• BAB 11 •

84 19 0
                                    

Vivian dan Carlos akhirnya berjaya keluar dari hutan yang dipenuhi salji tersebut. Masing-masing memeluk tubuh mereka sendiri kerana kesejukkan.

"Carlos". Panggil Vivian dengan tergagap-gagap. Carlos memandang Vivian dengan pandangan yang dingin.
"Saya cuma nak cakap yang kita patut cari Mr.Qib sekarang". Jelas Vivian.
"Jadi?. Tunjukkanlah jalan". Balas Carlos.

Vivian hanya terdiam. Dia kemudiannya berjalan melepasi Carlos.
"Kamu benar-benar tahu dimanakah dia berada?". Ejek Carlos.
Vivian tetap mendiamkan diri dan terus berjalan sahaja. Carlos pula mengikuti Vivian dari belakang.

●●●●●●●●●●●●🤍●●●●●●●●●●●

Sudah hampir berjam-jam mereka berjalan sehinggalah mereka akhirnya berjalan di atas tasik yang telah beku. Vivian dan Carlos berjalan dengan berhati-hati. Setakat ini, mereka masih 'hidup'.

"Kamu sebenarnya tahu ataupun tidak lokasi Mr.Qib ni?". Carlos mula meragui Vivian. Matanya hanya mampu melihat ke bawah untuk memastikan kakinya memijak tasik beku yang benar-benar beku itu dengan berhati-hati dan bukannya yang akan cair pada bila-bila masa.

Vivian diam membisu. Dia hanya berjalan dengan berhati-hati.
"Vivian!. Saya cakap dengan awak ni?!". Carlos mula hilang sabar. Dengan kuasa pendiam, Vivian seolah-olah sudah menzipkan mulutnya.

Carlos kemudiannya hanya mampu mengeluh dengan panjang dan kuat. Suasana kemudiannya kembali menyepi. Tiba-tiba,kedengaran tapak kaki beberapa ekor kuda menghala ke arah mereka.

Vivian dan Carlos memandang ke arah bunyi tersebut.
"Tak guna!. Itu tentera Ikari!". Jerit Carlos. Mata Vivian terbuka luas. Dia pun segera berlari begitu juga dengan Carlos. Mereka terpaksa redah sahaja tasik beku tersebut.

Perlahan-lahan, tasik beku itu mula mengalami kerekahan.
"Cis!. Tak guna betul!". Vivian mula risau kerana dia sering memijak rekahan sahaja. Carlos menyedari akan hal tersebut. Dia melihat ke arah tentera Ikari yang semakin menghampiri mereka.

"Tak boleh jadi ni!". Bisik hati Carlos lalu segera mendukung Vivian.
"Saya boleh berlarilah!". Omel Vivian.
"Diam sajalah!. Mereka semakin hampir!". Balas Carlos dan berlari dengan pantas. Vivian memaut leher Carlos dengan kuat.

Vivian segera memandang ke arah tentera Ikari yang sedang menghampiri mereka.
"Carlos!. Lepaskan saya!. saya ada idea". Kata Vivian.
"Apa maksud kamu?!". Hairan Carlos.

"Lupakan sahaja!. Kita harus cepat!". Carlos tetap berkeras.
Vivian kemudiannya segera melepaskan dirinya dari Carlos dan menyebabkan dirinya jatuh terguling di atas tanah beku.

"Vivian!. Apa yang sedang kamu lakukan?!". Jerit Carlos.

Vivian tetap berdegil dan mula mensasarkan salah seorang tentera Ikari menggunakan busurnya. Belum sempat Vivian hendak melepaskan anak panah, ais beku yang dipijak oleh Vivian terus retak dan pecah apabila salah seorang tentera Ikari yang Vivian sasarkan itu, melepaskan beberapa das tembakan pada kawasan ais beku yang dipijak Vivian.

Mata Vivian terbuka luas. Dalam sekelip mata, dia terjatuh ke dalam tasik yang sangat sejuk. Busurnya terlepas dari tangan. Vivian cuba untuk kembali ke darat namun dia tidak mampu dan mula tenggelam.

"Vivian!". Jerit Carlos sambil matanya berkaca.

"Tangkap lelaki Heiwa itu!". Arah salah seorang komander Ikari.
"Jangan harap!". Marah Carlos lalu mula menghunuskan pedangnya. Dia berlawan dan berlawan. Namun, dia tidak mampu. Jumlah tentera itu agak ramai.

Akibat sudah buntu, Carlos kemudiannya cuba untuk terjun menyelamatkan Vivian namun dia berjaya ditahan. Tidak lama selepas itu, kedengaran ngauman seekor naga.

Vivian & Kerajaan Mawar Hitam (akan disunting)Where stories live. Discover now