Sebaik sahaja White Witch sedarkan diri, dia masih lagi berasa sakit. Dia berusaha untuk bangun dan berdiri. Khemah yang tertutup itu, dia buka dengan perlahan dan melihat Mr.Qib, Carlos dan Basma sedang tidur dengan lena
Manakala, hanya Vivian sahaja yang masih lagi terjaga. White Witch kemudiannya mendekatkan dirinya lalu duduk bersebelahan dengan Vivian.
"White Witch kamu sudah sedar!". Teruja Vivian.
"Jangan cakap kuat sangat. Nanti, mereka sedar". Kata White Witch.
"Kenapa kamu masih terjaga?". Tanya White Witch."Oh. Saya cuma. . .rasa susah untuk tidur". Jawab Vivian.
"Susah untuk tidur?. Pelik. Sedangkan tidur tidak seharusnya ditinggalkan". Balas White Witch.
Vivian hanya mendiamkan dirinya lalu hanya mendongak ke atas dan melihat langit malam."Ia kosonglah White Witch. Tak ada bintang pun". Omel Vivian.
"Mestilah kosong. Bintang pun tidak 'menyinari' perjalanan kita, bukan,?". Balas White Witch sambil turut mendongak ke langit.Mereka berdua menghela nafas panjang secara serentak. Keadaan menjadi sunyi sepi buat seketika. Hanya bunyi cengkerik sahaja yang 'membisingkan' keadaan tersebut.
"White Witch. . ." Panggil Vivian dengan nada suara sedih.
White Witch segera menoleh ke arah Vivian dengan penuh tanda tanya.
"Maaf atas kehilangan Wolfrah. Dia kawan baik kamu. . ." Ucap Vivian."Terima kasih. Lagipun, saya memang sakit dan bersedih tapi, saya tak apa-apa kerana Mr.Qib juga pernah kehilangan anaknya". Kata White Witch. Mata Vivian terbuka luas. Dia berasa amat terkejut.
"Mr.Qib ada anak?". Vivian menginginkan kepastian. White Witch mengangguk perlahan lalu berkata ;
"Namanya, LiLi dan seorang yang periang. Suatu hari, dia pergi ke Penempatan Kaum Heiwa untuk berjumpa dengan kekasihnya, Marco. Tapi sayang, Marco sudah terkena sumpahan Kanashimi. Jadi, Marco hanya berasa kosong dan tidak mengenali LiLi dan belum sempat Lili pulang, dengan tiba-tiba dia ditahan oleh tentera Ikari dan dibawa berhadapan dengan Ratu Hakai. Ratu Hakai benci akan kegembiraan yang ada pada Lili. Maka, dia pun 'membunuh' LiLi dengan cara yang terkutuk iaitu dengan cara seolah-olah LiLi membunuh dirinya sendiri.
Mr.Qib tahu akan hal itu tapi dua hari setelah LiLi mati. Mr.Qib dan isterinya perlu terus kekal berasa gembira. Itulah Kaum Kōfun, Vivian. Walaupun kami mempunyai kisah kehidupan yang menyakitkan, kami tidak selalu boleh merasai kesedihan kerana kami adalah Kaum Kōfun, Kaum Kegembiraan yang menyedihkan". Jelas White Witch dengan panjang lebarnya.
"Sekarang, baru saya faham mengapa Basma berusaha untuk 'tidak' menangis". Kata Vivian.
"Bukankah semua ini agak dungu. Maksud saya, mengapa perlu bersedih sedangkan saya tidak boleh menangis?". White Witch berasa jengkel dengan kehidupannya.
Vivian hanya mampu berdiam diri.Tiba-tiba, satu anak panah terkena bahagian tepat pada jantung White Witch.
"White Witch!". Jerit Vivian. Jeritannya itu membuatkan Mr.Qib, Carlos dan Basma terjaga. Mereka bertiga segera mendapatkan Vivian dan Basma. Namun, sebelum mereka bertiga tiba, Vivian sudah pun hilang dan hanya White Witch sahaja yang masih lagi terbaring kaku."Vivian!". Panggil Carlos. Namun,panggilannya itu tidak dibalas.
"Mr.Qib, bukankah ini anak panah milik Vivian?". Basma mengiginkan kepastian.
"Mustahil dia akan bertindak sedemikian!". Tegas Carlos.
"Ya. Benar kata Carlos. Ini pasti, kerja Pembantu Hakai. Vivian sudah diculik oleh tentera Hakai". Kata Mr.QibMereka bertiga kemudiannya memandang ke arah sebuah lambang 'Ratu Hakai' yang terdapat pada dahan pokok.
White Witch yang pada awalnya sedang nyawa-nyawa ikan itu, segera dirawat oleh Mr. Qib. Namun, White Witch tidak dapat diselamatkan. Mereka tidak boleh bersedih dengan begitu lama maka, Mr.Qib, Carlos dan Basma, menukar rancangan mereka iaitu menyelamatkan Vivian dari terus menjadi tahanan Ratu Hakai dan berkemungkinan besar Vivian mampu terkena nasib yang sama seperti LiLi.
●●●●●●●●●●●●🤍●●●●●●●●●●●
"Macam tidak percaya sahaja!". Jerit Carlos secara tiba-tiba. Dia melepaskan geram dengan 'kuasa jeritan'. Basma dan Mr.Qib hanya mampu memandang Carlos dengan sayu.
"Semua ini tidak akan terjadi sekiranya kita halang Olive daripada pergi!". Tambah Carlos.
"Semua ini tidak akan terjadi sekiranya Vivian wujud". Tambah Carlos lagi.
"Dan White Witch tidak akan ma. . ." Belum sempat Carlos menghabiskan ayatnya, Mr.Qib terus menampar pipi Carlos dengan kuat."Tolong jaga kata-kata kamu". Pinta Mr. Qib
"Kenapa?. Kenapa? Kamu masih percaya bahawa Vivian adalah penyelamatnya?". Tengking Carlos.
"Kerana dalam Ramalan Vivian sahaja yang mampu mengembalikan keamanan Kerjaan Mawar Hitam!". Balas Mr. Qib."Macam dia seorang sahaja yang mampu!. White Witch tidak akan mati kalau. . ." Percakapan Carlos tersekat-selat disebabkan tangisannya yang teresak-esak itu.
"Kalau apa, Carlos?. Vivian sudah berusaha sedaya upaya yang dia mampu. Kalau kamu mahu teruskan, ikut kami. Kalau tidak mahu, kamu pergilah. Saya tidak percaya akan Vivian tapi saya yakin akan 'kebolehannya' ". Kata Basma pula lalu segera meninggalkan Carlos.
Mr.Qib hanya menggeleng-gelengkan kepalanya dan mengikuti Basma dari belakang. Carlos pula mampu berdiri kaku sambil menundukkan kepalanya.
●●●●●●●●●●●●🤍●●●●●●●●●●●
"Apa yang kita harus lakukan sekarang, Mr.Qib?". Tanya Basma.
"Sekarang?. Sekarang, kita harus percayakan Vivian. Maka, dengan cara itu barulah Vivian akan berasa yakin akan kebolehannya". Balas Mr. Qib.
YOU ARE READING
Vivian & Kerajaan Mawar Hitam (akan disunting)
FantasyVivian menganggap kehidupannya bagaikan kisah dongeng dan mengharapkan akan berlakunya sebuah keajaiban sehinggalah pada suatu hari,dia tiba-tiba sahaja masuk ke dalam tempat asing di mana kehidupan rakyat kerajaan tersebut seolah-olah menyembunyika...