Ratu Hakai sebenarnya adalah sisi diri Vivian yang lain. Ratu Hakai melambangkan kemarahan, dendam serta perasaan Vivian yang dipendam. Ratu Hakai berjaya memasuki Kerajaan Mawar Hitam dan memerintah negara tersebut hampir 100 tahun adalah disebabkan kerana sejurus pemergian Encik Albert, Vivian gemar bersiar-siar di dalam hutan sambil membawa 'kuasa negatif'. Maka, dengan 'kuasa negatif' itu membuatkan sisi diri Vivian yang gelap berjaya memasuk Kerajaan Mawar Hitam.
Ratu Hakai sememangnya tidak merupai Vivian. Namun, Ratu Hakai adalah bentuk perasaan dendam, kemarahan dan masalah yang Vivian pendam sendirian.
Memang dari lubuk hati Vivian hajat yang paling dia ingin tunaikan ialah memastikan kesemua penduduk Asteria hidup dalam kesedihan sama seperti dirinya. Jadi, tidak mustahil sekiranya, Ratu Hakai bertindak sama pada Kaum Heiwa.
Elsa sebenarnya menggunakan kuasa sihirnya itu adalah untuk membuatkan Vivian meluahkan segala-galanya dan pada masa yang sama, Elsa juga sebenarnya mahu menyelamatkan Kerajaan Mawar Hitam. Namun, dia cuma terlalu ikutkan kemarahannya sehingga membunuh Wolfrah.
Sebaik sahaja, mereka semua dapat tahu bahawa Ratu Hakai adalah sisi diri Vivian yang lain, mereka semua berasa amat marah namun, masing-masing berpendapat bahawa kemarahan tidak mampu mengubah apa-apa sebaliknya, kemaafan dan perdamaian.
●●●●●●●●●●●●🤍●●●●●●●●●●●
Mereka semua hanya mendiamkan diri. Mendegar sahaja, luahan Vivian membuatkan mereka tidak mampu berkata apa-apa.
Perlahan-lahan, Vivian dapat merasakan dirinya dipeluk. Mata Vivian mula berkaca.
"Hidup ini memang tidak adil, Vivian.
Tapi, membiarkan sahaja diri kita terus terjatuh bukanlah satu keputusan yang tepat. Kadangkala, menyelamatkan diri sendiri juga adalah tugas seorang wira". Kata Mr.Qib sambil memeluk erat Vivian dalam dakapannya."Semua orang mempunyai kesakitan mereka yang tersendiri. Tapi, ada diantara mereka memilih untuk tidak membiarkan kesakitan itu membinasakan diri mereka". Tambah Mr.Qib.
"Jadi, saya memilih untuk membinasakan diri sendiri?. Saya sakiti diri saya sendiri?". Tanya Vivian bertubi-tubi.
Elsa hanya mampu mengeluh panjang.
"Kesedihan kamu mengganggu ketenteraman kami. Tidak bolehlah kamu pergi sahaja dari sini?". Tegas Elsa."Saya memang mahu pergi. Tapi, tidak tanpa 'Ratu Hakai'. Kasihan, dia sakit sebab saya. Semua orang benci akan dia. Tapi, mereka seharusnya benci akan saya. . ." Luah Vivian.
"Habis?. Kamu sudah tahu ke cara nak pulihkan keadaan?". Carlos menginginkan kepastian.
White Witch yang dari tadi terduduk itu, kemudiannya menggagahkan diri untuk berdiri sambil tangan kirinya memegang bahu belah kanannya yang tercedera."Jadi, perlukah saya sediakan para tentera?". Tanya Alexander.
"Tidak. Tidak perlu. Ratu Hakai hanya perlu menjalani 'Terapi' ". Jelas White Witch.
"Terapi?. Apa itu terapi?". Basma ingin tahu.
"Rawatan sesuatu penyakit fizikal atau mental secara proses pemulihan tanpa penggunaan ubat atau pembedahan; Pekerjaan aktiviti fizikal atau mental yang dilakukan untuk membantu merawat, memulihkan atau mengatasi masalah-masalah fizikal, emosi atau sosial yg dihadapi oleh seseorang". Jelas White Witch lagi."Wah". Kagum Basma
●●●●●●●●●●●●🤍●●●●●●●●●●●
Mr.Qib berfikir sejenak. Baru dia tersedar, Ramalan tersebut banyak kali menyebut tentang berdamai.
'Gadis yang berdarah pejuang. Seorang wira dalam hidupnya. Namanya juga membawa maksud kehidupan. Sungguh, hanya dia sahaja yang tahu cara untuk memulihkan kembali keamanan Kerajaan Mawar Hitam. Berdamailah dengan musuh terbesar. Berdamailah. Berdamailah si dia dengan dirinya. Lupakan kesakitan, kembalikan kesembuhan. Biarkan, kesakitan menjadi kemanisan, bukan kepahitan. Gadis itu bermusuhan dengan dirinya. Maka, suruhlah dia berdamailah'."Oh benarlah. Saya tidak perasan kerana saya tidak buka kertas Ramalan itu sepenuhnya. Cis, jika tidak. . . pasti semua ini dapat diselesaikan dengan mudah!". Mr.Qib memarahi dirinya yang bebal itu sendirian.
●●●●●●●●●●●●🤍●●●●●●●●●●●
"Jadi, rasa tidak lengkap dan tidak kena ini adalah kerana aku sentiasa salahkan diri sendiri. Aku salahkan diri kerana ayah mati. Malah, aku salahkan diri kerana terlalu lemah sehingga aku boleh dibuli dan diperdaya. Aku salahkan diri aku sendiri kerana tidak mampu memenuhi kehendak ibu. Aku sedar betapa banyak aku salahkan diri aku. . .Mungkin, kerana itulah dia marah pada aku dan bertindak melulu. Aku tidak sangka begitulah rupa aku yang penuh dengan dendam dan amarah. . ." Dengan hanya mengingat kembali wajah Ratu Hakai yang penuh dengan kesakitan dan kesedihan itu membuatkan hati Vivian luluh. Tidak sangka dia mampu menyakiti dirinya sendiri.
Mereka bertujuh kemudiannya dapat tiba di Istana dengan cepat atas bantuan Elsa. Mereka bertujuh sudah tiba di depan pintu masuk Istana.
"Baiklah, Vivian. Jalanilah terapi kamu itu. . ." Kata Alexander. Vivian pun terus masuk ke dalam Istana. Manakala, mereka berenam pula hanya tunggu di luar Istana.
"Jadi, bukankah semua ini agak sia-sia?. Maksud saya, kita berlawan dan mengatur strategi. Malah, kita juga hampir kehilangan nyawa. Tapi, penyelesainnya hanyalah 'perdamaian' ". Oldfroy memberikan pendapatnya.
"Memang tidak masuk akal. Tapi, kalau semua ini tidak terjadi, adakah kamu akan terus kekal menjadi seorang yang pengecut?". Tambah Alexander.
"Betul. Jika, semua ini tidak terjadi. . .kita juga tidak akan tahu bahawa Alexander mempunyai hati nurani". Carlos mencelah lalu tersenyum sambil memandang Alexander. Alexander juga turut tersenyum.
"Bukankah itu cara kehidupan berfungsi?. Kita tidak perlu tahu sebabnya. Kita hanya perlu memikirkan tentang kesan baik yang akan berlaku pada kita". Kata Basma.
Mr.Qib tersenyum sayu. Dia berasa risau apa yang sedang terjadi di dalam. Namun, dia 'percaya' yang Vivian mampu lakukannya, bersendirian.
"Mr.Qib". Panggil White Witch.
"Apa?". Sahut Mr.Qib.
"Sejurus, Vivian pulang ke dunia. . . kamu boleh hukum saya". Pinta White Witch. Mr.Qib hanya mampu berdiam diri. Dia faham apa yang dimaksudkan oleh White Witch. Apabila, peraturan Kerajaan Mawar Hitam sudah ditetapkan, maka ia tidak pernah berubah dan kekal selamanya. Kerajaan Dunia Mawar Hitam tidak akan bertukar menjadi hitam dan putih seperti yang dikatakan oleh White Witch kerana hal yang peraturan tekankan adalah 'hukuman yang akan dikenakan'
YOU ARE READING
Vivian & Kerajaan Mawar Hitam (akan disunting)
FantasyVivian menganggap kehidupannya bagaikan kisah dongeng dan mengharapkan akan berlakunya sebuah keajaiban sehinggalah pada suatu hari,dia tiba-tiba sahaja masuk ke dalam tempat asing di mana kehidupan rakyat kerajaan tersebut seolah-olah menyembunyika...