Chapter 28

63 12 2
                                    

Bab 28


Chalotte memandang sekeliling dalam keadaan gementar. Sekali sekala dia akan memandang jam di tangannya. Ia menunjukkan hampir pukul 1 pagi. Dia tidak tahu parti yang dianjurkan oleh kawannya itu sangat seronok menyebabkan dia tidak menyedari masa. Abang-abangnya sangat marah ketika ini. Dia sudah dalam perjalanan pulang ketika keretanya tiba-tiba sahaja mati di tengah jalan.

Dia memandang sekeliling. Tiada kereta yang lalu saat ini. Dia ingin pergi ke bangunan berdekatan untuk meminta bantuan. Tapi, dia takut mekanik akan datang ketika dia tiada di situ.

"Awak seorang je ke, gadis comel?"

Habislah! Charlotte langsung tidak menoleh. Dia dapat merasakan bahaya yang berada di belakangnya saat ini.

"Apa yang gadis comel macam awak ni buat kat sini?"

Suara itu kini sudah menunjukkan diri. Dua orang lelaki dengan wajah menakutkan berdiri di hadapannya.

"Nampaknya keretanya rosak." salah seorang dari mereka menjawab ketika terpandang kereta gadis itu.

"Oh..." Lelaki yang satu lagi mengukir senyuman sinis. "Awak nak balik ke rumah dengan kami tak?"

Charlotte langsung tidak memandang mata mereka. Dia hanya mampu berdoa di dalam hati.

"Marilah..."

"Jangan sentuh saya!" Charlotte menepis tangan lelaki yang hampir sahaja memegangnya.

"Jangan lah macam tu, sayang." ujar lelaki itu.

"Jangan!!" jerit Charlotte. Dia berusaha untuk tidak disentuh oleh lelaki-lelaki itu. Dia merasa jijik.

"Saya suka gadis liar macam ni." Lelaki yang satu lagi mengomen,

Charlotte menelan air liurnya. Ini bahaya. Dia benar-benar menyesal pergi ke parti itu walaupun ianya memang seronok. Abang-abangnya pasti akan membunuhnya jika mereka tahu perkara ini terjadi. Dia akan dikurung selama-lamanya.

"Jom, ikut kami."

"Jangan datang dekat!!" Charlotte cuba memberi amaran.

Tawa lelaki itu meletus dengan bengis. "Oh, sayang. Awak fikir kami akan dengan cakap awak ke?"

"Jangan dekat!!" Charlotte membentak lagi.

Tapi ianya sia-sia. Mustahil untuk kedua-dua lelaki ini mendengar cakapnya. Sangat mustahil.

"Hoi!!"

Serentak mereka semua menoleh. Seorang lelaki berdiri tidak jauh daripada mereka. Di tangan lelaki itu besi panjang dipegang erat.

"Kalau kamu tak pergi dari sini..." Lelaki itu bersuara. "Saya akan hubungi polis. Tapi sebelum tu saya akan belasah kamu dulu."

Kedua-dua lelaki mengerikan itu hanya berkerut memandangnya.

"Kawan-kawan saya dalam perjalanan ke sini." lelaki itu menghalakan batang besi yang dipegangnya ke arah lelaki-lelaki itu. "Saya rasa mereka tidak akan biarkan kamu pergi macam tu je."

Kedua-dua lelaki jahat itu berpandangan. Mereka mendengus memandang Charlotte sebelum berlalu pergi. Gadis itu menghela nafas lega.

"Awak okey ke?"

Charlotte memandang lelaki itu sambil mengerutkan dahinya. Apa yang lebih mengejutkan, lelaki itu berdiri kaku dalam keadaan tergamam. Seolah-olah terkejut melihatnya.

"Hello?" Charlotte melambaikan tangannya di hadapan muka lelaki itu.

"Maaf." Lelaki itu mengelipkan matanya.

My Twelve Kidnapper ✔Where stories live. Discover now