• BAB 6 •

103 24 0
                                    

Setahun pun berlalu, Vivian kini berusia 16 tahun manakala kakaknya pula 19 tahun dan sudah cukup umur untuk berkahwin.

Ketika semua orang sedang bergembira dengan majlis perkahwinan diantara Olive Albert dan Sir Delfroy O' Reiner Will, Vivian hanya duduk termenung seorang diri dan sering sahaja tidak tersenyum.

Perubahan dratis Vivian sungguh jelas sekali, apabila dia sudah tidak memanah dan sering sahaja mengasingkan diri. Vivian juga tidak pernah berbual tentang ayahnya dan dia sering sahaja melarikan diri apabila mendengar seseorang berbual tentang Encik Albert. Semua penduduk Asteria termasuklah Puan Aysun dan Olive tahu, bahawa Vivian masih lagi bersedih.

●●●●●●●●●●●●🤍●●●●●●●●●●●●

"Vivian". Panggil Puan Aysun.
Vivian hanya memandang ke arah Puan Aysun selama beberapa saat lalu kembali termenung.

"Ini. . .Kenapa ia berada di dalam tong sampah?". Tanya Puan Aysun sambil menujukkan busur Vivian. Vivian mendiamkan dirinya buat seketika.

"Ia sudah tidak berguna lagi". Jawab Vivian lalu segera berlalu pergi dan menuju ke dalam hutan. Meskipun,Vivian sudah berhenti menjadi seorang pemanah, dia tetap sahaja bersiar-siar di dalam hutan.

Entah apa yang menarik didalam hutan tersebut sehingga sering sahaja menarik perhatian Vivian untuk selalu bersiar-siar di sana.

Langkahan kaki Vivian kemudiannya terhenti.

Vivian menarik dan menghembus nafas berkali-kali. Air matanya yang hendak mengalir itu ditahan untuk tidak jatuh. Namun, Vivian akhirnya tersedak lalu mula menangis dengan teresak-esak.

Vivian menangis dan menangis dengan penuh seksa sehingga dia terduduk ke atas tanah.

"Ayah. . ." Vivian memanggil ayahnya dengan rasa sakit yang amat.

"Semua orang sudah mulakan kehidupan yang baru hanya Vivian sahaja yang ketinggalan!". Raung Vivian dengan sekuat-kuatnya.

Dengan tiba-tiba sahaja, Vivian terdengar bunyi pelik di sebalik semak-samun. Bunyi pelik itu seakan-akan seperti ada seseorang sedang bersembunyi dengan tergesa-gesa.

Tangisan Vivian terus terhenti. Gadis itu kemudiannya memberanikan dirinya untuk melihat semak-samun tersebut dengan lebih dekat. Namun, nama Vivian kemudiannya dipanggil oleh Puan Aysun untuk pulang semula ke rumah.

Vivian terpaksa membatalkan niatnya itu lalu pulang semula ke rumah seperti yang disuruh oleh Puan Aysun.

●●●●●●●●●●●●🤍●●●●●●●●●●●●

"Kamu ke mana sahaja pada waktu senja sebegini?". Tanya Puan Asyun.
"Tak kemana. Hanya hirup udara segar". Jawab Vivian.

"Olive akan berkahwin tidak lama lagi. Ibu harap kamu boleh berikan kerjasama". Kata Puan Aysun sambil mencuci pinggan dan mangkuk yang berada di dalam sinki.

Vivian mendiamkan diri buat seketika.
"Selama ni, Vivian tidak pernah berikan kerjasama ke?". Kata Vivian secara tiba-tiba.

Puan Aysun segera mengeluh lalu menghempas pinggan plastik yang sedang dicuci olehnya itu sehingga menghasilkan bunyi yang sangat kuat.

"Mengapa, kamu bersikap begini?. Mengapa kamu sering sahaja mengasingkan diri?. Kamu sudah berubah Vivian!. Berhenti seperti kamu seorang sahaja yang sakit. Kamu dahulu adalah seorang yang paling periang. Kenapa tiba-tiba sahaja kamu seperti sudah mati lalu dilahirkan semula menjadi seorang gadis yang sungguh dingin dan tiada perasaan seperti yang ibu sedang lihat sekarang!". Jerit Puan Aysun.

Mata beliau memandang Vivian dengan pandangan maut. Beliau sedah jemu dengan sikap anaknya yang seolah-olah ingin menempah amarah daripadanya.

Vivian terkedu. Matanya mula berkaca. Vivian kemudiannya segera berlari masuk ke dalam bilik tidurnya lalu menghempas pintu bilik dengan sangat kuat.

Vivian & Kerajaan Mawar Hitam (akan disunting)Where stories live. Discover now