• BAB 7 •

103 20 1
                                    

Vivian berasa pening. Kepalanya berrdenyut-denyut. Matanya masih lagi tertutup namun dia dapat mendengar suara beberapa orang.

"Dia sudah sedar ke?".
"Benarlah itu dia!"
"Dia sangat cantik"
"Dia sudah besar sekarang!"

Perlahan-lahan, Vivian pun membuka matanya lalu mengagahkan diri untuk duduk namun dia dipaksa untuk baring semula oleh seorang lelaki.

Vivian memandang wajah lelaki tersebut lalu segera menjerit.

"Ahhhhhh!. Kamu sangat hodoh!". Jerit Vivian sambil menutup matanya serapat-rapatnya.

Lelaki tersebut hanya ketawa dan tersenyum.

Vivian kembali membuka matanya semula. Dia cuba untuk memandang wajah lelaki tersebut.

"Kamu sangat hodoh sehingga mampu membuatkan saya alami mimpi buruk". Jujur Vivian.

"Itu sangat kasar". Kata salah seorang gadis yang sedang tersenyum dengan lebar itu.

Vivian memandang gadis itu dengan rasa takut.

"Hai!. Saya Basma". Gadis itu memperkenalkan dirinya.
"Lelaki hodoh ini namanya Mr.Qib. Beliau ialah manusia kerdil dan bongkok. Namun, berasal daripada kaum Kōfun. Wanita berambut putih ini namanya White Witch dan akhir sekali, lelaki kacak ini pula namanya Carlos". Basma memperkenalkan kesemua orang yang berada di situ pada Vivian.

Vivian hanya mendiamkan dirinya. Seketika kemudian, Vivian segera meinggalkan katil lalu berlari keluar dari rumah kecil tersebut. Vivian terjerit-jerit meminta pertolongan. Namun apa yang dia lihat, kesemua orang di sana sungguh aneh sekali. Mereka sangat hodoh namun tetap tersenyum.

"Nak. . ." Panggil Mr. Qib.
"Ahh!. Jauhkan wajah hodoh kamu daripada saya!". Tegas Vivian sambil tangan kananya menjadi perisai.
Mr. Qib hanya tersenyum lalu memegang erat tangan Vivian.

"Tak ada apa yang perlu ditakutkan". Kata Mr. Qib.
"Siapa kamu?. Mengapa orang-orang di sini sangat hodoh seperti kamu?. Mengapa gadis pelik itu tersenyum dengan sangat lebar?. Mengapa rambut wanita itu bewarna putih dan hidungnya panjang ke bawah? Dan mengapa lelaki itu sangat kacak tapi menyedihkan?!". Tanya Vivian bertubi-tubi sambil melihat sekeliling dengan takut.

"Kamu berada di Kerajaan Mawar Hitam". Kata White Witch.
"Mawar Hitam?". Vivian agak terkejut.
"Mengapa kamu berubah Olive?. Kamu tidak ingat kami?". Tanya Carlos.

"Apa maksud kamu, Olive?". Hairan Vivian.
"Alahai dia bukan Olive!. Dia penceroboh!". Kata Basma dengan terkejut namun masih tersenyum.
"Bunuh dia!". Arah Carlos.

Kesemua orang yang turut berada di situ segera berlari ke arah Vivian. Vivian terus terkejut dan memejamkan matanya. Namun, Vivian dilindungi oleh Mr.Qib.

"Berhenti semua!. Berhenti!. Dia juga tidak tahu bagaimana dia boleh sampai ke sini!". Jelas Mr. Qib. Mendengar sahaja arahan daripada Mr.Qib, mereka pun berhenti.
"Kamu tak apa-apakah?". Tanya Mr. Qib.

Vivian mengangguk perlahan.
"Nak, apa nama kamu?". Tanya Mr. Qib lagi.
"Vivian". Jawab Vivian dengan nada suara yang perlahan.
"Vivian siapa?". Tanya Mr. Qib lagi.
"Vivian Abernathy". Jawab Vivian.

"Abernathy?. Itu nama keluarga Olive". Hairan Basma.
"Di mana Olive dan siapa kamu?!". Tanya Carlos dengan agak marah.

"Saya adik Olive. Sebenarnya, saya lari ketika Majlis Perkahwinan Olive dan Sir Delfroy. Tahu-tahu saja,saya sudah sampai ke sini". Jelas Vivian.

"Apa?!. Olive sudah berkahwin?!". Carlos seolah-olah tidak percaya dengan kata-kata Vivian lalu segera meninggalkan mereka semua.
"Carlos!. Carlos!". Panggil White Witch namun panggilannya itu tidak sahut.

"Aduhai. . .dia akhirnya kembali terkena sumpahan seperti kaum Heiwa". Kata Basma sambil tersenyum.

Vivian hanya terdiam. Dia masih lagi dalam kekeliruan. Dia kemudiannya di bawa ke rumah Mr. Qib.

"Duduklah Vivian. Saya akan suruh isteri saya bancuhkan kamu Teh". Pelawa Mr.Qib. Vivian pun duduk dan hanya terdiam kaku. Dia masih lagi cuba untuk memahami keadaan.

Manakala, Basma dan White Witch pula duduk di tangga dan mereka berdua memerhatikan Vivian dari jauh.

"Kamu tidak rasa ke Ramalan tersilap ambil orang?". Tanya Basma dengan berbisik.
"Entah. Sungguh mustahil Ramalan melakukan kesilapan". Jawab White Witch dengan berbisik juga.

Mereka saling berbisik sesama sendiri agar Vivian tidak mendengari mereka.
"Kenapa dia dan bukan Olive?". Tanya Basma lagi.
"Mungkin, ia berkaitan dengan 'imaginasi' ". Balas White Witch.

"Maksud kamu, Olive sudah lupakan kita?!". Tanya Basma lagi.
"Saya pun tak tahu". Jawab White Witch.

"Basma, White Witch berhentilah berbual. Mari kita minum dahulu". Pelawa isteri Mr. Qib iaitu Mrs.Qib.
Basma dan White Witch kemudiannya duduk semeja dengan Vivian. Mereka berdua tidak berhenti memandang Vivian. Vivian hanya memandang dua perempuan tersebut dengan gemuruh.

●●●●●●●●●●●●🤍●●●●●●●●●●●●

"Benar. Ini semua mimpi. Aku akan sedar semula kalau aku cederakan diri". Kata Vivian secara tiba-tiba lalu segera mencelupkan satu jarinya ke dalam Teh yang masih panas.

Vivian segera mengangkat semula jarinya itu lalu menahan sakit.
"Walaupun, sakit begini pun aku tak bagun lagi?. Mungkin. . .aku mengalami lumpuh tidur?. Ya!. Aku kena paksa diri aku untuk bangun!". Kata Vivian lagi.

White Witch, Basma dan Mrs.Qib memandang antara satu sama lain. Masing-masing berasa hairan dengan Vivian.

Mr. Qib pula hanya memandang Vivian dengan sayu. Perlahan-lahan, beliau menyentuh bahu Vivian.
"Vivian, ini bukan mimpi, bukan juga imaginasi". Kata Mr.Qib.

Vivian pun perlahan-lahan membuka matanya lalu memandang Mr.Qib.
"Jika ini bukan mimpi, bukan juga imaginasi, apakah ia adalah tempat bunian?. Jika benar, tolong hidupkan ayah saya semula atau bagi saja saya lihat dia. Tak apalah kalau dalam mimpi atau sekadar bayangannya". Kata Vivian lalu mula menangis.

White Witch pun kemudiannya terus menghalakan tongkatnya saktinya pada Vivian.

"Tunjukkan siapa diri kamu yang sebenarnya, Vivian!". Kata White Witch. Vivian terus terkejut.

Basma melindungi Mrs.Qib yang menyorok di belakangnya. Mr.Qib pula melindungi Vivian.

"Mengapa kamu lindungi dia?. Kamu tidak sedar ke?. Dia mungkin sudah terkena sumpahan Kanashimi!. Dia tidak istimewa seperti Carlos!. Carlos masih boleh diselamatkan tapi gadis malang ini tidak!". Jerit White Witch.

"Sabar White Witch!. Kamu tidak ingat ke tentang Ramalan tersebut?!". Mr.Wib cuba untuk menenangkan keadaan.
Vivian pula memegang erat lengan Mr.Qib.

●●●●●●●●●●●●🤍●●●●●●●●●●●●

Entah apakah yang sebenarnya sedang berlaku. Apakah itu Heiwa?. Apakah itu Kōfun? Apakah itu sumpahan Kanashimi dan mengapa Vivian pula yang masuk ke dunia Mawar Hitam dan bukannya Olive?.

Semua itu akan terjawab nanti. Tapi apa yang paling penting sekarang, Vivian terpakasa bersiap sedia untuk 'berperang'.

Vivian & Kerajaan Mawar Hitam (akan disunting)Where stories live. Discover now