Chapter 16 - Penculik 11

247 21 8
                                    

Bab 16

PENCULIK 11


TOK! TOK! TOK!

Charlotte dan Penculik 7 berhenti berbual serta-merta apabila mendengar bunyi ketukan itu. Charlotte hanya mendengar apa yang penculik itu katakan. Lelaki itu berusaha mengelak untuk menjawab soalan yang sensitif baginya sepanjang masa. Dia lelaki yang manis. Kalau bukan sebab Penculik 9, mesti Charlotte menyukai lelaki ini.

"Oh, sayang." Penculik 7 mengukir senyuman lebar.

"Jangan panggil saya macam tu, budak." Satu suara lembut membalas.

"Giliran awak ke sekarang?"

"Ya." Jawab lelaki bersuara lembut itu. "Saya bekerja syif malam nanti."

Penculik 7 memuncungkan bibirnya. "Jadi, saya nak main dengan siapa malam ni?"

"Main lah dengan yang lain."

Penculik 7 hanya mendengus perlahan kemudian mendekatkan mukanya ke telinga Charlotte untuk berbisik. "Kalau bukan sebab lelaki ni, mesti saya dah terpikat dengan awak."

Charlotte terkedu mendengar kata-kata lelaki itu. Hampir sama dengan apa yang berada di dalam kepalanya. Hanya untuk orang berbeza.

Penculik 7 memandang lelaki bersuara lembut itu. "Jangan mengurat dia."

"Kenapa?" lelaki itu mengangkat keningnya. "Awak suka dia ke?"

"Yang saya suka tu awak." Penculik 7 menderam.

Lelaki bersuara lembut itu tersengih sebelum mengusap kepala Penculik 7. "Dah pergi makan."

Penculik 7 berjalan keluar dari bilik itu masih dengan wajah yang dimuncungkan jelas tidak mahu.

"Awak okey, Charlotte?" tanya lelaki itu sopan.

"Ya." Charlotte mengerutkan dahinya sedikit. "Adakah awak..."

"Penculik 11? Ya." Lelaki itu bersuara lembut. Dia tahu apa yang gadis itu cuba untuk pastikan. Dia sudah sedia maklum mengenai nama-nama itu.

Charlotte mengukit senyuman manis. "Jadi, ini giliran pertama awak?"

"Ya." Suara lembut lelaki itu senang didengari.

"Lembut betul suara awak."

Penculik 11 hanya mampu mengukir senyuman. "Er... Terima kasih?"

Charlotte segera ketawa.

"Awak nak apa-apa ke?" tanya lelaki itu. "Saya boleh dapatkan untuk awak. Beritahu je."

"Saya cuma nak berkenalan dengan awak."

Penculik 11 terkejut sedikit apabila mendengar kenyataan itu. Memang benar. Charlotte ingin mengenalinya disebabkan Penculik 7 sepertinya suka dengan lelaki ini.

"O – Okey..." Penculik 11 mengerutkan dahinya sedikit. "Apa yang awak nak tahu? Dan ianya bukan sesuatu yang boleh mendedahkan identiti saya."

Charlotte mengukir senyuman. "Beritahu saya macam mana muka awak."

Penculik 11 berfikir seketika. "Muka saya macam perempuan. Semua orang cakap macam tu. Nak je saya tumbuk mereka."

My Twelve Kidnapper ✔Where stories live. Discover now