Chapter 27

77 11 7
                                    

Charlotte berjalan perlahan-lahan. Dia tidak pernah merasa gementar seperti ini. Dia tahu dia sedang bertindak seperti seorang pengintip sekarang. Tapi dia tidak akan mengalah. Dia akan teruskan apa yang dia ingin lakukan.

Dia menarik nafas panjang sebelum mengetuk pintu rumah kecil itu. Dia mengingat semua jalan dan alamatnya walaupun dia hanya pernah berkunjung sekali. Dia sudah dapat mengingati semuanya.

“Hai. Ada apa yang boleh saya-”

Seorang lelaki tinggi lampai muncul di pintu, bagamanapun terkedu memandang Charlotte berdiri di situ dengan senyuman yang janggal. Lelaki itu membesarkan matanya cuba menutup pintu sekali lagi.

“Eh, nanti!” Charlotte memekik.

Tiada balasan selepas pintu tertutup rapat.

“Nanti…” Charlotte mendengus perlahan. “Jangan lah takut. Saya dah tahu siapa kamu. Saya dah pernah ke sini.”

Masih tiada balasan yang diterima.

“Saya dah kenal beberapa orang dari kamu.” Charlotte bersuara lagi. “Suho, Lay, Tao, Chen…”

Mendengar nama-nama itu, pintu terbuka sekali lagi. Lelaki yang tadi muncul semula dengan wajah terkejut.

“Awak tak perlu mengelak.” ujar Charlotte. “Saya datang bukan dengan tujuan yang bahaya.”

“Siapa tu, Chanyeol?”

Serentak mereka berdua memandang ke dalam rumah. Suho berdiri sambil memegang segelas air. Dia agak terkejut melihat Charlotte.

“Apa awak buat kat sini?” tanya Suho.

“Boleh saya masuk?” tanya Charlotte sopan.

Lelaki tinggi lampai itu memandang Suho yang hanya mengangguk tanda memberi kebenaran.

“Masuklah.”

Charlotte melangkah masuk. Dia masih lagi memandang sekeliling walaupun itu sudah kali ketiga dia ke situ termasuk semasa dia menjadi tahanan.

“Nak minum apa-apa?”

Charlotte memandang lelaki tinggi yang tampan itu. “Suara awak sangat dalam.”

Lelaki itu hanya berdiri tanpa memberi sebarang reaksi. Dia tidak tahu apa yang hendak dikatakan.

“Oh, dia ni.”

Serentak mereka menoleh memandang Lay yang muncul dari dapur dengan senyuman menunjukkan lesung pipitnya.

“Hai, Lay.” Charlotte melambai.

“Okey…” lelaki tinggi lampai itu kelihatan bingung. “Apa yang dah jadi? Kamu dah kenal?”

“Kami dah pernah jumpa.” Suho menjawab. “Berdasarkan apa yang Tao cakap… Charlotte dah ke sini dan bertemu dengan Chen.”

Charlotte mengangguk.

“Jadi, dia tahu pasal kita?” tanya lelaki tinggi lampai itu.

Suho mengangguk. “Tak semua lah.”

“Wow…”

“Tapi…” Charlotte merenung lelaki itu. “Suara awak benar-benar dalam dan maskulin.”

“Jadi?” lelaki itu mengangkat keningnya.

“Awak mesti Penculik 5.”

Lelaki itu terkedu serta-merta.

“Dia memang ada ingatan yang tajam terutama pasal suara kita.” komen Lay. “Dia boleh kenal.”

“Kenapa awak ke sini?” tanya lelaki tinggi itu lagi.

My Twelve Kidnapper ✔Where stories live. Discover now