SPECIAL BONUS PART

50 11 4
                                    


CHARLOTTE & XIUMIN SPECIAL

Xiumin duduk dengan perasaan penuh gementar di sofa mansion yang besar itu. Dia dapat merasakan peluhnya mengalir di mana-mana di bahagian tubuhnya walaupun cuaca sejuk pada hari itu. Dia tidak berani untuk memandang ke mana-mana selain ke atas ribanya sendiri. Dia merasakan dia akan mengeras jika berbuat demikian.

Junsu hampir ketawa melihat keadaan lelaki itu saat ini. Yoochun pula hanya tersenyum sambil memandang yang lain. Changmin duduk betul-betul di sebelah Xiumin dengan wajah yang serius. Jaejoong hanya memandang Xiumin cuba untuk mengingati setiap sisi lelaki itu. Yunho pula duduk berhadapan dengan Xiumin. Pandangannya adalah yang paling menakutkan di antara mereka.

"Okey, dahlah tu!" Changmin memecahkan kesunyian itu setelah hampir sepuluh minit berlalu. "Kamu nak buat budak ni masuk hospital sebab kena serangan jantung ke?"

Junsu tergelak serta-merta. Yoochun tergelak bersamanya. Jaejoong pula hanya mengelipkan matanya. Sepertinya dia baru tersedar kembali ke dunia nyata. Yunho masih kekal pada kedudukannya.

"Bertenanglah, Xiumin..." Yoochun tergelak sambil menepuk bahu lelaki itu. "Kami bukannya makan orang. Kami tak akan makan awak."

Xiumin hanya tersenyum kekok. Dia tidak tahu sama ada dia patut gembira dengan kenyataan itu atau tidak.

"Charlotte akan turun kejap lagi tu." beritahu Changmin.

Xiumin mengangguk perlahan.

"Hai, Xiumin!!"

Xiumin merasa begitu gembira apabila melihat Charlotte turun dari tangga. Dia tidak dapat menggambarkan perasaan itu saat ini.

"Jadi, jom kita pergi??" tanya Charlotte.

"Awak keluar dulu, budak." Yunho bersuara sebelum Xiumin dapat menjawab. "Kami perlu bercakap dengan dia dulu."

Charlotte membesarkan matanya.

"Pergi cepat."

Charlotte mendengus perlahan sebelum berjalan perlahan-lahan pergi dari situ setelah memberikan pandangan simpati kepada Xiumin. Lelaki itu pula hanya menelan air liurnya ketika bunyi pintu depan ditutup. Keadaan menjadi sunyi sepi seketika membuatkan Xiumin mengangkat mukanya untuk memandang mereka satu-persatu.

"Jangan lah takut, Xiumin." Changmin menyigung lelaki itu. "Awak kena berani. Awak kan lelaki."

Xiumin hanya mampu tersenyum. Dalam ramai-ramai abang Charlotte, Changmin yang paling cool baginya. Lelaki itu hampir membuatkannya kurang gementar.

"Saya restu awak." Junsu melemparkan senyuman ke arah Xiumin yang membalas dengan gembira.

Yoochun tidak berkata apa-apa ketika dia menepuk bahu Xiumin dengan senyuman sebelum berdiri dan berlalu pergi.

"Awak ni good looking..." komen Jaejoong sambil berpeluk tubuh. "Saya rasa tak ada sebab untuk saya tak restu."

Junsu dan Changmin berpandangan lalu menggelengkan kepala mendengar komen lelaki itu.

"Kekalkan sikap awak je." Jaejoong segera senyum.

Xiumin membalas senyuman lelaki itu kemudian beralih memandang Yunho. Dia menyesal melakukannya kerana renungan Yunho boleh membunuhnya pada bila-bila masa sahaja.

Yunho bingkas bangun sebelum berjalan perlahan-lahan menuju ke arah Xiumin membuatkan lelaki itu bergegar. "Hanya pastikan yang awak tak akan culik dia lagi."

Kali ini, Xiumin mendongak dan menatap mata lelaki itu dengan berani. "Saya tak akan buat macam tu lagi. Saya akan ambil dia dengan cara yang betul kali ni."

"Itu je yang saya nak dengar." Yunho mengukir senyuman buat pertama kali. "Sekarang, pergi lah."

Xiumin turut tersenyum kemudian tunduk sedikit untuk meminta diri. Dia berjalan keluar dari rumah itu hanya bertemu Charlotte yang berdiri risau di sana.

"Macam mana?" tanya gadis itu. "Mereka tak bunuh awak kan?"

Xiumin segera tersenyum. "Tak lah. Mereka cuma buat apa yang seorang abang patut buat."

Charlotte berkerut seketika.

"Dah, jom." Xiumin memegang tangan gadis itu sebelum berjalan pergi dari rumah itu bersama-sama.

Ini bukan kali bertama mereka keluar bersama selama setahun bercinta. Tapi setiap kali mereka keluar, ia terasa seperti pertama kali. Mereka pergi makan kemudian pergi ke taman-taman hiburan berdekatan yang mana menjadi kesukaan Charlotte.

Sekarang, mereka sedang duduk di atas rumput hijau betul-betul berhadapan dengan sebuah tasik cantik sambil makan aiskrim. Xiumin kelihatan berusaha untuk makan memandangkan aiskrimnya semakin cair. Charlotte pula hanya memandangnya sambil tersenyum. Lelaki itu makan aiskrim seperti budak kecil.

"Awak ni..." Charlotte mengelap aiskrim yang ada di pipi Xiumin. "Macam budak-budak."

"Maaf." Xiumin menggumam. "Susah sangat nak makan aiskrim."

"Mana ada." Charlotte menggolekkan bebola matanya.

"Kalau macam tu maaf sebab makan macam budak-budak." Xiumin tersenyum sinis.

Charlotte segera ketawa. "Awak sangat comel. Tak tahu pula awak boleh jadi comel."

"Awak je satu-satunya yang tahu benda ni." bisik Xiumin setelah mereka selesai makan. "Tak ada siapa tahu."

Charlotte hanya menggelengkan kepala sambil ketawa.

"Nak baring atas riba saya tak?" tanya Xiumin.

Charlotte tersenyum lebar sambil mengangguk teruja.

"Mari sini."

Charlotte melakukan seperti yang diminta. Dia baring di atas riba lelaki itu. Mereka kekal pada posisi itu buat seketika. Masing-masing menikmati keadaan yang menenangkan itu. Xiumin hanya bermain dengan rambut Charlotte yang mana gadis itu amat menyukainya.

"Xiumin..."

"Hmm??"

"Boleh awak nyanyi lagi untuk saya?"

Xiumin ketawa mendengar permintaan itu bagaimanapun tidak membantah.

Guide me yeah take me together with you to the place where you live
Oh even if the world ends, I'll follow from behind you so please don't go out of my sight
Even when the morning comes, don't disappear oh
This walk that I'm dreaming
You're my only beautiful butterfly

"Suara awak sedap." komen Charlotte.

"Saya akan menyanyi untuk awak bila-bila je awak mahu." ujar Xiumin.

Charlotte tersenyum lebar. "I love you, my kidnapper."

"I love you too, my Charlotte."

_________________________________________

A/n: Okay. Skrg btl2 dah habis. Dah tak ada lg. Hehehe. Nnt tinggal post notes je. Hehehe. Leave me your feedback. :)

> VOTE & COMMENT <

My Twelve Kidnapper ✔Where stories live. Discover now