• BAB 17 •

87 17 0
                                    

"White Witch!. White Witch!" Panggil Vivian. Dia menjerit sekuat hatinya.
"White Witch!". Jerit Vivian. Namun, White Witch tidak menyahut panggilannya.

"Adakah dia sudah pergi terlalu jauh atau mungkin, Kerajaan Mawar Hitam sudah terkena Sumpahan Pengkhianatan?!". Vivian berasa amat risau lalu segera berlari sepantas yang mungkin.

Dia berusaha untuk menyelamatkan Kerajaan Mawar Hitam. Entah apa, yang telah merasuk tubuh Vivian yang sering sahaja hilang semangat itu.

●●●●●●●●●●●●🤍●●●●●●●●●●●

Vivian kemudiannya telah pun berjaya keluar dari hutan salji tersebut. Namun, apa yang peliknya adalah Kerajaan Mawar Hitam masih kekal sama sedangkan Vivian sudah berada di dunia selama 30 minit.

Vivian memberanikan dirinya ke penempatan Kaum Ikari. Tiba sahaja di sana, Kaum Ikari memandang Vivian dengan padangan yang menakutkan.
Mereka semua memandang Vivian atas dan bawah.

"Apa yang memberanikan kamu untuk datang ke sini?". Tanya salah seorang pemuda Kaum Ikari yang bernama Alexander.

Alexander Cullen adalah kaum Ikari yang paling taat akan Ratu Hakai, jangan percaya dengan senyumannya meskipun dia mempunyai wajah yang tampan. Di sebalik wajahnya yang tampan itu, Alexander mempunyai kuasa serangan mental yang paling kuat. Dia mampu melemahkan semangat seseorang atau menjadikan seseorang itu bercakap sehingga mengguriskan hati orang lain. Dengan hanya memandang ke dalam mata orang tersebut, Alexander telah pun berjaya melakukan kuasa serangan mental.

"Saya hanya mahu bertanya tentang Ratu Hakai". Jawab Vivian.
"Kenapa?. Kamu sudah kenal dia. Bukankah kamu pernah ditahan olehnya?". Balas Alexander lalu mendekatkan wajahnya pada Vivian.

Alexander memandang tepat mata Vivian.
"Kamu mempunyai sepasang mata kelabu yang cantik. Patutkah, saya tukarkan ia menjadi sepasang mata yang berwarna merah pula?". Tanya Alexander secara mengejut.

Vivian pun dengan pantas menoleh ke arah yang bertentangan.

"Vivian!". Kedengaran suara seorang perempuan yang dikenali.
"White Witch!". Sahut Vivian.
"Lewatnya kamu. Saya hampir mati di sini". Kata Vivian. Senyuman White Witch terus hilang.

"Alaexander!. Apa yang kamu dah buat pada Vivian?!". Marah White Witch.
"Tak ada apa. Cuma, 'uji' kuasa serangan saya". Balas Alexander sambil tersenyum sinis.

"Berapa lama Vivian akan berbicara seperti manusia yang tiada adab?!". Marah White Witch.
"Seberapa lama. . .yang dia sendiri mahu?!". Ketawa Alexander.

"Pergilah sekarang. Bawa dia sekali. Cis, dia fikir dia adalah wira?. Kawal emosi diri sendiri pun tak boleh". Sindir Alexander.

White Witch hanya mampu mendiamkan dirinya. Kuasa sihirnya tidak mampu untuk mengalahkan kuasa serangan mental Alexander.
"Vivian kita harus pergi. Ayuh!. Mr. Qib pasti sedang mencari kamu". Pinta White Witch.

"Saya tidak sabar nak berjumpa dengannya. Tapi, saya masih tidak menyukai wajah hodohnya". Balas Vivian. Alexander terus ketawa.
"Kuasa serangan saya ini agak menyeronokkan juga". Alexander berasa kagum dengan dirinya.

Dengan pantas, White Witch segera membawa Vivian keluar.

●●●●●●●●●●●●🤍●●●●●●●●●●●

Mereka berdua meneruskan perjalanan ke kawasan Penempatan Kaum Osore dimana Mr.Qib, Bamsa dan Calos berada.

"White Witch, macam mana kamu boleh berada di penempatan Kaum Ikari?. Bukankah, mereka ialah musuh kamu?". Tanya Basma.

"Kerana saya berasal dari sana. . ." Jawab White Witch. Mata Vivian terbuka dengan luas. Dia tidak mampu berkata apa-apa.
"Ya. Tidak hairanlah kalau kamu mampu nak mengkhianati Mr.Qib dan dua sahabat kamu yang lain". Kata Vivian.

"Kamu tidak pernah ada kawan ke sebelum ni, Vivian?". Tanya White Witch.
"Kawan?. Saya banyak menghabiskan masa dengan ayah. Dia bukan sahaja mati dengan sia-sia, malah dia mati sambil memungkiri janji". Balas Vivian.

"Mengapa kamu tidak mempunyai seorang pun kawan?. Bukankah, gadis seusia kamu ini seharusnya bergembira dengan kawan-kawan?". Tanya White Witch lagi.

"Kenapa perlu ada kawan. Kalau akhirnya, saya hanya akan berasa 'sunyi' juga". Jawab Vivian sambil ketawakan dirinya yang menyedihkan itu.

"Kuasa Alexander sungguh menyakitkan. Dia buat Vivian tiada perasaan dan merendahkan dirinya sendiri. Cis, dasar Kaum Ikari. . ." White Witch tidak berhenti-henti berkata kesat dalam hatinya.

Tidak lama selepas itu, mereka berdua akhirnya tiba di Penempatan Kaum Osore.

Mr.Qib, Basma dan Carlos sedang menjamu selera dan masing-masing semasam cuka itu terus tersenyum sebaik sahaja melihat Vivian dan White Witch.

"Vivian!". Teruja Basma sambil berlari ke arah Vivian lalu memeluknya dengan erat.
"Kami bertiga sangat risau tentang kamu. Para tentera Ikari tidak henti-henti memburu kami malah kuasa sihir Pembantu Ratu Hakai juga menyihir kami selama berhari-hari!. Mujurlah, White Witch. . ." Percakapan Basma terus terhenti sebaik sahaja dia menyedari keberadaan White Witch.

"Oh sahabatku, White Witch!. Kamu masih hidup!. Kamu masih hidup. Saya mahu menangis tapi tak boleh!". Keterujaan Basma semakin bertambah.
"Elsa bantu kamu ke White Witch?. Agak pelik kerana kamu boleh hidup. . ." Carlos mula kehairanan.
"Kamu juga ke yang selamatkan Vivian?". Tanya Mr.Qib pula.

White Witch berdiam diri. Entah bagaimana dia mahu menjawab pertanyaan mereka tambahan pula dengan apa yang telah dia lakukan membuatkan dia rasa bersalah sehingga berasa malu untuk memandang wajah mereka bertiga.

"Dia pengkhianat. Dia khinati kamu semua. Dia berpura-pura mati untuk menyembunyikan perbuatannya. Tapi, dia juga yang selamatkan saya, si pengkhianat berambut putih ini". Jelas Vivian sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah White Witch yang berdiri bersebelahan dengannya.

Penjelasannya membuatkan mata mereka bertiga terbuka luas. Mereka bertiga terkilan dengan perbuatan yang telah White Witch lakukan. Namun, mereka bertiga lebih hairan dengan cara percakapan Vivian yang kedengaran 'agak biadap'.

"Ini pasti kerja Alexander!". Carlos mula naik berang.
"Ya. Memang kerja saya". Alexander mencelah.

"Apa yang kamu buat di sini?!". Basma berasa terkejut melihat Alexander yang entah muncul dari mana dan tidak mempunyai rasa malu pun.

"Saja. Saya kebosanan di sana. Tambahan pula, bukan saya seorang sahaja Kaum Ikari di sini". Jelas Alexander lalu memandang White Witch.

Mereka berdua saling bertatapan.
"Pergi makan taik dan mati!". Marah White Witch.

"Apa?!. White Witch Kaum Ikari?!. Jadi, saya bersahabat dengan Kaum Ikari selama ini?!". Kagum Basma.
"Bukankah memang itu sebenarnya cara kehidupan Mawar Hitam ini berfungsi?". Mr.Qib mencelah.

"Jadi?. White Witch adalah seorang pengkhianat!. Dia harus dihukum. Tidak kisahlah, siapa pun dia. . .dia tetap seorang pengkhianat". Carlos bertegas.

"Awww, tiada sesiapa yang memihak pada perempuan berambut putih. Ia sangat menyedihkan. . ." Ejek Alexander sambil membuat mimik muka yang menjengkelkan.

Tiba-tiba, Alexander dapat merasai sesuatu yang kuat menumbuk mukanya sehingga membuatkan dia berasa keras pada bahagian yang terkena tumbukan.
"Kalau kamu hanya datang ke sini untuk keruhkan lagi keadaan, baik kamu pergi saja!". Marah Oldfroy.

"Oldfroy, kamu semakin berani pula. Bukankah ia agak kelakar juga sebelum ini?. Kaum Osore mempunyai wajah yang menakutkan tapi mereka sebenarnya adalah penakut". Sindir Alexander.

"Lagi baik daripada Kaum kamu. Kaum yang tiada hati perut, langsung". Oldroy mula naik berang.

Pergaduhan pun bermula.
Mr.Qib, Carlos, Basma, White Witch, Oldfroy dan Alexander bergaduh sesama mereka. Masing-masing berlawan mulut dan menganggu ketenangan di sana.

Vivian hanya melihat mereka dengan pandangan yang menyampah. Vivian mengeleng-gelengkan kepalanya, berasa malu dengan tingkah laku mereka berenam itu.

Vivian & Kerajaan Mawar Hitam (akan disunting)Where stories live. Discover now