Chapter 12 - Penculik 8

254 25 12
                                    

Bab 12

PENCULIK 8 


TOK! TOK!

Bunyi ketukan pintu itu mengganggu masa Charlotte dengan Penculik 7. Gadis itu mendengus sedikit memandangkan dia sudah berasa selesa. Dengan caranya yang suka membuatkan gadis itu tersipu malu. Jantungnya berdegup pantas buat kali pertama selama tujuh orang yang menjaganya.

"Maaf mengganggu masa-masa indah kamu berdua." Satu suara yang asing bercakap dari muka pintu.

Gadis itu dapat mendengar Penculik 7 mengeluh perlahan memandangkan mereka berdua duduk di katil saat ini.

"Nampaknya trol dah datang untuk awak."

"Awak tahu saya boleh tumbuk awak kan?" lelaki di muka pintu itu memberi amaran.

"Apa-apa lah. Dan Charlotte..."

Charlotte membesarkan matanya apabila dia merasakan nafas lembut berdekatan telinganya.

"Gembira dapat berbual dengan awak." Bisik Penculik 7. "Sedih saya terpaksa tinggalkan awak sekarang."

"Maaf tapi... Tolong jangan buat benda macam ni depan saya." Lelaki di pintu itu bersuara lagi. "Saya adalah orang yang suci."

"Diam lah." Penculik 7 menggolekkan matanya sebelum keluar dari bilik itu.

"Jadi, tuan puteri..."

Charlotte mengangkat keningnya. "Itu nama panggilan saya ke?"

"Awak dah bagi kami nama panggilan." Lelaki itu bersuara. "Jadi, boleh lah saya pula yang bagi."

"Adakah awak..."

"Saya Penculik 8." Pintas lelaki itu.

Charlotte menarik nafas panjang. "Dah ramai sangat ni."

"Sangat ramai." Penculik 8 mengukir senyuman sinis. "Tapi jangan risau. Kami semua tampan dan kacak."

Charlotte menggolekkan bebola matanya. "Adakah awak yang mereka panggil 'Mama'?"

"Bukan." Lelaki itu membalas. "Itu orang lain."

"Maknanya dia belum pernah bertugas menjaga saya?" Charlotte membesarkan matanya.

"Ya." Lelaki itu bersuara dengan nada yang ceria. Ada aura nakal pada dirinya. Sesiapapun boleh meneka.

"Awak macam menunggu dia je?" Penculik 8 mengecilkan matanya memandang gadis itu.

"Cuma nak tahu macam mana orangnya."

"Okey lah." Lelaki itu bersuara tiba-tiba. "Awak boleh tanya saya satu soalan sebelum saya mulakan sesi saya."

"Sesi awak?"

"Ya." Penculik 8 mengangguk. "Sesi saya."

Charlotte hanya mengerutkan dahinya. Tidak tahu apa yang dimaksudkan oleh lelaki itu.

"Cepat lah! Jangan buang masa."

Gadis itu hanya mendengus perlahan. "Okey... Apa yang paling awak benci?"

"Orang sentuh telinga saya!" lelaki itu menjawab pantas. "Habis!! Sekarang, masa untuk sesi saya."

Charlotte hampir membantah. Sesi soal jawabnya berakhir dalam sekelip mata. "Baiklah. Apa sesi awak?"

"Sesi menyanyi!"

"Apa??"

"Saya akan menyanyi." Beritahu lelaki itu.

"Itu yang awak maksudkan dengan sesi awak?" Charlotte mengangkat keningnya tidak percaya.

"Mesti lah." Selamba lelaki itu menjawab. "Sekarang ni... Pilih lagu yang awak nak saya nyanyi."

"Saya tak ada idea." Charlotte mengangkat bahunya. "Awak ke yang asyik menyanyi bising malam-malam tu?"

"Ish! Tolong sikit ya." Penculik 8 menggolekkan bebola matanya. "Suara saya lebih merdu dari dia."

Charlotte hanya mampu mendengar.

"Saya hormat dengan orang yang nak tidur." Ujar lelaki itu lelaki. "Saya pun menyampah dengan dia bising."

"Oh."

"Oleh kerana awak tak pilih..." Lelaki itu segera berdiri sebelum berdehem sedikit. "Saya akan pilih sendiri."

Gateun narae taeeonaseo gateun eoneoro mareul haeseo
Cham haenguniya, cham dahaengiya
Sesange dangyeonhan geon eobseo

Gwaenchanheun oseul ibeotdeon nal
Geureoke neoreul mannatdeon geon lucky
Na chakhage saraseo geurae

"Oh wow." Charlotte bersuara di dalam hati. "Suara dia memang sedap. Lembut dan merdu."

Penculik 8 terus sahaja menyanyi seolah-olah dia sedang mengadakan concert di situ. Dia langsung tidak peduli dengan benda di sekelilingnya. Seolah-olah dia kini berada di pentas yang megah.

Neoui ireumeul bureugo neoui soneul jabado doeneun na
Buseojineun haessareun naman bichuna
Na ireoke haengbokhaedo dwae?
Naui ireumeul bureugo naui eokkaee gidae oneun neo
Jeo haneurui haessareun neoman bichuna
Neo geureoke nunbusyeodo dwae?
So lucky, my love so lucky to have you
So lucky to be your love, I am hmm

"Macam mana?"

Charlotte masih lagi ternganga walaupun lelaki itu sudah selesai menyanyi. Dia tidak mampu menafikan suara lelaki itu mampu memukau. Beberapa saat kemudian barulah dia menutup mulutnya dan bertepuk tangan. "Ia sangat sedap!"

"Betul ke?" lelaki itu bertanya teruja.

"Ya. Suara awak sangat merdu."

"Saya tahu." Penculik 8 mengukir senyuman yang sinis.

Charlotte hanya menggolekkan bebola matanya. Baru sahaja dia merasakan dia akan meminati lelaki ini. Bagaimanapun sifatnya itu membuatkan dia ingin menendang lelaki itu sebelum berbuat apa-apa.

"Boleh awak nyanyi lagi?"

"Mesti lah, tuan puteri."

Boiji annneun neol chajeuryeogo aesseuda
Deulliji annneun neol deureuryeo aesseuda

Boiji anteon ge boigo
Deulliji anteon ge deullyeo
Neo nareul tteonan dwiro naegen eopdeon himi saenggyeosseo

Neul nabakke mollasseotdeon igijeogin naega yeah
Ne mamdo mollajwotdeon musimhan naega
Ireokedo dallajyeotdaneun ge najocha mitgiji anha


Ne sarangeun ireoke gyesok nal umjigyeo




A/n: Manage to update!! Damn it. Finally... Hahaha. Dapat teka tak lagu apa tu? Hehehe. Mustahil tak dapat. Lagu lama tu. Sebab cerita ni dah lama dibuat. Jadi guna lagu lama lah. Anyway, Siapa kah gerangan Penculik 8? Leave me your answer. :)

> VOTE & COMMENT <

My Twelve Kidnapper ✔Where stories live. Discover now