Charlotte membuka matanya pelahan-lahan. Kepalanya dirasakan berpinar-pinar. Badannya kebas langsung tidak dapat digerakkan. Dia cuba memastikan di mana dia berada saat ini. Bagaimanapun, dia hanya mendengar suara sekumpulan lelaki sedang bercakap di sekelilingnya entah dari arah mana. Dia tidak tahu di mana dia saat ini memandangkan pandangannya gelap.
"Ini adalah idea paling bodoh yang kita pernah buat tahu tak?!" seorang lelaki membentak.
"Kita dah buat pun kan?" Seorang lelaki yang lain menggumam. "Kita dah tak boleh nak patah balik. Suka atau tak, kita kena teruskan."
"Saya memang dah tak setuju dengan benda ni dari awal!" suara lelaki lain kedengaran membentak.
"Kan saya dah ca..."
"Shhh...."
Belum sempat suara tadi menghabiskan kata-katanya, seorang yang lain menghentikan mereka sebelum keadaan menjadi sunyi.
"Dia dah bangun."
Charlotte tersentak serta-merta. Dia berani bersumpah yang dia sudah mencuba sedaya-upaya untuk berpura-pura tidak sedarkan diri. Tapi nampaknya dia langsung tidak berbakat dalam hal itu. Pada saat itu juga, dia dapat mengesahkan bahawa dirinya diikat di sebuah kerusi dengan mulut dan matanya ditutup.
"Awak dah bangun, budak perempuan?"
Suara lelaki itu membuatkan darah merahnya menyirap pantas. Dia menelan air liur cuba untuk tidak takut.
"Kami akan buka gam tap yang menutup mulut awak tu supaya awak senang nak bernafas, tapi... Awak tak boleh nak buat bising. Lagipun tak ada sesiapa yang akan dengar pun. Jadi tak perlu nak cuba."
Charlotte mengangguk perlahan. Benar. Dia bernafas dengan sukar pada saat ini. Dia perlukan mulut untuk melancarkannya. Satu tangan sejuk menyentuh pipinya. Atau lebih tepat lagi gam tap itu sebelum ia ditarik perlahan-lahan. Dia melepaskan helaan nafas lega apabila udara yang diperlukan masuk ke dalam jantungnya. Dia benar-benar bersyukur sekurang-kurangnya kemudahan bernafas itu diberikan.
"Siapa kamu??" tanya Charlotte. Rasa cemas kembali dalam dirinya. "Apa yang kamu nak dari saya??"
"Charlotte East... Anak perempuan kaya seorang peniaga berjaya. Semua adik-beradik awak mempunyai syarikat sendiri." Satu suara serak memberitahu seolah-olah dia sedang membaca berita.
"Sudah semestinya kami nakkan duit, sayang." Satu suara yang lain mencelah jelas ada sinis dalam nada itu.
"Bawa bertenang." Suara yang lebih lembut kedengaran. "Kami akan hubungi keluarga awak dalam masa dua hari."
"Dua hari?!" ulang Charlotte. "Kenapa perlukan masa yang lama nak hubungi kelaurga saya?!"
"Mereka mesti rasa risau dulu dengan kehilangan awak." Satu suara yang lain menjawab. "Lagipun, kita perlu lebih berkenalan dulu."
"Okay, dah lah tu." Satu suara yang tenang mencelah. "Biarkan dia sendiri dulu. Kita perlu bergilir-gilir menjaga dia."
"Mana kita nak letak dia?" seorang lelaki lain bersuara bagaimanapun ada nada ceria dari suara itu jika didengar dengan teliti.
"Kita letakkan dia dalam bilik mereka."
Charlotte dapat meneka bahawa lelaki itu menuding ke arah lebih daripada seorang memandangkan dia menyebut 'mereka'.
"Kenapa mesti bilik kami pula?!!"
Kali ini, dia dapat mengesahkan bahawa suara ini milik salah satu daripada yang dituding tadi.
"Dah bilik kamu je yang bersih. Kamu nak dia mati keracunan udara kat tempat lain ke?"
Entah kenapa, kenyataan itu membuatkan Charlotte tergelak kecil bagaimanapun tiada siapa yang perasan. Sangat aneh bila seorang penculik masih mementingkan kesihatannya pada saat ini.
"Suka hati kamulah!!"
Charlotte tidak mampu meneka ada berapa penculiknya itu secara keseluruhan memandangkan terlalu banyak suara yang kedengaran. Akan tetapi, dari nada mereka itu membuatkan dia merasa dirinya tidak dalam bahaya memandangkan dia mula dapat meneka personaliti setiap orang di situ.
A/n: Okay guys. Lepas ni kita main game nak?? Saya tak akan dedahkan siapa yang bertugas menjaganya dan kamu kena teka. Hehehehe. Mana yang dah pernah baca diam2 k. Jangan spoil. Biar orang lain teka. Dan jangan risau. Senang je. Leave me your feedback. :)
> VOTE & COMMENT <
YOU ARE READING
My Twelve Kidnapper ✔
FanficStory ni saya dah pernah publish. Tapi dalam English. Atas permintaan ramai, Hahaha. Saya buat balik dalam bahasa melayu. Bila dua belas orang lelaki terdesak, menculik adalah jalan yang mereka pilih. Tolong jangan tiru cerita ni.