• BAB 22 •

102 20 2
                                    

"Saya sudah kembali" .

Vivian mengorak langkah dan menunju ke Majlis Perkahwinan kakaknya yang masih berlangsung itu.

"Vivian!". Panggil Puan Aysun dan Olive secara serentak. Mereka memeluk Vivian dengan erat.
"Kemana kamu pergi?. Janganlah, pergi begitu sahaja!". Kata Olive dengan anda suara yang risau.

"Kamu tidak apa-apa, bukan?. Kamu ada tercedera di mana-mana?". Tanya Puan Asyun pula.

Vivian tersenyum.
"Saya tak apa-apa. Cuma, saya merantau jauh untuk mengenali diri saya dan menjalani terapi diri".

"Apa maksud kamu?". Tanya Olive sambil ketawa. Dia berasa tertarik untuk mendengar cerita adiknya itu.

"Sebenarnya, saya harus akui yang saya sedang bersedih. Saya bukan kanak-kanak lagi untuk terus tinggal dalam dunia fantasi. Saya rindu akan ayah. . .Ibu, Kakak, saya bukanlah seorang yang periang seperti sebelum ini. Saya masih berusaha untuk menjadi seorang yang baik. Jadi, sebab itu . . . Saya nak minta maaf kerana berkelakuan tidak sopan, saya cuma sakit". Jelas Vivian.

Puan Aysun dan Olive saling berpandangan.
"Tidak mengapa, Vivian. Kami berdua rindukan ayah juga. Kami sentiasa ada di sisi kamu". Balas Olive.

"Kita mampu mengharuinya bersama, Vivian. Kamu tidak bersendirian. Ibu akan sentiasa berada di sisi kamu, tidak kira apa pun yang berlaku, ibu akan bawa kamu bersama. Tiada sesiapa yang akan tertinggal lagi". Balas Puan Aysun pula.

Mereka bertiga saling berpelukan. Masing-masing, turut terluka dan bersedih namun cara mereka rasai dan atasi adalah berbeza-beza.

Meskipun begitu, kesakitan tidak semestinya adalah sebuah kisah yang hanya menceritakan bahagian yang buruk kerana melalui kesakitan, kita akan lebih mudah untuk memahami sesuatu masalah dan mampu mengharui segala dugaan dan tanpa kita sedari, kita sebenarnya telah membina sebuah perisai pada diri kita sendiri.

●●●●●●●●●●●●🤍●●●●●●●●●●●

Seminggu kemudian, pengembaraan Vivian di Kerajaan Mawar Hitam masih lagi Vivian ingati. Meskipun, begitu ia hanya menjadi kisah manis yang Vivian simpan sendiri.

Tiba-tiba, pintu rumah Vivian kemudiannya diketuk. Vivian pun bingkas bangun lalu membuka pintu.

"Encik Divinto. . ."

Encik Divinto serta isterinya bersama anak mereka yang sudah berusia satu tahun itu datang menjenguk Vivian dan Puan Aysun.

"Jemputlah minum". Pelawa Puan Aysun.
"Terima kasih". Ucap pasangan suami itu serentak.
"Sebenarnya, sudah lama saya mahu datang ke sini namun sentiasa tidak mempunyai kesempatan". Kata Encik Divinto.

"Saya cuma ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada Albert kerana tanpa dia, anak saya dan isterinya pasti sudah tidak sempat diselamatkan". Jujur Encik Divinto.

Vivian yang dari tertunduk itu perlahan-lahan memandang wajah Encik Divinto.

"Vivian, ayah kamu sememangnya adalah seorang wira. Kami sebenarnya hampir sahaja kemalangan namun disebabkan ayah kamu, kami terselamat. Dia pada awalnya hanya cedera ringan namun entah mengapa dia boleh terkena serangan jantung. Tapi, jujur saya katakan Albert adalah seorang wira". Jelas Encik Divinto sambil matanya berkaca.

"Apa, nama anak Encik?". Tanya Vivian.
"Albert". Jawab Encik Divinto.

Vivian terus menangis dengan teresak-esak.
"Selama ini, saya hanya mahu salahkan orang lain kerana saya sering bersedih. Tapi, semua orang sudah berusaha untuk membantu saya dan ayah. . .ayah, saya sentiasa berada di sisi. Cuma, saya yang sering memilih untuk menyakiti diri sendiri".

"Tapi, Vivian ayah kamu sentiasa beritahu saya bahawa kamu adalah seorang wira". Tamba Encik Divinto.

Vivian perlahan-lahan mula mengukirkan senyuman. Manakala, Puan Aysun pula mengusap lembut rambut Vivian.

●●●●●●●●●●●●🤍●●●●●●●●●●●

"Saya berhenti mencari kebahagiaan yang akan datang kerana saya mula dan cuba memahami erti kesedihan saya. Setiap emosi mempunyai kisah yang tersendiri. Setiap kesedihan, kesakitan dan bekas luka datang dengan sebab yang tertentu, mereka tidak datang secara percuma. Anda mungkin tidak dapat tahu sebabnya tetapi anda harus tahu bahawa anda perlu mengharui semuanya. Kita belajar hidup kita melalui kesedihan. Kita meneruskan dengan kegembiraan. Terdapat banyak perasaan yang harus kita hargai. Oleh itu, sehingga sekarang. . . Saya berasa sangat 'gembira' akan 'hidup saya yang sengsara' seperti kata Mr.Qib ; 'Emosi kamu sedang bekerja keras. Mereka berusaha untuk memberikan kamu merasai emosi yang berbeza. Bukankah ia indah?. Indah, apabila kamu dengan senangnya dapat menjadi seorang yang mempunyai empati yang tinggi dan pengalaman hidup yang pelbagai' "

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤🏹TAMAT 🏹 ¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

Vivian & Kerajaan Mawar Hitam (akan disunting)Where stories live. Discover now