Chapter 24

96 12 2
                                    

Bab 24


Luhan melangkah masuk ke dalam rumah yang terasa amat dingin itu. Jam sudah menunjukkan pukul tiga pagi. Matanya sudah lesu. Seolah-olah dia akan tertidur bila-bila masa sahaja. Kerja membuatkan tenaganya hilang.

"Luhan..."

Lelaki itu memberhentikan langkahnya sebelum menoleh kebelakang. Dia sedikit terkejut melihat Xiumin sedang duduk di sofa dalam keadaan gelap.

"Xiumin?"

Xiumin hanya menarik nafas panjang. "Boleh kita bercakap sekejap?"

"Xiumin..." Luhan mendengus perlahan bagaimanapun menurut. Dia segera duduk di hadapan lelaki itu. "Kalau nak cakap pasal masa kerja ni... Saya tak nak berdebat lagi."

Xiumin memandang Luhan. "Luhan... Keadaan awak dah tak terurus dah."

"Mana ada-"

"Tengok diri awak tu!" Xiumin memintas. "Luhan... Awak dah semakin kurus. Pergi bertimbang kalau awak tak perasan lagi."

Luhan hanya mampu mendengus perlahan.

"Awak dah tak ada masa nak makan." Xiumin kembali memperlahankan suaranya. "Asyik pergi kerja dan penat."

"Saya perlu bekerja."

"Kita semua perlu bekerja." Xiumin membalas. "Tolong... Fikirkan diri awak walaupun sedikit. Akan tambah teruk kalau awak jatuh sakit."

Luhan tidak membalas. Dia hanya mampu berdiam diri. Xiumin tahu. Lelaki itu mungkin sudah menangis. Keadaan yang gelap membuatkan dia tidak mampu melihat dengan jelas. Tanpa banyak bersuara lagi, dia bingkas bangun dan berjalan menuju ke arah lelaki itu sebelum memeluknya.

"Maafkan saya." Luhan menggumam dengan nada sayu.

"Kami risau, Lu." Xiumin mengusap belakang lelaki itu.

"Kita perlukan duit." Luhan menggumam lagi. "Kita perlukannya."

"Saya tahu." Xiumin mendengus. "Tapi kita lebih perlukan antara satu sama lain berbanding kita perlukan duit."

Luhan hanya mampu mengangguk.

"Okey, dah tu..." Xiumin melepaskan pelukannya. "Sekarang pergi dapur. Ada seorang yang tunggu awak kat sana."

"Seorang?" Luhan mengerutkan dahinya.

Xiumin hanya mengangguk dengan senyuman sinis. Dia bingkas bangun dan beredar sambil menggumam, "Pergilah tengok."

Luhan masih kebingungan bagaimanapun bingkas bangun dan berjalan menuju ke dapur. Dia terkedu memandang satu susuk tubuh yang sedang tidur dengan kepala diletakkan di atas meja makan. Sehun. Ada makanan yang ditutup berdekatannya jelas menunjukkan apa tujuannya.

"Hunnie..." Luhan menggoyangkan badan lelaki itu. "Hun-ah..."

Sehun membuka matanya perlahan-lahan. Dia mengangkat kepalanya sebelum memandang sekeliling dalam keadaan mamai. Dia menggosok kedua-dua matanya kemudian memandang Luhan yang berada di sebelahnya.

"Luhan? Awak dah pulang?"

"Ya." Luhan berusaha menahan suara agar tidak menjadi sebak. "Kenapa awak tidur kat sini?"

"Saya tunggu awak." Jawab Sehun. "Jom kita makan sama-sama."

"Nanti..." Luhan membesarkan matanya. "Awak belum makan ke?"

Sehun hanya menggelengkan kepalanya sambil membuka makanan yang ditutupnya di atas meja itu. "Jom kita makan ya."

Luhan berusaha sedaya-upaya untuk tidak menangis. Sehun sentiasa berkelakuan seperti ini. Terutama sekali jika dia bekerja sehingga lewat malam. Sehun sentiasa menunjukkan wajah kuat walaupun sakit pada dalamnya.

My Twelve Kidnapper ✔Where stories live. Discover now