Entah mengapa ada suatu perasaan pelik timbul apabila Vivian bersama-sama dengan mereka berempat. Dia merasakan satu hubungan yang sangat istimewa buat pertama kalinya.
Mungkin kerana, dia tidak pernah mempunyai kawan sebelum ini dan sejak dahulu lagi dia hanya sering ditemani oleh Encik Albert.
Sepanjang pengembaraan Vivian bersama-sama dengan mereka berempat, Vivian banyak ketawa dan tersenyum lebih-lebih lagi apabila Basma yang sering berjenaka.
Layanan dingin White Witch pada Vivian juga sudah berubah sejak Vivian jatuh ke dalam Tasik Beku. Carlos pula sudah mula rapat dengan Vivian dan menganggapnya sebagai seorang kawan. Diantara mereka berempat, Mr.Qib adalah yang paling rapat dengan Vivian kerana Mr.Qib mengingatkan Vivian tentang Encik Albert.
Namun, kegembiraan bersifat 'sementara'. Kesengsaraan, sahabat setia Vivian pasti akan kembali kepadanya juga nanti.
●●●●●●●●●●●●🤍●●●●●●●●●●●
"Nampaknya, kita harus juga guna cadangan Vivian". Kata Basma.
"Cadangan apa?". Hairan Vivian.
"Berbincang dengan Ratu Hakai". Balas White Witch.Mr.Qib hanya mendiamkan dirinya. Dia sedang fokus melihat ke arah para pengawai yang mengawal pintu masuk Istana.
"Carlos, kamu ada apa-apa cadangan?". Tanya Mr.Qib.
"Apa saya?!" Terkejut Carlos apabila dia tiba-tiba sahaja ditujukan soalan.
"Saya. . .mungkin akan ikut cadangan Vivian". Jawab Carlos."Tapi, Mr.Qib. . .macam mana kita nak bersemuka dengan Ratu Hakai?". Tanya Vivian.
"Saya sedang fikirkan benda yang sama. Tak apa. Kita cuba lain kali sahaja. Kata hati kata ini bukan waktu yang sesuai untuk kita bersemuka dengan Ratu Hakai". Jelas Mr.Qib"Kata hati?!". Vivian, Carlos, Basma dan White Witch kehairanan.
"Ya. Kata hati". Tegas Mr.Qib.
Mereka berempat hanya akur lalu mengikut Mr.Qib. Mereka berlima sudah mula buntu.
"Wah, kata hati kamu sangat 'tepat', Mr.Qib". Sindir White Witch. Namun, Mr.Qib hanya mendiamkan sahaja dirinya.Mereka sudah tidak tahu cara apa lagi yang harus mereka lakukan untuk mengembalikan semula keamanan Kerajaan Mawar Hitam.
"Sampai bila lagi Mr.Qib, kita harus terus mengelak dan bukannya berhadapan dengan mereka?". Vivian mula bersuara.
"Ini bukan tentang mengelak Vivian, ini tentang menunggu masa". Balas Mr.Qib."Apa sebenarnya yang Ramalan katakan?. Kamu sering sahaja sembunyikannya pada kami". White Witch ingin tahu.
"Ya. Betul tu, Mr.Qib. Kamu tidak percayakan kami ke?". Tanya Basma.
"Bukan kerana tidak percaya". Jujur Mr.Qib.
"Jadi?. Sebab apa?". Carlos menginginkan penjelasan."Ada pengintip diantara kita. Dia adalah pembantu Ratu Hakai. Berkemungkinan, tentera-tentera Ikari menjumpai lokasi Vivian dan Carlos kerana pembantu Ratu Hakai dan berkemungkinan juga, dia bagi tahu tentera Ikari untuk mengawal pintu masuk Kota Kaum Kōfun". Jelas Mr.Qib.
"Apa?". Carlos begitu terkejut.
"Mr.Qib. . .itu sangat mustahil. Mustahil salah seorang daripada kami adalah pembantu Ratu Hakai". Jelas Vivian.
"Dalam dunia ini, Vivian. . .tidak ada yang mustahil". Balas Mr.Qib."Habis?. Kamu mengesyaki siapa?. Vivian?". White Witch mula naik berang.
"Saya tidak perlu mengesyaki sesiapa. Pembantu itu akan tonjolkan dirinya apabila dia berada dalam keadaan yang terdesak". Balas Mr.Qib. Basma hanya terdiam. Matanya terbuka luas.●●●●●●●●●●●●🤍●●●●●●●●●●●
Kata-kata Mr.Qib tentang Pembantu Ratu Hakai membuatkan keadaan mejadi janggal dan diam menyepi. Mereka berlima hanya mampu mendiamkan diri masing-masing.
"Jika benar ada Pembantu Ratu Hakai di sini. Maka, dia hanya berpura-pura menyukai saya. Saya fikir saya sudah mempunyai kawan". Vivian memecahkan keheningan tersebut.
Mereka berempat memandang Vivian secara sentak. Namun, hanya memandang tapi tidak pula menjawab.
Masing-masing masih lagi berasa terkejut dengan kata-kata Mr.Qib.Pengkhianatan adalah perkara terkutuk dalam dunia Kerajaan Mawar Hitam. Maka, jika benarlah Pembantu Ratu Hakai berada di dalam kalangan mereka, berkemungkinan besar dia akan dihukum mati.
Setelah hampir berjam-jam, berjalan di dalam hutan salji, mereka berlima tidak sedar bahawa mereka sudah berada di salah satu kawasan larangan Setibanya mereka di sana, mereka terus ditahan.
Mereka berlima dimasukkan ke dalam penjara bawah tanah. Tangan mereka diikat dengan kuat. Jadi, sangat mustahil untuk mereka berlima melarikan diri.
"Wah!. Sungguh bagus sekali. Kita semua ditahan oleh penduduk kampung saya sendiri!". Omel White Witch.
"Kenapa kamu tidak cuba untuk selamatkan diri kamu?!". Omel Basma pula."Apa?. Saya? Saya yang sudah tidak berguna dan kehilangan kuasa sihir ni?. Cis, jangan haraplah. Mereka hanya dengar cakap Elsa. Elsa pun bukannya selalu memihak pada saya. Maklumlah, saya hanyalah anak tirinya". Kata White Witch dengan nada suara menyampah.
Tiba-tiba, Vivian terus ketawa.
Gelak ketawanya itu membuatkan mereka berempat memandang Vivian dengan penuh hairan.
"Kamu dah kenapa?!". Tanya Carlos dengan risau."Saya sudah lama tidak dikurung begini. Sekiranya, saya lakukan kesalahan, pasti ibu akan kurung saya di dalam bilik. Saya tak tahu mengapa saya rindukan mereka. . .Saya rindukan ibu dan kakak saya". Ujar Vivian sambil tersenyum manis apabila teringatkan Puan Aysun dan Olive.
"Jangan risau, Vivian. Saya, akan pastikan kamu dapat pulang semula ke dunia manusia. Saya akan. . .saya akan. . .bantu kamu. . .lepaskan diri!". Basma berusaha sedaya upaya demi Vivian.
Dengan tiba-tiba sahaja, dia dapat memutuskan tali besi tersebut.
"Mungkin kuasa saya adalah 'kekuatan!". Kagum Basma lalu segera membuka tali ikatan Vivian dan mereka yang lain."Baik. . .sekarang apa?!". Tanya Basma sebaik sahaja menoleh dan memandang ke arah pintu penjara yang masih berkunci itu.
"White Witch. Serulah Wolfrah. Guna kuasa sihir kamu. Bukankah ini adalah satu kecemasan". Kata Carlos.
"Oh. Ya. Betul juga!". Balas White Witch sambil tersengih seperti kerang busuk."O fíle mou, Wolfrah. Kálesa to ónomá sou. Ela se ména. Ela se ména. O Wolfrah, éna sofó kai dynató thirío. (Oh kawan saya, Wolfrah. Saya memanggil nama awak. Datang ke saya. Datang ke saya. Oh Wolfrah, binatang yang bijaksana dan hebat.)".
Namun, Wolfrah tidak datang. White Witch berasa terkejut. Dia memanggil lagi dan lagi. Tongkat saktinya juga berkali-kali bercahaya demi memanggil Wolfrah tapi, Wolfrah tetap tidak datang.
"Kemana dia sudah menghilang?!". Getus hati White Witch. Dia dengan segera mula menutup matanya. Tiba-tiba, dia melihat sesuatu yang mengejutkan.
Dalam perjalanan ke sini, Wolfrah telah ditangkap oleh para tentera Hakai atas bantuan Elsa. Meskipun, Wolfrah adalah haiwan halimunan, ahli sihir pasti akan tahu kehadirannya. Maka,belum sempat Wolfrah melangkah masuk ke dalam Perkampungan Witch's , lehernya telah dijerut.
White Witch terus membuka matanya. Dia terduduk lalu mula menangis.
"Tidak. . .kawanku, Wolfrah". White Witch masih lagi dalam keadaan terkejut. Dia tidak menyangka semua ini akan terjadi."Kenapa ni, White Witch?". Tanya Basma dengan risau.
"Tidak, tidak, tidak!". Jerit White Witch lalu menghasilkan cahaya putih sehingga menyebabkan penjara bawah tanah roboh. Cahaya putih itu menjadi seperti perisai dan melindungi mereka berlima."White Witch!". Panggil Vivian apabila melihat White Witch seolah-olah sudah hilang kawalan.
Namun, White Witch tidak menghiraukan mereka. Dia terus-menerus menghasilkan cahaya putih tersebut. White Witch berada dalam keadaan terapung sambil matanya bercahaya putih. Rambutnya pula berterbangan secara perlahan.
Dengan pantas. . .
Mereka berlima tiba-tiba sahaja berada di tengah-tengah hutan salji.
Cahaya putih yang dihasilkan oleh White Witch terus menghilang. White Witch kemudiannya terus rebah.
YOU ARE READING
Vivian & Kerajaan Mawar Hitam (akan disunting)
FantasyVivian menganggap kehidupannya bagaikan kisah dongeng dan mengharapkan akan berlakunya sebuah keajaiban sehinggalah pada suatu hari,dia tiba-tiba sahaja masuk ke dalam tempat asing di mana kehidupan rakyat kerajaan tersebut seolah-olah menyembunyika...