Bab 8
PENCULIK 5
Keadaan tidak pernah tegang ataupun kekok sepanjang bersama dengan Penculik 4. Lelalki itu sering bergurau membuatkan Charlotte ketawa. Dia juga sangat baik dan gadis itu tidak pernah seceria ini sepanjang dia berada di situ.
Kenyataan bahawa matanya masih ditutup dilupai buat seketika. Penculik itu mengisi masa mereka dengan memberitahu kehidupan mereka. Hanya perkara-perkara lucu. Walaupun kadangkala, sukar untuk gadis itu memahami apa yang dia katakan dengan loghat itu, ia masih membuatkan dia selesa.
TOK! TOK!
Gelak tawa mereka terhenti apabila bunyi ketukan itu kedengaran. Pintu bilik itu terbuka perlahan. Seseorang muncul di muka pintu.
"Hyung..."
"Yeah?" Penculik 4 mengangkat keningnya.
"Mereka nak awak buat sesuatu." Satu suara dalam yang kedengaran sangat garau dapat didengar dengan jelas.
"Saya?" Penculik 4 mengelipkan matanya seketika. "Tapi... Sekarang masa saya bertugas di sini."
Charlotte hanya berdiam diri mendengar setiap perbualan mereka. Jauh di sudut hatinya, dia tidak mahu Penculik 4 pergi.
"Saya tahu." Suara garau itu menjawab. "Tapi, mereka masih perlukan awak tu. Saya tak pasti untuk apa. Saya akan gantikan awak kat sini."
"Oh, okay." Penculik 4 berdiri dan mencucuk hidung gadis itu perlahan. "Syif saya dah habis. Jumpa lagi."
"Gembira bercakap dengan awak, Penculik 4!" gadis itu mengukir senyuman manis. Dia terpaksa merelakan lelaki itu pergi walaupun dia lebih suka jika lelaki itu bersamanya sepanjang hari.
Penculik 4 dan lelaki yang berada di pintu itu berpandangan seketika apabila mendengar nama itu.
"Saya pergi dulu." Penculik 4 mengangguk sebelum menutup pintu itu.
"Jadi..." suara garau itu mula bercakap dan Charlotte dapat merasakan lelaki itu duduk dengan jarak sedikit jauh daripadanya berbeza dengan Penculik 4 yang langsung tidak kisah dengan jarak yang dekat. "Saya yakin saya adalah Penculik 5?"
Gadis itu hanya ketawa. "Tekaan yang baik."
"Jadi, awak beri nama macam tu berdasarkan giliran kami bertugas menjaga awak?" tanya lelaki yang dinamakan sebagai Penculik 5 itu
"Ya." Charlotte menjawab jujur. "Memandangkan saya tak tahu nama kamu dan kamu semua asyik bertukar. Susah saya nak kenal pasti."
Penculik 5 ketawa sebelum berjalan menuju ke arah gadis itu dan membantunya untuk duduk dengan lebih selesa.
"Awak dari belakang saya ke tadi?" tanya Charlotte.
"Ya." Lelaki itu mengerutkan dahinya. "Kenapa?"
"Suara awak kedengaran seperti awak berada jauh sikit... Awak tinggi ke?"
Lelaki itu semakin berkerut kemudian membesarkan matanya. "Wow! Awak benar-benar bagus dalam meneka."
"Jadi... Awak yang paling tinggi antara semua?" gadis itu merasa lebih selesa apabila Penculik 5 selesai mengikat rambutnya.
"Bukan." Lelaki itu menjawab. Dia menarik satu kerusi sebelum duduk di atasnya. "Tapi saya tinggi lah juga."
![](https://img.wattpad.com/cover/164590248-288-k245653.jpg)
YOU ARE READING
My Twelve Kidnapper ✔
FanfictionStory ni saya dah pernah publish. Tapi dalam English. Atas permintaan ramai, Hahaha. Saya buat balik dalam bahasa melayu. Bila dua belas orang lelaki terdesak, menculik adalah jalan yang mereka pilih. Tolong jangan tiru cerita ni.