Chapter 1

460 28 6
                                    


Charlotte berjalan keluar daripada pusat membeli-belah itu setelah selesai menghabiskan permainan boling untuk beberapa pusingan, pergi ke pusat karaoke, makan, menonton filem di panggung wayang dan sebagainya bersama kawan-kawannya yang biasa. Itu merupakan rutin penting setiap malam untuk mereka semua melainkan ada hal lain yang perlu diselesaikan dulu.

Seperti biasa, gadis itu akan pergi ke bahagian tempat letak kereta di mana kereta miliknya diletakkan di situ. Dan seperti biasa juga, dia tahu abang-abangnya pasti sedang marah memandangkan telefonnya tidak berhenti berbunyi sejak beberapa jam tadi. Ia sudah hampir pukul satu pagi. Tempat letak kereta itu juga sunyi dan sejuk. Hanya ada beberapa kereta yang masih terletak di situ. Charlotte mengeluh perlahan. Sudah pasti dia akan dimarahi setibanya di rumah.

Entah kenapa, sepanjang hari itu dia merasa tidak sneang hati. Dia sendiri tidak tahu apa yang dirasakannya. Dia merasakan ada orang yang sedang memerhati dan mengikut setiap gerak-gerinya. Tapi, dia hanya membiarkan perkara itu dan cuba memikirkan sesuatu yang lebih menyenangkan. Dia ada bertanya dengan rakan-rakan yang lain. Semua tidak perasan mengenai itu dan mungkin ia hanya imaginasi sahaja.

TRUUTT!! TRUUTT!!

Charlotte berhenti berjalan untuk seketika apabila telefon bimbitnya bergetar. Dia mengeluarkan benda itu dari poket baju sejuknya sebelum mengeluh perlahan ketika terpandang nama salah satu abangnya tertera di situ. Dan ini lah yang akan terjadi...

"Hel..."

"AWAK NI TAK RETI-RETI LAGI NAK PULANG KE?!!! ATAU AWAK DAH JUMPA TEMPAT TINGGAL BARU?!!!"

Charlotte menjauhkan sedikit telefon itu dari telinganya. Jaejoong, abangnya yang paling sulung menjerit dan boleh membuatkan dia pekak tidak lama lagi.

"Saya dalam perjalanan lah ni."

"Baru nak fikir pulang ke rumah?!!!" Jaejoong menjerit lagi dari dalam talian itu.

"Bertenanglah. Dia kan masih muda."

Suara yang lain kedengaran mencelah dari dalam talian itu. Ia lebih kepada bersahaja berbanding marah. Junsu saat ini sedang mengetawakan abang sulung mereka itu dan ia membuatkan Charlotte turut tersengih. Berbanding Jaejoong yang mengawal ketat hidupnya, Junsu lebih kepada membiarkannya. Abangnya itu memberi semangat kepadanya untuk apa jua aktiviti yang digemarinya.

"Macam mana kalau dia diculik?!!! Atau kena rogol ke?!! Dia ni perempuan!!!" Jaejoong menjerit lagi di talian bagaimanapun, ia ditujukan kepada Junsu. Charlotte hanya menggolekkan bebola matanya.

"Okay, dah lah tu... Jangan nak buat bising sangat boleh tak. Bagi tahu budak tu suruh pulang secepat mungkin." Satu lagi suara mencelah. Yoochun, lelaki yang paling lembut dalam kalangan mereka. Walaupun dia tidak begitu menyokong semua yang adik perempuannya itu lakukan, dia tidak menempik. Sebaliknya, menasihati dengan cara yang lembut dan baik.

"Baik awak pulang sekarang, budak." Jaejoong memberi amaran. "Jangan sampai saya beritahu Yunho pasal ni. Mati awak dia kerjakan nanti."

Charlotte tergamam seketika. Yunho adalah abangnya yang kedua selepas Jaejoong. Walaupun dia bukan anak sulung, tapi aura lelaki itu membuatkan dia paling digeruni dalam keluarga mereka. Dia menggeletar sedikit apabila memikirkan nasibnya jika Yunho terlibat sama. "Mana Yunho?"

"Awak patut bersyukur dia dah tidur." Jaejoong menjawab membuatkan gadis itu menarik nafas lega.

"Kenapa semua orang bising-bising di malam yang indah dan dingin ni?" suara Changmin kedengaran sinis mungkin kerana tidurnya terganggu. Changmin adalah yang paling muda dalam kalangan abang-abangnya. Dia tidak mengongkong adik perempuannya itu. Dia mahu gadis itu lebih berdikari dan pandai mengurus diri.

"Cepat pulang!!" Jaejoong menderam sebelum memutuskan talian.

Charlotte mendengus perlahan sebelum memasukkan telefon bimbitnya kembali ke dalam kocek. Menjadi satu-satunya anak perempuan dalam keluarga kaya sesuatu yang langsung tidak menyeronokkan. Ia lebih kepada membosankan. Walaupun dia sudah hampir mencecah dua puluh satu tahun, kelima-lima abangnya masih cuba untuk mengawal segala akitivitinya. Kecuali Changmin, pastinya. Changmin lebih fokus kepada hidupnya sendiri berbeza dengan yang lain.

Charlotte meraba-raba di dalam begnya untuk mencari kunci kereta. Belum sempat dia membuka, satu tangan telah menutup hidung dan mulutnya dari belakang menggunakan saputangan. Dia merasakan darahnya menyirap. Dia cuba untuk meronta-ronta bagaimanapun cengkaman itu terlalu kuat.

Satu bau yang tidak enak dirasa menusuk masuk ke dalam hidungnya terus ke dalam. Walaupun dia berusaha untuk menghentikan dirinya daripada melakukan proses itu, ia tetap gagal. Matanya semakin berat dan tertutup perlahan-lahan sebelum dia rebah pengsan tidak sedarkan diri.

My Twelve Kidnapper ✔Where stories live. Discover now