"Berhentilah kamu semua!". Jerit Vivian.
Mr.Qib, Basma, Carlos, White Witch, Oldfroy dan Alexander terus berhenti. Mereka semua memandang ke arah Vivian secara serentak.
"Tolonglah, berhenti bergaduh dan cubalah untuk berbicang. Saya mahu pulang ke rumah secepat yang mungkin". Tambah Vivian lagi.
"Tak sangka, saya berkelakuan tidak kacak didepan gadis cantik". Kata Alexander sambil membetulkan semula rambutnya yang sudah tidak kemas itu setelah ditarik oleh White Witch.
"Lelaki menjengkelkan. . ." White Witch bergumam."Betul juga kata Vivian. Tak elok bergaduh" Basma mencelah.
"Habis?. Kita nak buat apa?. Pergi bersemuka dengan Ratu Hakai dan suruh baginda hentikan semua ini?. Cis, tak masuk akal". Omel Carlos.
"Sebab itulah kita bertujuh harus berbincang dan mengatur startegi, Si Bebal". Balas Oldfroy.
"Baguslah. Makin ramai yang ada, makin mudah kita nak fikirkan cara untuk memulihkan kembali keadaan". Tambah Mr. Qib."Dengan bersatu, kita mampu menang".
Tambah Mr.Qib lagi.Penyertaan Oldfroy dan Alexander yang secara tiba-tiba itu memudahkan lagi urusan. Apabila, kemahiran Oldfroy dalam mengatur posisi untuk menyerang bergabung pula dengan kemahiran Alexander melakukan serangan dapat memberikan Kerajaan Mawar Hitam nafas yang baharu untuk 'menjatuhkan' Ratu Hakai.
●●●●●●●●●●●●🤍●●●●●●●●●●●
Mereka bertujuh kemudiannya merehatkan diri masing-masing di dalam sebuah kabin kecil di hujung Penempatan Kaum Osore.
"Di sini banyak nyamuk. Berani betul mereka menggigit saya. Saya fikir mereka sama penakut seperti kamu". Ejek Alexander sambil menampar-nampar pipinya yang digigit nyamuk itu.
"Mungkin kerana mereka bencikan Ikari". Balas Oldfroy. Carlos hanya mampu menggeleng-gelengkan kepalanya melihat gelagat Alexander dan Oldfroy.
Basma pula sedang sibuk membancuh air. Manakala, White Witch sedang menguji semula kuasa sihirnya untuk memastikan yang kuasa sihirnya masih boleh digunakan.
"Alexander. . ." Panggil Vivian.
Alexander yang pada awalnya sibuk mengejek Oldfroy itu segera menoleh ke arah Vivian.
"Ada apa, Si Cantik?". Sahut Alexander.
"Kenapa kamu tiba-tiba, memihak pada kami?. Kamu kaum Ikari. Jadi, saya fikir kamu sudah gila. Oh. Saya silap. Kamu memang sudah gila sejak saya lihat kamu". Sindir Vivian.Alexander menjadi kaku buat seketika. Kedua-dua matanya, berkedip dengan pantas.
"Sudah tentulah saya memihak pada kamu. Mengapa saya harus memihak pada Ratu yang telah membunuh ayah saya?. . .Memang benar saya tunduk padanya namun, setelah baginda hanya menggunakan kami. . . Saya tidak boleh berdiam diri". Jelas Alexander.
Oldfroy dan Carlos hanya mampu menundukkan kepala mereka.
White Witch yang sedang sibuk menguji kuasa sihirnya itu curi-curi dengar perbualan mereka."Tapi, itu tidak bermakna Kaum Ikari berubah. Saya cuma bersatu untuk tuntut kematian ayah saya. Itu sahaja!". Tegas Alexander.
"Ya. Saya tak tanya pun". Balas Vivian.
"Kamu tanyalah, tak guna!". Kata Alexander.
"Memang saya tanya. Tapi, saya tidak minta kamu 'menjelaskannya' ". Balas Vivian lalu tersenyum sinis.Alexander terkedu. Baginya, masuk akal juga. Dengan pantas, Alexander tiba-tiba berdiri lalu meluru ke arah Vivian. Tangan kanannya diletakkan pada dahi Vivian.
Vivian berasa terkejut lalu menepis tangan Alexander.
"Apa yang kamu sedang cuba lakukan?!". Cuak Vivian.
"Hilangkan percakapan kamu yang biadap itu". Balas Alexander.
"Tapi, kamu suka juga, bukan?. Awww, kamu terasa kerana saya baru sahaja merendahkan kamu. Saya tidak sangka kamu masih mempunyai hati nurani. . ." Ejek Vivian.Carlos dan Oldfroy segera menahan ketawa. Alexander menyedari akan hal itu. Dengan pantas, Alexander kembali duduk di tempatnya dan menutup mukannya untuk menahan rasa malu.
●●●●●●●●●●●●🤍●●●●●●●●●●●
"Lamanya kamu bancuh air, Basma". Hairan White Witch.
"Sebenarnya, saya baru sedar yang saya tidak pandai membancuh air". Jelas Basma sambil tersengih. Dua perempuan itu, kemudiannya berbual dan bergelak ketawa.Manakala, Alexander sudah tertidur begitu juga dengan Carlos dan Oldfroy. Mereka bertiga tidur bersama-sama dalam posisi duduk. Oldfroy berada di tengah-tengah bahu kirinya, dijadikan bantal oleh Alexander. Manakala, bahu belah kananya pula, dijadikan bantal oleh Carlos.
●●●●●●●●●●●●🤍●●●●●●●●●●●
Vivian masih terjaga. Matanya tidak berhenti memandang Mr.Qib yang sudah lama melelapkan mata itu. Vivian kemudiannya, menuju ke arah Mr.Qib lalu bersandar pada bahu Mr. Qib.
Mr.Qib terus terbangun lalu memandang ke arah bahu belah kanannya dan melihat Vivian yang masih lagi memandang wajahnya.
"Kenapa?. Kamu kesejukkan?". Tanya Mr.Qib."Tak. . . Kamu terasa seperti seorang ayah". Balas Vivian.
Mr.Qib hanya tersenyum sayu.
"Saya sudah tahu kesemuanya. Malah, Lili". Tambah Vivian. Mr.Qib masih lagi memberikan senyuman dan tidak berkata apa-apa. Dia hanya tersenyum seperti dia sedang mengingat kenangan manis."Kenapa Mr.Qib?". Tanya Vivian.
"Kenapa apa?". Hairan Mr. Qib."Kenapa, kamu masih gembira dan kekal tersenyum seperti Basma?. Kamu sangat hodoh sehingga saya hampir mendapat mimpi buruk dan kadangkala, saya rasa nak muntah. Kamu juga kehilangan anak kamu. Anak kamu mati dengan kejam. Tapi, kamu masih 'gembira'. Sepatutnya, kesemua itu sudah menjadi alasan untuk kamu bersedih". Jelas Vivian.
Mr.Qib hanya ketawa kecil mendengar pertanyaan Vivian.
"Saya pun tak tahu. Saya hanya teruskan kehidupan. Apa yang sudah berlalu, biarlah berlalu". Balas Mr.Qib.
"Saya cemburu dengan kamu". Jujur Vivian."Kenapa?". Mr.Qib ingin tahu.
"Saya cemburu kerana kamu mempunyai rasa gembira". Jelas Vivian."Saya tidak mampu menjadi seperti kamu. Jika, Sumpahan Kanashimi adalah dalam bentuk manusia, ia mungkin kelihatan seperti saya. Seorang gadis yang hanya bersedih dan bersedih lalu kemudiannya, bersemangat dan kembali bersedih. Emosi saya menjadi tunggang-langgang. Ia sudah tidak stabil". Jelas Vivian lagi.
Mr.Qib kemudiannya terus menghela nafas panjang.
"Kenapa mahu cemburu dengan saya pula?. Saya yang patut cemburu". Balas Mr.Qib.Vivian terus berkerut. Dia tidak faham apa yang Mr.Qib sedang cuba sampaikan.
"Emosi kamu sedang bekerja keras. Mereka berusaha untuk memberikan kamu merasai emosi yang berbeza. Bukankah ia indah?. Indah, apabila kamu dengan senangnya dapat menjadi seorang yang mempunyai empati yang tinggi dan pengalaman hidup yang pelbagai". Jelas Mr.Qib.
"Wah. Saya tidak pernah terfikir pula". Jujur Vivian.
"Jadi?. Begitulah, cara kehidupan berfungsi. Saya sudah terbiasa hidup dalam kegembiraan". Kata Mr.Qib."Ayah saya. . ." Belum sempat Vivian menghabiskan ayatnya, Mr.Qib pun mencelah.
"Dia pasti mahu kamu hidup sebagai seorang wira"."Tapi, Mr.Qib. . .saya bukannya wira. Saya Vivian". Balas Vivian dengan nada suara yang semakin perlahan.
"Oh. Vivian si pemanah itu". Kata Mr.Qib sambil melemparkan senyuman yang sangat manis."Vivian, dengan menyelamatkan diri sendiri juga adalah tugas seorang wira. Adakah kamu mahu biarkan sahaja diri kamu terbenam di dalam salji?".
Vivian hanya mendiamkan dirinya lalu duduk dengan tegak sambil kepalanya hanya tertunduk ke bawah.
"Saya akan fikirkannya. . ."
YOU ARE READING
Vivian & Kerajaan Mawar Hitam (akan disunting)
FantasyVivian menganggap kehidupannya bagaikan kisah dongeng dan mengharapkan akan berlakunya sebuah keajaiban sehinggalah pada suatu hari,dia tiba-tiba sahaja masuk ke dalam tempat asing di mana kehidupan rakyat kerajaan tersebut seolah-olah menyembunyika...