Chapter 25

80 11 0
                                    

Tao berjalan ke rumah besar itu sambil memandang sekeliling. Apa yang dia tahu, dia perlu berada di situ selama tiga hari. Menurut majikannya, rakannya yang mana pemilik sebenar rumah itu memerlukan seseorang untuk berjaga di situ kerana mereka perlu ke luar daerah atas urusan kerja. Tao yang bekerja di syarikat pengawal keselamatan terpilih untuk berjaga di situ.

Tao menekan loceng pagar utama berkali-kali tanpa berhenti memandang sekeliling. Mungkin kerana teruja. Tapi lebih kepada mengenali tempat itu. Bagaimanapun, rasa sejuk di luar itu membuatkan dia tidak dapat berfikir jelas. Setelah beberapa kali membunyikan loceng, akhirnya ia terbuka. Dia tidak membuang masa dan terus masuk ke perkarangan rumah menuju ke pintu.

Bukan kerana dia terlalu kebaru-baruan. Tapi sebab rumah agam itu terlalu besar. Ia seperti sebuah istana. Mulutnya ternganga sepanjang kakinya melangkah. Setibanya di pintu, dia membunyikan loceng sekali lagi. Kelihatan kereta mewah besar berada di hadapan pintu dengan dua orang lelaki sedang sibuk memasukkan bagasi ke dalamnya.

Tao melompat terkejut apabila pintu itu dibuka secara tiba-tiba. Dia berdehem cuba menyembunyikan reaksi terkejut itu.

“Siapa awak?” tanya seorang wanita lengkap dengan pakaian orang gaji.

“Er… Adakah ini rumah kepada…”

“Siapa tu, Reena?” tanya satu suara dari dalam.

“Seorang lelaki, tuan.” jawab wanita itu sopan.

Kedengaran bunyi tapak kaki berjalan dari belakang sebelum seorang lelaki tampan muncul dengan senyuman. “Adakah awak…”

“Pengawal baru.” Tao memintas teruja.

“Oh.” lelaki itu cuba mengingati sesuatu. “Awak dari Falls Company?”

“Ya.” Tao mengangguk lagi.

“Bagus.” lelaki itu menghulurkan tangannya untuk bersalaman. “Saya Yoochun. Saya yang minta khidmat awak di sini.”

“Oh.” Tao segera menyambut salam lelaki itu.

“Masuklah.” pelawa Yoochun.

Tao hanya melangkah masuk dalam keadaan teragak-agak. Mulutnya sekali lagi ternganga memandang isi di dalam rumah itu yang terlalu mewah.

“Bos awak, Henry, kawan lama saya.” Yoochun bersuara membuatkan Tao memandangnya. “Saya beritahu dia saya perlukan seseorang untuk berjaga di sini selama tiga hari. Dia cadangkan awak. Katanya awak mahir dalam seni bela diri.”

Tao hanya berdehem malu.

“Kami perlukan orang macam awak.” ujar Yoochun lagi. “Ada benda buruk jadi sebelum ni dan kami tak nak ia berlaku lagi.”

“Apa yang jadi?” tanya Tao ingin tahu.

“Adik perempuan saya kena culik.”
Tao tersentak membesarkan matanya. Jangan cakap…

“Siapa tu, Yoochun?”

Seorang lelaki dengan wajah seperti anak patung muncul.

“Ini orang yang akan jadi pengawal sini.”

Lelaki itu segera berjalan mendekati mereka sebelum menghulurkan tangannya untuk bersalaman. “Saya Jaejoong. Awak kelihatan lebih muda dari apa yang saya jangkakan.”

Yoochun mengangkat bahunya. “Tao adalah nama yang Henry cadangkan pada saya sebelum ni.”

Jaejoong hanya mengangguk. Tao pula kelihatan tidak senang. Entah kenapa dia mula rasa tidak sedap hati.

“Barang-barang semua dah dimasukkan dalam kereta?”

Serentak mereka semua menoleh ke arah lelaki tinggi lampai yang muncul itu. Matanya segera memandang Tao. “Siapa ni?”

My Twelve Kidnapper ✔Where stories live. Discover now