Chapter 15

220 24 1
                                    

Bab 15


Xiumin, Kyungsoo dan Kai berlari dengan pantas masuk ke dalam bangunan itu. Rasa risau jelas terpampang pada wajah ketiga-tiga lelaki itu. Berita buruk yang diterima tadi membuatkan jantung mereka hampir terhenti membuatkan mereka terus menuju ke situ tanpa berfikir panjang.

Kelihatan Kris dan Suho sedang berdiri dengan wajah yang serius. Berjalan bertentangan melintasi sesama sendiri tidak tahu hendak berbuat apa. Mereka buntu. Buntuk dengan situasi itu.

"Apa yang terjadi?" tanya Xiumin serta-merta.

"Mereka..." Kris dan Suho menggumam hampir serentak.

"Kenapa?" tanya Kyungsoo setelah jawapan itu tidak disambung. "Sesuatu jadi pada dia ke?"

Suho menelan air liur yang terasa pelat. "Mereka cakap jantungnya berhenti beberapa minit."

"Oh my..." Mata bulat Kyungsoo kini sudah berkaca dengan air mata. Dia menundukkan wajahnya ke bawah. Cuba untuk mengawal segala emosi yang ada dan bercampur-baur saat ini.

Kai yang berdiri di sebelah lelaki itu segera memeluknya dengan sebelah tangan cuba menenangkannya.

"Jadi macam mana dia sekarang?"

Sebelum sesiapa menjawab soalan itu, pintu wad kecemasan terbuka sebelum doktor keluar bersama jururawat.

"Macam mana keadaan dia, doktor?" tanya Kris.

Doktor itu melepaskan keluhan yang panjang. "Dia benar-benar perlu dibedah dengan secepatnya. Kami dah tak boleh jamin terlalu lama hanya untuk rawatan saja."

"Jadi tolong lakukannya." Kai menderam.

"Kami ada polisi, anak muda." Ujar doktor itu. "Kami perlukan duit dulu. Barulah kami boleh laksanakannya."

"Esok!" Xiumin memandang doktor itu. "Esok kami akan beri duit. Tolong lakukan secepat yang mungkin."

"Kami akan cuba tetapkan jadual." Doktor itu mengangguk. "Kamu boleh datang esok. Kami akan bersedia."

Mereka semua hanya mampu mengangguk.

"Tapi ingat..." Doktor itu menarik nafas panjang sekali lagi. "Hanya 10 peratus jaminan pembedahan ini akan berhasil."

"Kami tahu." Kris menggumam.

"Baiklah kalau macam tu."

Selepas beberapa minit berbincang sesama mereka, akhirnya diputuskan hanya Suho yang tinggal untuk berjaga di situ. Yang lain semua berjalan keluar untuk pulang. Kyungsoo pula masih lagi menangis teresak-esak.

"Hei..." Kai bersuara dengan nada separuh berbisik di sebelah lelaki bertubuh kecil itu. "Jangan risau. Semua akan baik-baik saja."

"Saya harap macam tu." Esak Kyungsoo. "Kita dah ambil risiko menculik orang hanya untuk ini."

Kai memegang tangan lelaki itu. "Kita mesti kuat untuk ini. Saya tahu awak boleh buat. Kuatkan semangat."

Kyungsoo mengangguk perlahan sambil mengesat air matanya. Kris dan Xiumin hanya berjalan di sebelah mereka tidak berkata apa-apa.

"Awak masih ada duit ke?" Xiumin memandang lelaki tinggi lampai itu.

Kris menggelengkan kepalanya. "Saya dah belanjakan untuk bil hospital."

Xiumin mengangguk sebelum memandang ke bawah. Keadaan menjadi sunyi sepi sekali lagi.

"Kenapa semua mesti jadi macam ni?"

Kris menoleh memandang Xiumin. Memahami setiap perasaan lelaki itu saat ini. Xiumin sentiasa berbual dengan lelaki itu. Kris dan Suho adalah tempat semua orang mengadu. Tapi pada Xiumin, ia adalah Kris.

"Saya tak mengeluh jadi orang yang miskin macam ni." Xiumin berusaha mengawal perasaannya. "Tapi saya sedih sebab tak dapat tolong orang yang saya sayang."

Kris menepuk bahu lelaki itu. "Tak ada siapa yang gembira dengan kehidupan macam ni, Min."

Xiuin tidak membalas. Dia hanya berusaha mengawal emosinya untuk tidak menangis memandangkan mereka masih di jalanan.

"Pasal perempuan tu..." Kris menggumam lagi. "Maaf sebab dia adalah orang yang kita culik."

Xiumin tidak membalas. Dia tahu apa yang lelaki itu maksudkan.

"Kita perlukan duit."

"Tak apa." Xiumin membalas. "Kita perlu selamatkan dia dulu."

"Kai!!!"

Kesemua mereka menghentikan langkah sebelum menoleh memandang kebelakang. Seorang gadis dengan rambut perang berjalan mendekati mereka.

"Amanda?" Kai mengelipkan matanya.

"Itu bos Kai kan?" Kris bertanya dengan nada berbisik.

Xiumin mengangguk. "Juga teman wanitanya."

Kris hanya mengangkat keningnya. Tidak sangka bahawa Kai mempunyai pilihan seperti itu.

"Awak nak ke mana?" tanya gadis itu.

"Saya..." Kai cuba menyusun ayat. "Jalan-jalan je."

"Bagus lah." Gadis itu hanya mengukir senyuman. "Awak boleh temankan saya. Saya rindu sangat kat awak. Kita bukan boleh berbual sangat kat tempat kerja."

Amanda kini sudah memegang tangan Kai yang hanya berdiri kaku sambil memandang Kyungsoo yang langsung tidak berhenti berjalan.

"Jadi..."

"Maaf, Amanda." Kai mengalihkan tangannya. "Saya tak boleh. Ada benda yang saya kena uruskan."

Amanda hanya mendengus kemudian mengangguk. "Okey. Jumpa esok."

Kai hanya memandang gadis itu berjalan pergi sebelum kembali mengejar Kyungsoo.

"Nampak sangat Kai tak suka sangat dengan gadis tu." Komen Kris.

"Dia mengesahkan benda tu." Xiumin kembali berjalan diikuti dengan Kris.

"Yang dia tak sahkan sekarang ni adalah bagaimana perasaan dia pada Kyungsoo." Kris menggelengkan kepalanya.

"Ya."



A/n: OMG gaissss!!! Busy nak mampos pulak saya ni. Aduhai. Ni kira syukur dapat update. Mana tak nya. Weekday kena kerja. Balik je dah penat. Then weekend plak selalu ada sukan. Memang tak ada masa. But, I'll make time. Walau macam mana pun tetap tak boleh lupa stories.

Anyway, nampak tak perasan Kai kat situ. Hehehe. Just nak bagi WARNING lagi k. Cerita ni ada unsur bromance. Tolong lah faham. Tak payah nak komen. Just STOP reading. Malas nak terangkan banyak kali.

> VOTE & COMMENT <

My Twelve Kidnapper ✔Where stories live. Discover now