Final Chapter

57 13 9
                                    

Bab Akhir

Semua perkara yang bermula pasti akan berakhir. Setiap cerita akan mempunyai pengakhiran tersendiri sama ada menyedihkan atau menggembirakan. Sehun berjalan ke kaunter depan di mana Xiumin, Kyungsoo dan Ella sedang ketawa mengenai sesuatu yang sedang bualkan.

"Semua dah okey kat dapur ke, Sehun?" Tanya Ella ketika dia terpandang lelaki itu menyertai mereka.

"Ya." Sehun mengangguk. "Semuanya dah okey."

Kyungsoo memandang Xiumin dan Sehun silih-berganti. Dia hanya berharap semuanya baik-baik sahaja antara mereka.

"Saya rasa kita dah boleh tutup kafe sekarang." Ella meregangkan badannya.

"Walaupun masih awal?" Xiumin memandang jam di dinding.

"Baru pukul 8." komen Kyungsoo.

"Betul juga." Ella mengukir senyuman lebar. "Oleh sebab mood saya baik hari ni. Jadi, saya akan lepaskan kamu balik lebih awal dari biasa."

Kyungsoo segera tersenyum. "Ini sebabnya kami sayang awak, Ella."

"Saya tahu." balas Ella dengan nada sinis. "Jom balik. Tutup lah kedai."

"Excuse me??"

Serentak mereka semua berhenti di tempat mereka berada saat ini. Kyungsoo memejamkan matanya apabila terpandang orang yang berdiri di hadapan mereka itu. Xiumin dan Sehun turut melakukan hal yang sama. Ella pula hanya mengerutkan dahinya. Agak bingung dengan keadaan itu. Charlotte berdiri dengan senyuman yang kekok.

"Maaf, tapi..." Ella melirik ke arah yang lain. "Kami dah tutup."

Charlotte hanya tersenyum. "Jangan risau. Saya bukan datang ke sini untuk membeli sesuatu. Saya nak berjumpa dengan seseorang. "

Ella memandang yang lain sekali lagi. Kyungsoo pula hanya memandang Xiumin dan Sehun yang kini sedang memandang Charlotte dengan wajah yang serius.

"Baiklah." Ella dapat merasakan tekanan dalam situasi itu.

Charlotte memandang lelaki itu. Lelaki yang dia ingin jumpa. Sebab dia sudah membuat keputusan.

"Xiumin..."

Xiumin terkejut mendengar namanya yang dipanggil oleh Charlotte. Sehun pula hanya berdiam diri di tempatnya. Kyungsoo berusaha memandang ke tempat lain.

"Boleh kita bercakap?"

Xiumin menoleh memandang Sehun yang turut membalas pandangannya. Mereka kekal dengan posisi itu sebelum Sehun mengukir senyuman yang penuh makna sebelum mengangguk.

Xiumin kembali memandang Charlotte. "Tunggu kejap. Saya tukar pakaian seragam ni dulu."

Charlotte hanya mengangguk membiarkan Xiumin pergi ke belakang untuk menukar pakaian seragamnya. Setelah selesai, dia segera kembali ke bahagian depan di mana Charlotte sedang menunggu.

"Mari pergi."

Charlotte hanya mengangguk tidak bersuara. Xiumin memandang ke arah Sehun sekali imbas sebelum menyusul Charlotte berjalan keluar dari kafe itu. Mereka berjalan beriringan tidak bercakap. Masing-masing tidak berani bersuara. Mereka terus sahaja berjalan menuju ke destinasi yang tidak diketahui.

Apabila mereka tiba di taman berdekatan, Charlotte memberhentikan langkahnya dengan mulut masih terkunci. Xiumin pula hanya menunggu dengan sabar. Dia tidak mahu membuat keadaan menjadi lebih teruk.

"Xiumin..."

Xiumin tersentak sedikit.

Charlotte menarik nafas panjang kemudian menoleh untuk berdiri berhadapan dengan lelaki itu dengan berani. "Saya dah fikirkan semua perkara seperti yang awak nak saya lakukan."

My Twelve Kidnapper ✔Where stories live. Discover now