Chapter 9 - Penculik 6

236 26 12
                                    

Bab 9

PENCULIK 6 


Charlotte membuka matanya perlahan-lahan. Dan sudah semestinya keadaan amat gelap memandangkan matanya masih ditutup lagi. Dia menggerutu perlahan. Merasakan tangannya masih diikat. Akan tetapi, sesuatu membuatkan dia sedikit terkejut. Dia dapat merasakan kepalanya bersandar pada sesuatu yang empuk. Ia sepertinya adalah bantal. Ini membuatkan lehernya sudah tidak terasa sakit.

"Selamat pagi, sleephead!"

Charlotte tersentak hampir bergerak bagaimanapun gagal dengan keadaannya seperti itu. Ada suara seseorang di situ.

"Siapa awak?"

"Saya? Awak tanya siapa saya?"

Charlotte mengelipkan matanya beberapa kali. "Maksud saya... Awak bukan orang yang semalam tu kan?"

"Mesti lah bukan." Selamba lelaki itu menjawab. "Saya sangat berbeza dengan semua orang di sini. Sebab saya yang paling handsome."

Charlotte mengangkat keningnya. Tidak menyangka ada tahap keyakinan yang tinggi pada lelaki itu. "Orang handsome biasanya tinggi."

"Mestilah." Lelaki itu menjawab yakin. "Saya yang paling tinggi di sini."

"Ah... Awak lah yang paling tinggi tu." Charlotte mengangguk. "Awak letak bantal kat kepala saya ke?"

"Ya." Lelaki itu memandang Charlotte yang kini berada berdekatan dinding. Dia memindahkan gadis itu supaya bantal yang diletakkannya tidak terjatuh. "Awak nampak tak selesa sangat."

"Macam mana awak boleh bawa saya ke sini?" tanya Charlotte yang sepertinya perasan posisinya berubah.

"Awak bukannya berat." Lelaki itu mengangkat bahunya.

Memandangkan lelaki ini adalah orang yang berbeza, maknanya dia adalah Penculik 6. Ada berapa orang lagi selepas ini?

"Okey, tuan puteri..." Penculik 6 berjalan mendekati gadis itu sebelum membuka ikatan tangannya. "Masanya untuk awak mandi dan segarkan diri. Awak tahu peraturan yang awak perlu ikut untuk ini kan?"

Charlotte hanya mengangguk sebelum Penculik 6 membawanya ke bilik mandi. Dan sudah semestinya, dia menghabiskan masa selama sejam di situ. Selepas itu, Penculik 6 membawanya kembali ke bilik dan menikmati sarapan yang lazat daripada orang yang mereka panggil 'Mama'. Dan tangannya kembali diikat.

"Rasa lebih baik?" tanya Penculik 6.

"Saya rasa pening sikit."

"Pening? Teruk ke?" lelaki itu kedengaran risau.

"Mungkin baik lah nanti ni." Charlotte mendengus perlahan. Sejujurnya, ia memang rasa sakit.

"Nanti kejap." Penculik 6 bangun dan berjalan keluar dari bilik itu sebelum kembali beberapa minit kemudian. "Ambil ni." Dia meletakkan satu pil penahan sakit ke dalam mulut gadis itu dan memberikannya air.

"Terima kasih."

"Tak lah susah sangat." Lelaki itu membalas. "Memandangkan saya adalah superman dari galaxy."

Charlotte hanya tergelak kecil.

"Ada apa-apa awak nak lagi, budak kecil?"

Charlotte mengerutkan dahinya sedikit. "Awak benar-benar berbeza dari yang lain awak tahu tak."

"Kenapa?" Penculik 6 mengangkat sebelah keningnya. "Sebab saya handsome?"

Charlotte menggolekkan bebola matanya. "Cara awak bercakap. Awak adalah yang paling... Berkeyakinan?"

"Apa-apa lah." Penculik 6 berdiri serta-merta. "Saya bukannya orang yang boleh cakap benda manis."

"Apa awak buat?" tanya Charlotte apabila merasakan lelaki itu memegang rambutnya secara tiba-tiba.

"Buat awak nampak lebih baik." Lelaki itu mengikat rambut Charlotte tinggi. "Awak nampak macam orang gila."

"Awak tahu sebabnya kenapa saya nampak macam ni." Gadis itu mengangkat bahunya. "Hei, berhenti."

"Berhenti kenapa?" Penculik 6 mengelipkan matanya.

"Tarik rambut sa – Argh!" Charlotte mengerang lagi.

Penculik 6 hanya tersengih sebelum mencucuk pipi gadis itu.

"Berhenti!" Charlotte membentak.

"Awak bertuah saya kacau awak daripada bairkan awak kebosanan." Penculik 6 berbisik di telinga gadis itu.

"Saya rasa saya sangat malang adalah." Charlotte mendengus. "Awak buat kepala saya tambah sakit."

"Awak tak kenal saya, sayang." Selamba lelaki itu membalas.

"Lebih baik awak duduk diam dan bercerita."

"Cerita pasal apa?" lelaki itu masih lagi mencucuk pipi gadis itu.

"Apa-apa je..." Charlotte berusaha menepis jari lelaki itu. "Mungkin keluarga sebenar awak."

Serta-merta pergerakan lelaki itu terhenti. Keadaan menjadi sunyi sepi seketika. Gadis itu merasakan dia ada cakap sesuatu yang salah. Penculik 6 menarik nafas panjang sebelum berjalan menuju ke tingkap.

"Saya tak suka cakap pasal mereka."

Charlotte hanya mampu menggigit bibirnya. Dia tahu perkara itu menyakitkan. Ia adalah perkara yang sensitif. "Maaf."

"Tolong jangan calarkan imej saya sebagai lelaki yang berkarisma dengan soalan macam tu."

Sekali lagi, perangai menyakitkan hatinya kembali.

"Saya terpaksa bangun awak pagi hari ni semata-mata nak jaga awak." Ujar lelaki itu. "Walaupun saya paling malas bangun pagi."

"Saya tak minta pun." Charlotte mengangkat bahunya.

"Sekali lagi, awak patut berasa gembira sebab bertuah."

Charlotte menggolekkan bebola matanya. "Pergi lah tidur. Bukannya saya boleh pergi mana-mana."

"Tak mengapa. Saya ada habit pelik kalau tidur."

"Apa dia?" tanya gadis itu.

"Saya boleh... Bercakap dalam bahasa lain."

Charlotte mengangkat keningnya. "Pelik."

"Jadi saya tak akan tidur." Penculik 6 menarik nafas panjang. "Kita tunggu sampai orang seterusnya datang."




A/n: Yasssss! Berjaya update. Fuh. Anyway, taknak cakap panjang. Just comment your answer. Ini tak susah sangat kan? Hehehe.

> VOTE & COMMENT <

My Twelve Kidnapper ✔Where stories live. Discover now