• BAB 16 •

81 16 0
                                    

Vivian sudah mula melelapkan matanya. Namun, dia tiba-tiba terdengar pengawal yang menjaga pintu bilik tahanannya. Bunyi tumbukan demi tumbukan,tendangan demi tendangan. . .

Vivian hanya mampu mendengar dan memandang sahaja pintu bilik tahanan. Entah apa yang sedang berlaku di luar. Tiba-tiba, pintu bilik tahanan pun terbuka.

"Ayuh, kita keluar dari sini". Kata White Witch.
"White Witch?!". Vivian berasa amat terharu dan marah pada masa yang sama. Mereka berdua kemudiannya melarikan menggunakan kuasa sihir White Witch.

White Witch membawa Vivian ke dalam hutan Salji. Di depan mereka terdapat satu pohon yang besar dan hanya pohon itu sahaja yang tidak beku malah pohon itu sangatlah cantik.

"Kenapa kita ke sini, White Witch?!". Vivian mula naik berang.
"Kamu harus pulang. Pergi!. Pergi sekarang!". Arah White Witch.
"Kenapa?!. Kita masih boleh selamatkan Kerajaan ini". Tegas Vivian.

"Tak. Kamu harus pulang sekarang. Walaupun, mungkin kamu adalah Olive, Kerajaan Mawar Hitam tidak akan pulih". Balas White Witch.
"Jelaskan kepada saya. Mengapa?. Mengapa tidak boleh?!". Marah Vivian.

"Sebab saya adalah pengkhianat!. Saya baru sahaja menyebabkan Kerajaan Mawar Hitam terkena sumpahan. Kami semua akan menjadi hitam dan putih sahaja tidak lama lagi!". Jerit White Witch.

Vivian terus terdiam. White Witch pula menangis dengan teresak-esak lalu terduduk. Vivian kemudiannya merendahkan dirinya lalu mendekatkan wajahnya pada White Witch.

"White Witch. . ."

"Tolonglah, Vivian. Pergi sajalah". Rayu White Witch. Vivian pun mula menangis. Perlahan-lahan, dia pun berdiri semula lalu terus masuk ke dalam dahan pohon tersebut yang sudah berbentuk pintu itu.

Vivian tidak mampu menoleh ke belakang kerana dia tahu, dia akan 'berpatah balik' sekiranya dia memandang White Witch yang masih lagi sedang menangis.

●●●●●●●●●●●●🤍●●●●●●●●●●●

Sebaik sahaja melepasi 'pintu pohon' tersebut, Vivian kemudiannya dapat melihat Majlis Perkahwinan Olive dan Sir Delfroy masih lagi sedang berlangsung. Vivian hanya melihat dari jauh.

"Nampaknya, masa di sini masih kekal di saat aku meninggalkan Majlis ini. Maksudnya, masa di Kerajaan Mawar Hitam adalah lebih pantas". Bisik hati Vivian.

"Ini tidak boleh jadi. Walau satu saat aku berada di sini, di sana pasti sudah lebih masanya. Aku harus pergi juga. Aku mungkin tak tahu caranya, tapi aku akan berusaha untuk selamatkan mereka semua". Bisik hati Vivian lalu segera berlari dan menuju ke arah pohon tersebut.

Tanpa disangka, pohon tersebut masih lagi berada di situ. Vivian melihat sekeliling. Semua orang sedang mencari keberadaannya.

"Aku kena cepat!". Bisik hati Vivian. Dengan pantas, dia segera cuba untuk 'melanggar' sahaja pohon tersebut kerana 'pintu pohon' itu sudah tiada. Tanpa dijangka, Vivian hanya menerima hantukan kepalanya yang kuat sehingga membuatkan dia terjatuh.

Berkali-kali dia cuba, berkali-kali itu juga dia jatuh. Hidung Vivian sudah mula berdarah lalu dia mula berasa lemah.
"White Witch. . .bukalah pintu. White Witch. . ." Vivian sudah kehilangan suaranya. Dia kemudiannya terduduk sambil tangannya mengetuk-ngetuk 'pintu pohon' tersebut.

"Bagi saya masuk. Saya mahu selamatkan mereka. . ." Menangis Vivian. Vivian kemudiannya memejamkan matanya kerana kepalanya tiba-tiba sahaja berdenyut.

__________________🏹________________

"Vivian, tolong jangan 'jatuh' sehingga menjadi terlalu sedih. Kamu seorang pemanah. Seorang pemanah adalah seorang yang mempunyai senjata. Apabila,seseorang itu mempunyai senjata, dia adalah seorang wira".

"Tapi,ayah. . .Vivian hanyalah manusia biasa. Vivian bukan seorang wira".

"Vivian, seorang wira tidak semestinya harus 'kuat' dari luar sahaja. Malah, seorang wira juga harus kuat dari dalam. Ayah tahu, kamu adalah Vivian. Vivian, yang bermaksud 'hidup' . Meskipun, begitu kamu harus yakin bahawa kamu boleh bertahan!".

"Kata-kata ayah, seolah-olah ayah hendak meninggalkan Vivian buat selama-lamanya".

"Ayah tidak akan pernah meninggalkan Vivian kerama ayah tetap berada di dalam hati kamu. Jiwa ayah mungkin sudah pergi tapi ingatlah yang ayah akan sentiasa bersama dengan kamu. Vivian, anak ayah. . .kamu seorang yang kuat".

__________________🏹________________

Vivian teringat kembali perbualan diantara dia dan ayahnya. Perlahan-lahan, Vivian membuka matanya. Di hadapannya, berdiri seorang lelaki yang dia kenali.

"Ayah!". Panggil Vivian lalu segera memeluk Encik Albert seerat-eratnya.
"Ayah!. Saya harus kembali ke sana. Mereka perlukan saya!". Kata Vivian.

"Saya bukan seorang wira tapi, saya mahu selamatkan mereka!". Tambah Vivian lagi.
"Kamu tak boleh masuk semula". Balas Encik Albert.

Vivian terkedu.
"Kenapa ayah?. Kenapa?. Kenapa?!". Jerit Vivian.
"Sebab, kamu masih meragui dengan diri kamu sendiri. Kamu tidak percayakan diri kamu". Jelas Encik Albert.

Mata Vivian mula berkaca dan dia pun segera membelakangi ayahnya.
"Percayalah pada diri kamu Vivian. Berdamailah dengan diri kamu". Tambah Encik Albert lagi.

"Macam ma. . "
Sebaik sahaja Vivian menoleh, Encik Albert sudah tiada.
"Ayah. . ."

●●●●●●●●●●●●🤍●●●●●●●●●●●

"Percaya. . .percaya". Bisik hati Vivian sambil memejamkan matanya. Entah mengapa, satu demi satu memori pahit pula yang diimbas kembali. Vivian semakin kehairanan. Matanya dipejam dengan lebih rapat lagi sehinggalah secara tiba-tiba dia 'ternampak' Ratu Hakai.

Vivian segera membuka semula matanya sambil nafasnya tercungap-cungap.
"Apa. . .kenapa. . .Ratu Hakai". Vivian masih lagi tertanya-tanya.

"Mungkin, Ratu Hakai adalah jalan penyelesaiannya". Bisik hati Vivian.

Vivian kemudiannya 'bersedia' untuk terus 'meluru' ke arah 'pintu pohon' tersebut. Meskipun, 'pintu pohon' itu tertutup, Vivian percaya pada dirinya bahawa dia dapat kembali semula ke dunia 'Mawar Hitam'.

Tangannya digenggam erat sehingga menjadi penumbuk. Dengan kadar yang segera, Vivian berlari sepantas yang mungkin dan 'meluru' sahaja ke arah 'pintu pohon' tersebut. Tiba-tiba, suhu menjadi sejuk.

Vivian memandang ke arah sekeliling.

"Saya berjaya!. Saya berjaya!". Jerit Vivian dengan penuh kegembiraan.
"Oh. Saya tidak boleh membazir masa". Kata Vivian lagi lalu segera mendapatkan White Witch yang mungkin tidak jauh dari situ.

Vivian & Kerajaan Mawar Hitam (akan disunting)Where stories live. Discover now