Chapter 33

62 10 0
                                    

Bab 33



Kyungsoo menjalankan tugasnya seperti biasa di kaunter hadapan. Dia menunggu pelanggan yang keluar dan masuk ke situ. Sehun dan Xiumin pula bertugas di dapur. Dia tidak banyak mengeluh walaupun dia tidak suka bekerja di bahagian depan. Dia tidak dapat mengatakan apa-apa mengenai itu. Hanya dia seorang saja pekerja berada di situ saat ini. Dan dia perlu melakukannya.

Dia menemani Kai sepanjang masa semalam. Mereka akhirnya tidur di ruang tamu bersama Suho dan Kris. Apa yang peliknya, Kai tidak begitu sedih seperti yang mereka jangkakan. Dia berkelakuan seperti tiada apa yang berlaku.

"Hai, Kyungsoo."

Riak wajah Kyungsoo berubah apabila mendengar suara itu. Dia kenal betul siapa pemiliknya. Amanda, bekas kekasih Kai yang berdiri di hadapannya sambil tersenyum dengan seorang lelaki tampan berada di sisinya.

"Awak..." Itu sahaja yang keluar dari mulut Kyungsoo. Dia tidak tahu hendak berkata apa. Dia tidak senang berjumpa dengan gadis itu.

"Awak cari meja kosong untuk kita." Amanda memandang lelaki yang berada di sebelahnya itu. Lelaki itu tidak membantah dan terus sahaja berjalan pergi.

"Kekasih baru ke?" Kyungsoo mengangkat keningnya. "Oh lupa. Dia dah lama jadi kekasih awak."

Riak muka Amanda tidak berubah sama sekali. "Dengar ni, Kyungsoo... Saya tahu awak benci tengok saya sekarang ni."

Kyungsoo hanya mendengus.

"Saya ada alasan saya sendiri kenapa saya buat semua ni pada Kai."

"Oh, ya..." Kyungsoo memeluk tubuhnya. "Apa alasannya? Pastikan ia benar-benar kukuh supaya saya tak benci awak."

Amanda menarik nafas panjang dan berfikir seketika. "Macam mana saya nak bersama dengan lelaki yang sama sekali tak mencintai saya??"

Kyungsoo berkerut mendengar kata-kata gadis itu.

"Bahkan, Kai tak pernah mencintai saya." tegas Amanda. "Jadi, macam mana awak rasa perasaan saya selama ni?? Sangat Sakit."

"Kenapa awak boleh cakap macam tu?!" marah Kyungsoo. "Kai mencintai awak."

Amanda segera ketawa mendengar kenyataan itu. "Macam mana dia boleh mencintai saya tapi asyik bercakap pasal orang lain??"

"Orang lain??" Kyungsoo mengerutkan dahinya.

"Dia asyik bercakap pasal awak je, Kyungsoo."

Kyungsoo terkejut mendengar kenyataan itu.

"Kyungsoo ini, Kyungsoo itu... Semuanya pasal Kyungsoo!" beritahu Amanda. "Semuanya hanya pasal awak."

"Awak cemburu dengan saya?" tanya Kyungsoo. "Dia mungkin risau pasal saya je sebab kami dah macam adik-beradik."

"Kalau macam tu kenapa dia asyik cakap pasal awak seorang je?" Amanda bertanya lagi. "Yang lain tak. Saya tak pernah dengar nama lain kecuali awak!"

Kyungsoo tidak dapat membalas.

"Dahlah, Kyungsoo..." Amanda menarik nafas panjang untuk menenangkan dirinya. "Saya tahu ia kedengaran gila. Tapi, saya rasa dia mencintai awak."

"T - tapi..."

"Saya tahu." pintas Amanda. "Anda bukan suka lelaki, dan begitu juga dia. Kamu cuma dah rasa macam keluarga. Tapi, saya dapat rasa, Kyungsoo. Macam mana awak boleh buat dia tersenyum. Macam mana awak dapat mengawalnya dan macam mana dia menolak semua orang kecuali awak."

Kyungsoo hanya terdiam kaku.

"Mungkin awak boleh bincang dengan pasal hal ni." Amanda mengangkat bahunya. "Saya tahu salah saya sebab menipu dia. Tapi, salah dia juga sebab tak berpisah dengan saya masa dia cuma memikirkan awak. Saya harap awak dapat jawapan untuk semua ini. Saya minta maaf."

My Twelve Kidnapper ✔Where stories live. Discover now