Vivian dicampak dengan kuat sehinggalah kepalanya terhantuk. Vivian hanya mampu mengerang kesakitan. Gadis malang itu disumbat ke dalam bilik tahanan. Bilik tahanan itu agak gelap sehingga dia tidak mampu untuk melihat apa-apa.
.
Tidak lama selepas itu, kedengaran suara gelak ketawa oleh seorang gadis.
Ketawa jahatnya itu menarik perhatian Vivian.Pintu bilik tahanan kemudiannya di buka.
"Tolong bawa dia ke atas. Tempat ini, terlalu menyedihkan dan hampir buat saya menangis". Sindir gadis itu sambil ketawa terbahak-bahak.Vivian kemudiannya dipaksa untuk berdiri meskipun dia sedang sakit.
Tentera Ikari melayan Vivian dengan kasar. Tiba, sahaja di tingkat atas, Vivian dicampak sekali lagi sehingga membuatkan dia terjatuh.Gadis itu pula hanya ketawa lalu terus duduk di atas sebuah kerusi yang kelihatan sangat mewah atau lebih kelihatan seperti kerusi seorang Ratu.
"Jangan sembunyikan wajah kamu. Beta sudah biasa melihat wajah manusia yang menyedihkan". Ejek Ratu Hakai apabila melihat Vivian tidak memandangnya.
"Tolonglah, tidak perlu sanjung beta. Beta tahu beta sangat hebat dalam memberikan kesengsaraan!". Kata Ratu Hakai tanpa balas kasihan. Perlahan-lahan, Vivian pun memandang Ratu Hakai.
Ratu Hakai terus ketawa lagi sebaik sahaja dia melihat wajah Vivian.
"Kamu sungguh menyedihkan!. Hidup kamu penuh dengan kesengsaraan dan ia adalah suatu perkara yang indah untuk beta!. Kamu boleh sertai kaum Heiwa selepas itu. Apa yang paling menganggumkan ialah beta tidak perlu memberikan kamu sumpahan Kanashimi kerana kamu sudah terkenanya setelah sekian lama". Kata Ratu Hakai dengan teruja."Kenapa kamu tidak mati sahaja. Bukankah,kamu sudah 'sakit?' ". Tambah Ratu Hakai sekali lagi dan ketawa dengan jahatnya.
"Ayuhlah, gadis malang. . .berbicaralah. Apakah kamu sudah tidak mampu bercakap kerana telah memendam kesakitan kamu dengan begitu lama?". Tambah Ratu Hakai lagi.
"Kembalikan semula keamanan Kerajaan Mawar Hitam!". Jerit Vivian.
Ratu Hakai yang dari tadi asyik ketawa itu terus berhenti.
"Apa?. Kembalikan?. Hahahahaha, mengapa beta harus berbuat begitu?!". Balas Ratu Hakai."Kamu hanyalah pengecut!. Kamu tidak seharusnya memberi masalah pada orang lain hanya kerana kamu seorang sahaja yang berasa sedih!". Marah Vivian.
Ratu Hakai terus tersenyum sinis.
"Wah. Banyak yang kamu tahu tentang beta. Sungguh banyak, sehingga buat beta mahu menyeksa kamu dengan lebih teruk lagi!". Balas Ratu Hakai.Vivian kemudiannya di bawa ke bilik hukuman. Dia dipukul oleh tentera Ikari berkali-kali. Manakala, Ratu Hakai pula hanya ketawa apabila mendengar jeritan Vivian.
" 'Muzik' yang indah". Kata Ratu Hakai lalu menari seperti seorang penari balet.Vivian dikurung dalam bilik tahanan sekali lagi dan tidak diberikan makanan. Gadis itu memeluk tubuh kerana berasa sejuk. Malah, dirinya dipenuhi dengan luka dan calar-balar.
●●●●●●●●●●●●🤍●●●●●●●●●●●
Pada suatu malam yang sunyi, Vivian yang sedang cuba untuk tidur itu tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi pintu bilik tahanan terbuka. Dengan pantas, Vivian segera melihat ke arah pintu tersebut.
"White Witch!". Teruja Vivian kerana dia fikir dia akan diselamatkan. Dengan pantas, Vivian segera berlari ke arah White Witch dan ingin memeluk perempuan berambut putih itu. Namun, White Witch menghalakan tongkat saktinya ke arah Vivian sehingga membuatkan Vivian berasa terkejut dan terus mengundur ke belakang.
"Kamu mesti terkejut, bukan?". Ujar White Witch. Kedengaran, bunyi tapak kasut milik Ratu Hakai sedang menghampiri mereka.
"Pembantu beta sudah pun tiba". Kata Ratu Hakai. Vivian terkejut sekali lagi. Dia tidak percaya dengan apa yang baru dia dengar. Vivian kemudiannya di bawa ke tingkat atas tempat di mana Ratu Hakai selalu 'berlagak seperti seorang pemerintah'. Bukan Vivian sahaja, White Witch juga turut berada di sana.
YOU ARE READING
Vivian & Kerajaan Mawar Hitam (akan disunting)
FantasyVivian menganggap kehidupannya bagaikan kisah dongeng dan mengharapkan akan berlakunya sebuah keajaiban sehinggalah pada suatu hari,dia tiba-tiba sahaja masuk ke dalam tempat asing di mana kehidupan rakyat kerajaan tersebut seolah-olah menyembunyika...