Chapter 36

56 10 7
                                    

Bab 36



Luhan dan Kris berpandangan sesama sendiri setelah Xiumin selesai menceritakan semuanya kepada mereka. Kedua-dua mereka kehilangan kata-kata untuk memberi apa-apa komen. Xiumin memandang mereka. Menunggu untuk mereka mengatakan sesuatu. Akan tetapi, tiada yang dapat dikeluarkan.

"Okey..." Kris mengelipkan matanya. "Ini sangat rumit."

"Tapi, Xiumin..." Luhan memandang lelaki itu. "Ini jelas menunjukkan yang awak tu lah lelaki yang dia cari selama ini. Itu jawapannya paling ketara."

"Tapi, dia tak tahu ada Sehun dalam kalangan kita." Xiumin membalas.

Luhan tidak berkata apa-apa lagi. Terlalu sulit untuk dia memberi komen.

"Apa yang dia cakap lepas awak suruh dia balik dan berfikir?" Kris memandang Xiumin dengan wajah serius.

"Dia tak cakap apa-apa." Xiumin menarik nafas panjang. "Dia nampak dalam keadaan bercelaru."

Luhan dan Kris berpandangan lagi.

"Jadi, sekarang ni..." Xiumin mengangkat bahunya. "Tunggu je lah keputusan dia."

"Macam mana kalau dia pilih Sehun?" Luhan mengangkat keningnya.

"Saya dah kena tolak sebelum ni, Lu..." beritahu Xiumin. "Saya tak rasa kali kedua akan berbeza."

Luhan hanya memandangnya dengan wajah yang sayu.

"Macam mana kalau dia pilih awak?" Tanya Kris pula.

Xiumin tidak segera menjawab. "Entah lah."

"Awak mesti fikir pasal benda ni juga..." Kris memandang lelaki itu serius. "Kalau dia betul-betul nak kan Sehun... Dia takkan teruskan untuk cari awak."

Xiumin tidak memberi balasan.

"Dia akan berhenti mencari dan teruskan pilih Sehun... Ataupun dia boleh cakap Sehun lah orangnya." Sambung Kris. "Tapi dia datang ke sini bertanya pasal awak macam orang terdesak.."

Xiumin membesarkan matanya.

"Awak rasa apa maksudnya??" Kris mengangkat kening dengan wajah yang serius. "Kalau saya lah kan... Saya tak akan buang masa buat fikiran saya bercelaru."

"Buat pertama kali Kris mengatakan sesuatu yang betul. Saya setuju dengan apa yang dia cakap. " Kata Luhan sambil memandang Xiumin.

"Apa maksud awak pertama kali??" Kris merenung lelaki berwajah cantik itu tajam.

Luhan hanya tersengih sebelum kembali memandang Xiumin dengan wajah serius. "Jadi... Apa pendapat awak?"

Xiumin hanya mendengus perlahan sambil berfikir seketika. "Saya tak tahu. Kalau dia pilih Sehun... Saya akan bersedia."

"Macam mana kalau dia pilih awak pula?" Tanya Luhan lagi.

Xiumin tidak dapat menjawab soalan itu. Bukan dia tidak mahu atau tidak gembira mengenainya.

"Awak risaukan Sehun kan?"

Xiumin memandang Luhan tanpa sebarang balasan. Hanya matanya yang memberitahu sesuatu pada lelaki itu.

"Sehun bukan lagi budak kecil, Xiumin." Kris mendengus.

"Saya tahu..." Xiumin menggumam. "Tapi kamu pun tahu macam mana dia suka dengan gadis tu. Kami pun dah pernah bergaduh pasal perkara ni sebelumnya."

"Itu dah lama dulu, Xiumin." Luhan menderam. "Dia dah jadi lebih matang sekarang daripada sebelum ni."

"Jangan risau." Kris mengukir senyuman. "Kalau Charlotte pilih awak... Sehun masih ada Luhan."

My Twelve Kidnapper ✔Where stories live. Discover now