Chapter 6 - Penculik 3

277 32 8
                                    

Bab 6

PENCULIK 3 


Sudah hampir tiga jam. Charlotte benar-benar keletihan walaupun dia tidak melakukan apa-apa. Keadaan itu membuatkan otot-ototnya kebas. Badannya terasa sakit dan lenguh. Dia tidak mampu teus berada dalam posisi itu lagi. Berada dalam keadaan itu sepanjang hari untuk dua hari berturut-turut seperti satu hukuman.

Charlotte segera mengangkat kepalanya apabila terdengar bunyi pintu bilik itu dibuka. Memandangkan dia tidak dapat melihat apa yang terjadi, dia hanya mampu mengesan dari bunyi pergerakan di suatu tempat. Bermakna ada seseorang yang telah masuk ke situ. Tapi siapa dia? Adakah dia Penculik 2 memandangkan lelaki itu melarikan diri dari situ dan masih belum kembali sehingga sekarang.

"Awak okey?" Satu suara yang kedengaran tenang bertanya.

"Adakah awak..." Gadis itu berfikir seketika sambil cuba mengenal pasti suara itu. "Lelaki yang bagi sarapan pada saya pagi tadi?"

"Bukan." Lelaki itu membalas masih dengan nada yang tenang. "Saya orang yang lain."

Gadis itu mengangguk. Maknanya mereka dah bertukar orang. Lagipun, loghat daripada lelaki yang datang pagi tadi masih sudah tidak kedengaran lagi.

"Awak okey?" Sekali lagi lelaki itu bertanya. "Awak nampak penat."

"Apa awak rasa jika awak duduk kekal dalam posisi yang sama selama 24 jam?"

"Maaf." Lelaki yang sudah dilabelkan sebagai Penculik 3 itu menggumam.

Keadaan menjadi sunyi sepi seketika. Masing-masing tidak tahu hendak berkata apa. Penculik 3 kelihatan lebih teragak-agak berbanding yang lain. Memandangkan gadis itu juga duduk diam tidak bercakap, dia juga tidak tahu hendak berbuat apa. Charlotte pula seperti hanyut dalam mindanya sendiri. Dia segera teringat dengan abang-abangnya. Segala emosinya kembali.

"Ada apa-apa yang awak nak cakap?"

Charlotte tersentak apabila merasakan ada tangan yang memegang bahunya – lagi. Itu adalah kali keempat lelaki itu berbuat demikian.

"Awak memang suka meletakkan tangan kat bahu orang kan?"

"Maaf." Penculik 3 menggumam lagi sebelum mengalihkan tangannya. "Memang sifat saya macam ni. Maaf."

"Tak apa." Gadis itu mengeluh perlahan. Tidak tahu hendak berkata apa lagi. Dia masih lagi merasa lemah.

"Awak takutkan Ta – lelaki yang beri awak sarapan pagi tadi ke?"

Charlotte hampir terlupa matanya ditutup sebab dia mengangkat untuk berpaling ketika suara itu kedengaran.

"Maksud saya... Awak buat sesuatu yang buat dia ketakutan ke?"

"Saya nak bergurau je." Selamba Charlotte membalas.

"Kalau awak nak tahu... Dia menangis hampir sejam tadi."

Gadis itu terkedu seketika. "Menangis?"

Lelaki itu mengangguk walaupun dia tahu bahawa gadis itu tidak akan mampu melihatnya.

"Saya hanya bergurau je sebenarnya." Gadis itu menggumam perlahan. "Saya tak berniat nak takutkan dia macam tu."

"Dia memang tak boleh kalau pasal benda-benda seram ni." Penculik 3 membalas sambil memandang ke luar tingkap – di mana dia berdiri saat ini. "Tapi tak apa lah. Kr – maksud saya salah seorang dari kami dah tenangkan dia. Dia satu-satunya yang boleh buat macam tu."

My Twelve Kidnapper ✔Where stories live. Discover now