Chapter 4 - Penculik 2

330 32 10
                                    

Bab 4


Charlotte terjaga dari tidurnya yang dirasakan baru sekejap sahaja apabila terdengar suara orang terjerit-jerit dari luar pintu. Dia berusaha sedaya-upaya untuk membetulkan kedudukannya dalam keadaan itu. Meregang-regangkan otot yang mana hanya berjaya pada bahagian leher sahaja.

"Kami akan beri dia balik! Sediakan duit!"

Charlotte berhenti melakukan apa yang ingin dia lakukan. Dia mengelipkan mata yang masih ditutup itu.

"Sediakan duit lima ratus ribu dalam masa lima hari dan dia akan kembali dengan selamat!"

Keadaan menjadi senyap selepas itu. Pada pendapat gadis itu, talian sudah pun diputuskan.

"Awak tak minta lebih dari tu kan?" suara seorang lelaki memecahkan kesunyian di luar.

"Saya hanya minta jumlah yang kita perlu."

"Bagus."

"Hei... Giliran siapa jaga dia?" suara yang lain lagi bertanya.

"Saya."

"Apa yang awak tunggu lagi? Pergi sana."

Charlotte menarik nafas panjang. Ini adalah masa dia bertemu dengan Penculik 2. Sekali lagi, dia meletakkan nama itu dalam mindanya untuk memudahkan mereka semua dibezakan.

TOK! TOK!

Kedengaran bunyi ketukan pintu sayup-sayup sebelum ia dibuka. Seseorang melangkah masuk.

"Tunggu saya ke?"

Charlotte mengangkat keningnya. Dia dapat memastikan ada sedikit lain dari segi lelaki ini bercakap. Ada loghat yang berbeza daripada yang biasa. Ia hampir sukar difahami, bagaimanapun bahasa masih bahasa yang sama digunakan. Hanya itu yang mampu dia simpulkan pada permulaan.

"Saya bawa sarapan untuk awak."

Gadis itu tersentak seketika apabila dia merasakan kehadiran seseorang yang duduk di sebelahnya. Bagaimanapun, tiada apa yang keluar dari mulutnya. Mengangguk juga tidak. Bukan kerana mulutnya ditutup yang mana itu tidak berlaku. Gam tap dimulutnya sudah ditanggalkan semalam oleh Penculik 1 untuk memudahkan dia bernafas semalaman terutama masa tidur.

"Awak okey?"

"Badan saya rasa kebas." Jawab gadis itu ringkas.

"Yakah?" lelaki yang sudah dinamakan sebagai 'Penculik 2' oleh gadis itu bertanya lagi. "Saya akan buka ikatan kaki dan tangan awak tapi... Janji jangan buka ikatan mata awak ya."

"Baiklah." Gadis itu menjawab dengan penuh semangat. Dia perlu menggerakkan badannya.

Lelaki itu segera melakukan apa yang dia janjikan tanpa teragak-agak seolah-olah dia yakin dengan gadis itu. Charlotte terus meregangkan ototnya. Cuba untuk mengembalikan tenaganya.

"Ingat... Jangan buka..."

"Saya tak akan. Saya janji." Gadis itu memintas.

Penculik 2 hanya mengukir senyuman. "Okey... Ni sarapan awak. Awak perlu makan dulu."

"Dalam keadaan mata saya tertutup?" gadis itu mengangkat keningnya.

"Sandwich je kot." Lelaki itu menarik tangan Charlotte sebelum meletakkan sandwich itu di tangannya.

My Twelve Kidnapper ✔Where stories live. Discover now