• BAB 9 •

89 20 0
                                    

Mereka berempat menuju ke kawasan penempatan penduduk Kaum Heiwa. Mengikut teori White Witch, Carlos akan ke sana apabila dia terkena sumpahan Kanashimi. Meskipun, ketiga-tiga warga Mawar Hitam itu ialah Kaum Kofūn, mereka juga tidak boleh ambil mudah sebaliknya harus berwaspada begitu juga dengan Vivian.

Setibanya mereka di sana, Vivian dapat melihat kesemua wajah Kaum Heiwa semasam cuka dan tidak semanis gula seperti Basma. Mereka juga hanya berpakaian bewarna hitam sama seperti Vivian dan tidak pula berpakaian bewarna cerah seperti White Witch. Kaum Heiwa juga masing-masing mempunyai rupa paras yang jelita dan kacak. Tiada sesiapa, sehodoh Mr.Qib.

●●●●●●●●●●●●🤍●●●●●●●●●●●●

"Nampaknya, sumpahan Kanashimi ini bukan main-main. Ia benar-benar memudaratkan gaya hidup kaum Heiwa". Kata Vivian sendirian.

"Jadi, bantulah kami Vivian. Bantu kami selamatkan Kerajaan Mawar Hitam". Balas Basma.

"Kenapa perlu minta bantuan dia?. Mungkin, dia sebenarnya adalah Pembantu Ratu Hakai". White Witch mencelah.

Vivian hanya terdiam. Sememangnya, White Witch langsung tidak menyukai kehadiran Vivian di sini.

Mr.Qib kemudiannya memegang tangan Vivian. Vivian kembali berjalan sambil tangannya dipimpin erat oleh Mr.Qib.

Mereka berempat kemudiannya masuk ke penempatan Kaum Heiwa. Kaum Heiwa memandang mereka berempat dengan pandangan kosong.

"Mereka benar-benar tidak kisah tentang kehadiran kita". Kata Basma.
"Sudah tentulah. Mereka sudah terkena Sumpahan Kanashimi bukan?. Jadi, agak mustahil sekiranya mereka menyambut kedatangan kita kerana menyambut kedatangan tetamu ialah sikap yang 'positif' ". Jelas White Witch pada Basma.

Vivian hanya memasang telinga sahaja untuk mendengar penjelasan White Witch. Kemudian, mereka berempat terus memberhentikan langkahan kaki masing-masing lalu segera bersembunyi.

"Kenapa kita kena sembunyi, Mr.Qib?". Tanya Vivian dengan cuak apabila lengannya ditarik dengan kuat oleh Mr.Qib.

"Kamu nampak tak tu?". Tanya Mr.Qib pada Vivian sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah salah seorang pengawai yang berpakaian lengkap dengan senjata dan perisai.

Vivian segera menganggukkan kepalanya.

"Mereka ialah Kaum Ikari. Kaum yang menyukai kekerasan. Jika,mereka nampak kamu, mereka mungkin akan membawa kamu menghadap Ratu Hakai!". Jelas Mr.Qib.

"Bukankah ia satu perkara yang bagus?. Saya boleh berbincang dengan Ratu Hakai". Balas Vivian.

"Tidak semua masalah boleh diselesaikan dengan perbincangan Vivian. Tambahan pula, Ratu Hakai itu seorang yang jenis keras kepala". Tambah Basma pula.

"Berkemungkinan besar, kamu akan dihukum dengan kejam oleh Ratu Hakai. Sungguh,Ratu Hakai sangatlah tidak berhati perut orangnya". White Witch pula mencelah.

"Oh. Begitu rupanya". Kata Vivian dengan keluhan.

"Vivian!. Jangan mengeluh!. Tidak baik tahu?!". Tegur Basma.
Vivian terus tersengih seperti kerang busuk untuk menahan malunya.

●●●●●●●●●●●●🤍●●●●●●●●●●●●

"Habis?. Apa yang kita harus lakukan sekarang, Mr.Qib?". Tanya Basma.
"Nampaknya, terpaksalah kita keluar dari sini". Jawab Mr.Qib.

"Macam mana dengan Carlos?". Tanya Vivian pula.
"Saya tidak rasa Carlos ke sini. Ayuh, kita pergi sekarang. Kita cari dia di tempat lain sahaja". Balas Mr.Qib.

Vivian & Kerajaan Mawar Hitam (akan disunting)Where stories live. Discover now