• BAB 10 •

86 19 0
                                    

Vivian berlari dan berlari. Dia hanya berlari tanpa tahu ke mana dia harus pergi. Secara jujurnya, Vivian juga takut sekiranya dia akan terserempak dengan Kaum Ikari.

Sebaik sahaja, dia sudah berlari jauh ke dalam hutan, Vivian kemudiannya duduk di atas tanah yang dilitupi salji.
"Saya tidak biasa dengan salji". Kata Vivian sendirian lalu mula memeluk tubuh.

Ketika Vivian sedang asyik memeluk tubuh, matanya kemudiannya melirik ke arah sehelai selimut bewarna hitam yang entah milik siapa tergantung pada dahan pokok. Dengan pantas,Vivian segera mengambil selimut tersebut.

Sejurus sahaja dia berjaya mengambil selimut tersebut, Vivian dapat merasakan ada seseorang seolah-olah sedang menarik selimut tersebut daripadanya. Dengan rasa tidak puas hati, Vivian menarik kembali selimut tersebut maka, terjadilah acara tarik tali.

Tiba-tiba, selimut itu terkoyak. Vivian pun jatuh tersembam begitu juga dengan orang tersebut. Vivian menggosok-gosok punggungnya kerana sakit lalu dia kemudiannya menggagahkan diri untuk bangun.

Vivian pun memandang orang yang turut terjatuh itu. Mata Vivian terbuka dengan luas sebaik sahaja melihatnya.

"Carlos!". Gembira Vivian.
Rupa-rupanya, orang tersebut ialah Carlos.
"Macam mana kamu boleh sampai hingga ke sini, Carlos?. Ah! Itu semua tidak penting yang penting sekarang, saya harus bawa kamu bersama-sama. Cepatlah, kita harus berjumpa dengan mereka yang lain". Teruja Vivian lalu segera memegang erat tangan Carlos.

Namun, pegangan tangannya itu dilepaskan. Carlos kelihatan sedih. Dia berdiri namun kepalanya tertunduk ke bawah. Lelaki kaum Heiwa itu langsung tidak mampu memandang wajah Vivian.

"Carlos?. Kenapa?". Tanya Vivian dengan wajah berkerut lalu berusaha untuk menatap wajah Carlos. Tapi,Carlos mengelak pandangan Vivian.

"Berhenti. Saya sememangnya tidak boleh nak pandang wajah kamu. Saya akan teringatkan dia apabila memandang kamu". Luah Carlos lalu mula menangis.

Vivian mula mendapat idea. Dia kemudiannya mengambil sehelai selimut yang sudah menjadi saiz kecil kerana terkoyak itu. Vivian menggunakan selimut tersebut untuk menutupi mulut dan hidungnya. Jadi, hanya mata sahaja yang kelihatan.

"Carlos". Panggil Vivian sambil menyentuh bahu lelaki itu. Perlahan-lahan, Carlos pun memberanikan dirinya untuk melihat Vivian. Carlos mula berhenti menangis.

"Nama saya Vivian. Kamu tidak akan apa-apa,selagi kamu tidak melihat wajah saya sepenuhnya". Kata Vivian.
Carlos hanya memandang Vivian dengan pandangan kosong.

"Kamu kena ikut saya,Carlos. Mr.Qib berusaha untuk mencari kamu. Tolong, berikan kerjasama". Pinta Vivian. Carlos pun mengangguk perlahan lalu menyambut tangan Vivian yang sudah dihulurkan untuknya.

Carlos akhirnya berjaya 'mengawal' dirinya dari terus-menerus membiarkan Sumpahan Kanashimi menganggunya emosinya.

Vivian curi-curi memandang Carlos.
"Bajunya sudah lengkap dengan perisai dan senjata. Namun,pakainnya kelihatan agak mahal. Tubuhnya, juga seolah-olah kelihatan sasa. Tapi, entah mengapa dia menjadi sunngguh 'lemah' apabila memikirkan tentang Olive". Bisik hati Vivian.

●●●●●●●●●●●●🤍●●●●●●●●●●●●

Vivian dan Carlos saling bantu-membantu untuk keluar dari hutan salji tersebut. Keadaan bertambah sukar apabila ribut salji melanda. Namun, Vivian tetap sahaja meneruskan perjalan sedangkan Carlos pula mahu berehat buat seketika.

Keras kepala Vivian, tidak dapat dikalahkan. Carlos terpaksa mengikuti Vivian dan mereka berdua bersama-sama meredah ribut salji.

Sedang Vivian dan Carlos, mara untuk ke hadapan, mereka tiba-tiba terdengar ada sesuatu yang besar sedang mengahala ke arah mereka. Vivian dan Carlos menoleh ke belakang secara serentak. Mata mereka berdua terbuka dnegan luas. Rupa-rupanya, terdapat satu bebola salji gergasi sedang menghala ke arah mereka.

Vivian & Kerajaan Mawar Hitam (akan disunting)Where stories live. Discover now