Chapter 38

51 9 6
                                    

Bab 38



Kris merebahkan dirinya di sofa setelah selesai mandi selepas pulang dari kerja bersama Chanyeol. Chanyeol pula sudah duduk di sofa berhadapan dengannya sambil berbual dan ketawa dengan Baekhyun.

"Dah lama kita tak pergi tengok wayang sama-sama kan?" Chanyeol bersuara sambil berfikir seketika.

Baekhyun mengerutkan dahinya sebelum menoleh memandang Chanyeol. "Saya dah cakap saya tak kisah kan. Saya tahu macam mana susah keadaan kita sekarang. Lagipun, kita ada tv kat rumah. Kita boleh tengok wayang kat sini je."

Chanyeol hanya tersenyum mendengar kata-kata lelaki itu. "Saya tahu. Tapi, saya rasa kadang tu nak juga bawa awak keluar."

Baekhyun turut tersenyum. "Ya. Tapi, kita masih sibuk kan sekarang ni? Tak apa. Saya cuma perlukan awak ada kat sini je kalau saya pulang ke rumah."

"Minggu depan saya ambil cuti sehari." beritahu Chanyeol. "Saya nak bawa awak keluar boleh kan?"

Senyuman Baekhyun semakin lebar. "Mesti lah boleh."

"Tch!" Kris mendengus kuat selepas memandang pasangan itu berbual. "Kamu buat saya rasa macam nak demam."

"Oh, tolong lah, Kris." Chanyeol segera ketawa. "Awak kena biasakan diri."

Kris menggolekkan bebola matanya. "Apa-apa pun..." Dia berpaling memandang Suho yang duduk di sebelahnya dari tadi hanya berdiam diri. Matanya lelaki itu tertutup rapat. Akan tetapi, dia bukannya tidur. Kris menyigungnya. "Hei! Apa kena dengan awak?"

Suho menggelengkan kepalanya dengan mata yang masih terpejam. "Tak ada apa."

Kris menggolekkan bebola matanya lagi. "Tolong jangan buat saya tergelak sebab awak tak pandai menipu. Beritahu je lah."

Suho menarik nafas panjang kemudian membuka matanya dan memandang Kris. "Tak ada apa-apa lah, Kris."

"Betul ni?" Kris mengangkat sebelah keningnya. Jelas dia masih tidak percaya apa yang Suho katakan.

"Ya." Suho membetulkan kedudukannya. "Saya cuma menyampah mendengar dua orang ni bermesraan."

"Diam lah!" Baekhyun menggerutu.

"Jangan lah cemburu, Suho." Chanyeol tersengih. "Awak tu perlu beranikan diri ajak Ella tu keluar."

Suho menjeling tajam ke arah Chanyeol. "Jangan nak mengada lah."

"Oh, tolong lah, Suho." Chanyeol menggolekkan bebola matanya. "Jangan ingat kami tak tahu awak selalu pergi sana dengan alasan nak melawat Sehun. Tapi sebenarnya awak nak jumpa Ella kan?"

"Mana ada lah!!" Suho menderam.

"Apa-apa pun..." Baekhyun memandang lelaki itu. "Jangan menyesal kalau ada orang potong jalan awak dulu."

Suho menggerutu lalu memeluk tubuhnya dan bersandar di sofa.

"Macam mana dengan awak, Kris?"

Kris memandang Chanyeol. "Macam mana dengan saya?"

"Bila awak nak ada kekasih ni?" tanya Chanyeol.

Kris tersengih mendengar pertanyaan itu. "Saya tak perlukannya."

"Duh..." Baekhyun menggolekkan bebola matanya mendengar jawapan itu. "Awak nak bujang sampai tua ke?"

"Saya tak kisah." Kris hanya tersenyum sambil berpeluk tubuh. "Lagipun, gadis idaman saya belum muncul lagi."

"Gadis macam mana yang awak idamkan?" Suho bertanya.

"Seorang gadis yang sangat berkarisma."

Suho mendengus mendengar jawapan itu lalu berdiri pantas. "Saya dah malas nak dengar. Saya ke dapur dulu. Tengok apa yang Kyungsoo masak untuk makan malam."

My Twelve Kidnapper ✔Where stories live. Discover now