Chapter 29

65 14 0
                                    

Bab 29



Suho menuangkan air di gelas sebelum menghulurkannya pada Kris yang kini sedang duduk di meja makan. Lelaki itu kelihatan penat. Dalam ramai-ramai orang di dalam rumah itu, dia adalah orang yang paling kuat bekerja setelah Luhan mengubah tabiat kuat bekerjanya. Xiumin yang duduk di hadapan lelaki itu hanya memandangnya risau.

"Awak okey ke, Kris?"

Kris membuka matanya perlahan-lahan setelah menutupnya beberapa minit untuk melepaskan kepenatannya. Luhan menepuk bahu lelaki itu sebelum duduk di sebelahnya.

"Saya masih okey."

"Tak, awak tak okey." Suho duduk menyertai mereka.

Kris hanya mendengus perlahan sebelum meneguk air yang ada di hadapannya itu dengan sekali teguk sahaja.

"Awak perlu berehat." ujar Xiumin. "Maksud saya... Sekurang-kurangnya ambil cuti sehari untuk rehat."

"Macam yang saya cakap..." Kris menarik nafas panjang. "Saya masih okey. Masih dapat bertahan."

"Kris..."

"Saya akan berehat..." Kris memintas sambil memandang Luhan. "Kalau saya dah rasa tak mampu.

Luhan hanya mengeluh.

"Bila rasanya tu?" tanya Suho agak bengang.

Kris hanya mengangkat bahunya. "Mungkin kalau saya betul-betul penat. Saya pun tak tahu. Sekarang saya masih mampu."

"Mungkin awak patut ambil lebih masa secara bergilir dengan Chanyeol. Kamu kan sama tempat kerja." cadang Suho.

"Saya akan bincang dengan dia." Kris mengangguk lemah. "Jangan risau."

Ketiga-tiga kawannya itu hanya mampu mengeluh.

"Saya dengar dari Chanyeol..." Kris memandang Suho. "Budak Charlotte tu datang ke sini. Betul ke?"

"Dia datang ke sini?!!" serentak Luhan dan Xiumin membesarkan mata.

Suho hanya mengangguk. "Dah dua kali."

"Dua kali?!!" sekali lagi Luhan dan Xiumin terkejut.

"Jadi..." Kris memandang gelas yang ada di hadapannya itu. "Dia dah tahu siapa kita semua?"

"Tak semua." Suho menarik nafas panjang. "Cuma Lay, Chanyeol, Tao, Chen dan saya je. Dan Kai jumpa dia semalam."

Kris hanya mengangguk.

"Dia masih nak jumpa yang lain." beritahu Suho.

"Kenapa?" Kris mengerutkan dahinya. "Kenapa dia nak jumpa penculik-penculik dia? Dia cakap dia tak nak kita bayar balik pun kan."

Suho hanya mengangguk. "Kai beritahu saya semalam yang dia nak cari seseorang dalam kalangan kita."

"Apa maksudnya tu?" tanya Luhan.

Suho hanya mengangkat bahunya. "Kai cakap mungkin dia suka dengan orang yang dia cari ni. Saya pun tak tahu. Kai tak cerita panjang."

"Pelik." gumam Xiumin. "Macam mana dia boleh jatuh cinta dengan orang yang culik dia? Kita ni dah kira penjenayah."

"Cinta itu buta, sayang." Kris memberi komen. "Lagipun, kita semua ni kan tampan. Mesti dia jatuh cinta."

Xiumin menjeling ke arah lelaki itu. Suho dan Luhan hanya menggelengkan kepala. Sekurang-kurangnya mereka tahu lelaki itu masih boleh bergurau.

My Twelve Kidnapper ✔Where stories live. Discover now