Chapter 3 - Penculik 1

403 37 9
                                    

Bab 3

PENCULIK 1 


Charlotte tersentak seketika apabila dia terdengar bunyi pintu terbuka selepas hampir dua jam ditinggalkan bersendirian di situ. Dia hanya boleh menggunakan deria pendengarannya sebagai alat untuk menyiasat segalanya memandangkan dia tidak boleh melihat menggunakan matanya. Mulutnya ditutup menggunakan gam tap itu lagi.

"Saya datang nak bagi awak makan ni. Awak mesti lapar. Hari pun dah gelap." Satu suara dengan nada serius memberitahu. "Apa yang awak nak makan?"

Charlotte mengangkat keningnya. Macam mana dia hendak menjawab dalam keadaan itu.

"Oh." Lelaki itu baru perasan mengenai hal itu sebelum mendekatinya untuk membuka gam tap itu. Charlotte menghembuskan nafas lega. Entah berapa lama dia harus menstabilkan pernafasannya.

"Apa yang awak nak makan?" lelaki yang mana sudah dinamakan sebagai Penculik 1 dalam kepala Charlotte bertanya lagi.

"Saya nak makan Chicken Chop." Gadis itu menggumam. Suaranya kedengaran serak disebabkan dia tidak bercakap seharian.

"Keadaan menjadi sunyi sepi seketika. Charlotte tidak dapat memastikan apa reaksi lelaki itu pada saat ini.

"Tak boleh ke awak minta benda murah?" Penculik 1 bertanya. "Kami bukannya ada duit banyak nak beli makanan mahal macam tu."

Charlotte mengangkat keningnya lagi. "Yang awak tanya saya kenapa? Saya jawab lah."

Penculik 1 mendengus kuat. "Awak fikir kenapa kamu culik awak kalau kami ampu beli makanan mahal macam tu? Kali terakhir kami makan benda mahal lima tahun dulu. Awak boleh bayangkan."

Gadis itu turut mendengus. "Jadi, kamu ada duit lah sebelum ni kan? Apa yang kamu buat sampai duit kamu habis dan perlu sampai nak menculik untuk dapatkannya?

Penculik 1 mendengus lagi. Dia berdiam diri seketika. Kedengaran seperti sesuatu bergerak yang mana Charlotte rasakan lelaki itu duduk di sebuah kerusi kayu jika didengar dari bunyi itu.

"Saya tinggal dengan keluarga yang kaya suatu masa dahulu." Lelaki itu bersuara sambil berfikir sedalam-dalamnya. "Saya boleh dapatkan apa sahaja yang saya nak. Apa yang orang lain nak pun saya boleh bagi. Saya hanya perlu keluarkan kad saya dan semuanya selesai."

Charlotte hanya berdiam diri untuk mendengar.

"Tapi... Keluarga saya mati dalam satu kemalangan yang dahsyat." Penculik 1 menyambung. "Hanya saya yang terselamat. Syarikat keluarga saya semakin merundum jatuh dan akhirnya diisytiharkan bankrup. Dan lepas tu... Saya jadi macam ni lah. Hidup terumbang-ambing."

"Jadi..." Charlotte berkerut sedikit. "Awak tinggal dengan siapa?"

Sekali lagi, penculik itu berdiam diri. Kali ini agak lama masa yang dia ambil. "Saya tak sepatutnya bercerita dengan awak pasal benda ni."

Gadis itu mendengus serta-merta.

"Saya hanya datang untuk bertanya pasal makan malam awak." Lelaki itu menyambung lagi.

"Tak perlu." Gadis itu menggumam. "Saya tak lapar."

"Awak pasti?" Penculik 1 mengangkat keningnya.

"Ya." Charlotte mengangguk. "Bukannya saya pandai makan makanan yang awak beli tu."

Penculik 1 tersenyum sayu sambil menggelengkan kepalanya. "Awak akan tarik balik kata-kata awak suatu hari nanti kalau awak dah kehilangan harta awak. Awak kena ingat... Awak tak akan sentiasa berada dalam kekayaan. Duit boleh habis pada bila-bila masa sahaja tanpa awak sedar."

My Twelve Kidnapper ✔Where stories live. Discover now