Chapter 23

256 26 11
                                    

Bab 23



Kedua-dua lelaki itu duduk dalam keadaan tidak selesa langsung tidak bergerak. Masing-masing cuba mencari sesuatu untuk dijadikan alasan untuk beredar. Charlotte yang duduk di hadapan mereka hanya merenung tajam ke arah mereka. Meneliti dan memerhati semua yang dia ingin tahu selama ini.

"Apa nama awak?" Charlotte memandang Penculik 1.

Lelaki itu menarik nafas panjang. "Suho."

Charlotte beralih memandang Penculik 4. "Awak pula?"

Lelaki itu memandang Suho sekali imbas yang sepertinya memberi isyarat kepadanya sebagai kebenaran. "L-Lay."

Charlotte mengangguk-angguk. Membuat catatan sendiri di dalam mindanya.

"Macam mana awak boleh tahu ini kami?" tanya Suho.

"Saya mungkin tak boleh nak ingat sangat ciri-ciri kamu." Charlotte mengangkat bahunya. "Tapi saya boleh kenal suara kamu dengan baik."

Suho hanya mengangguk diiringi dengan keluhan.

"Jangan risau..." Charlotte mengukir senyuman manis. "Saya dah janji tak akan ambil tindakan pada kamu."

"Kenapa?" Lay bertanya agak hairan.

Charlotte tidak segera membalas. Dia cuba memikirkan ayat yang sesuai untuk dijadikan jawapan. "Sebab saya percaya dengan kamu."

Kenyataan itu membuatkan kedua-dua mereka berpandangan.

"Jadi, Suho..."

Suho kembali memandang Charlotte. Dia masih lagi berkerut. Masih kurang senang dengan semua perkara.

"Bila kamu nak bagi saya Chicken Chop?" Charlotte mengukir senyuman sinis.

"Ah..." Suho menggolekkan bebola matanya. "Saya lupa awak anak orang kaya."

Charlotte hanya tergelak kecil. "Jadi, awak adalah anak pertama yang dijadikan anak angkat?"

Suho mengangguk. Dia tidak begitu terkejut dengan soalan itu memandangkan dia pernah memberitahu pada gadis itu sebelum ini. "Saya dengan seorang lagi."

"Seorang lagi?" Charlotte mengangkat keningnya.

"Salah seorang dari adik-beradik saya."

Charlotte hanya mengangguk-angguk kemudian mengamati wajah lelaki itu. "Nanti... Jadi awak masih berangan nak jadi vampire? Mana gigi taring awak?"

Suho menggolekkan bebola matanya. "Saya cakap lebih kurang dengan taring. Bukannya betul."

Charlotte tergelak kecil kemudian mengangguk sebelum beralih memandang Lay yang mana lelaki itu hanya duduk dengan wajah tanpa ekspresi. Buat seketika, dia menyangka bahawa lelaki itu tertidur. "Awak okey, Lay?"

"Hah?!" lelaki itu tersentak. "Saya okey. Saya okey"

"Awak tahu, Lay..." Charlotte mengukir senyuman manis. "Awak adalah orang paling sopan dan lembut bercakap dalam kalangan kamu."

"Saya??" Lay mengelipkan matanya tidak percaya.

Charlotte mengangguk. "Awak masih mengkaji pasal budaya?"

My Twelve Kidnapper ✔Where stories live. Discover now