Chapter 11 - Penculik 7

245 25 10
                                    

Bab 11

PENCULIK 7 



TOK! TOK!

Penculik 6 segera memandang ke pintu, manakala Charlotte hanya menggerakkan kepalanya memandangkan dia tidak tahu di mana arah pintu. Pintu bilik itu terbuka dan seseorang muncul dengan senyuman.

"Kenapa lama sangat awak datang?" tanya Penculik 6 dingin.

"Kami berbual kat bawah." Ujar lelaki yang berdiri di pintu itu dengan suara yang agak garau.

"Apa-apa lah." Penculik 6 mendengus kemudian berdiri dan mencucuk dahi gadis itu membuatkan dia menderam comel. "Saya mesti pergi, budak."

"Saya bukan budak!" charlotte membentak.

Penculik 6 hanya tergelak kecil sebelum berjalan menuju ke pintu. "Saya perlu pergi kerja. Awak..."

Charlotte merasakan lelaki itu kini bercakap dengan orang yang baru datang tadi memandangkan tiada sebarang nama yang disebut.

"Saya rasa awak perlu berikan dia posisi yang selesa." Ujar Penculik 6 perlahan hampir tidak didengar. "Dia perlukan rehat."

Selepas itu, pintu bilik ditutup membuatkan keadaan menjadi sunyi sekali lagi. Lelaki yang baru datang itu tidak berkata apa-apa.

"Jadi... Saya adalah Penculik 7?"

Suara itu membuatkan Charlotte hampir melompat, bagaimanapun, gagal. Suara itu seperti datang betul-betul dari depan mukanya.

"Nanti..." Charlotte mengerutkan dahinya. "Awak orang lain ke? Maksud saya orang baru?"

"Ya."

Charlotte seperti kehilangan kata-katanya. "Berapa orang kamu semua ni sebenarnya?"

"Ramai. Sangat ramai."

Charlotte tersentak sekali lagi apabila dia merasakan ada tangan yang sejuk memegang pergelangan tangannya sebelum ikatan terbuka.

"Saya akan baringkan awak kat katil." Ujar Penculik 7.

"Apa??" Charlotte membesarkan matanya ketakutan. "Apa yang awak nak buat pada saya??

Penculik 7 hanya mendengus perlahan. "Saya tak buat apa-apa. Awak perlukan rehat. Dah dua hari awak duduk."

Charlotte segera mengukir senyuman. Dia merasa itu adalah perkara yang amat menggembirakannya buat masa ini. Lelaki itu memimpinnya ke arah katil yang berdekatan secara perlahan-lahan.

"Awak boleh baring."

"Tapi... Saya tak biasa baring depan –"

"Saya akan bagi selimut." Penculik 7 memintas.

Charlotte hanya mengangguk sebelum kepalanya menyentuh bantal yang sangat lembut. Katil itu benar-benar menyenangkan. Dia dapat merasakan selimut kini menyelubunginya.

"Katil ni berbau harum."

Penculik 7 hanya ketawa sebelum berjalan duduk di sebuah kerusi. "Awak baring di atas katil orang yang paling pembersih antara kami semya."

"Macam mana rupa kamu semua ya." Charlotte menggumam sendirian.

"Bukan seperti yang awak bayangkan." Ujar Penculik 7.

My Twelve Kidnapper ✔Where stories live. Discover now