bilik rawatan. Kalau tak mesti kamu sudah terbaring saja di padang sekolah!". Tambah Puan Aysun.

"Joane?". Vivian masih kehairanan.
"Sudah!. Kamu pergi masuk dalam dan berehat. Ibu akan sediakan ubat dan bubur nasi untuk kamu".

●●●●●●●●●●●●🤍●●●●●●●●●●●●

Vivian masuk ke dalam biliknya. Dengan langkahan kaki yang berat, Vivian akhirnya terduduk lalu mengunci pintu bilik tidurnya.

"Aku tak faham. Adakah ia hanyalah imaginasi aku saja?. Anak panah itu benar-benar melepasi Joane!. Erti kata lain,aku hampir membunuh dia!. Pelik. . .aku benar-benar dapat merasakan yang aku melepaskan anak panahku". Vivian masih lagi keliru dan berasa tidak percaya dengan apa yang telah berlaku.

Seolah-olah, kejadian diantara Joane dan Vivian itu tidak pernah berlaku!.

"Tapi,bukankah ia adalah satu perkara yang bagus?!. Wah, aku sangat bernasib baik". Teruja Vivian lalu mukannya yang pada awalnya semasam cuka akhirnya menjadi semanis gula.

Sejak kejadian tersebut, Vivian tidak lagi dibuli oleh Joane dan akhirnya bersekolah dengan perasaan yang 'normal' dan menikmati hari persekolahan seperti pelajar yang lain. Meskipun begitu, hubungannya dengan ibu dan Olive tetap sahaja regang dan sering sahaja akan timbulnya amarah.

Vivian tetap tidak berubah.
Entah adakah ia adalah 'sumpahan' atau 'takdir' untuk Vivian sentiasa hidup diselebungi dengan perasaan negatif yang sering sahaja datang kepadanya apabila dia berada dalam keadaan yang positif.

●●●●●●●●●●●●🤍●●●●●●●●●●●●

"Hidup 'celaka' yang tidak berkesudahan."
-VIVIAN-

Vivian & Kerajaan Mawar Hitam (akan disunting)Where stories live. Discover now