Chapter 30

58 14 0
                                    

Bab 30


Charlotte menderam kuat. Sekali lagi kereta miliknya rosak. Dia benar-benar perlu membeli yag baru. Tapi kali ini dia agak bertuah memandangkan ianya berlaku pada hari masih cerah. Jadi dia tidak perlu memikirkan keselamatannya. Dan dia tidak perlu membuat abang-abangnya risau.

Dia baru sahaja tiba di bengkel. Kereta terpaksa ditowing dan dia menumpang mereka untuk sampai di situ. Dia perlu menunggu. Lagipun, mekanik itu cakap ia akan siap pada hari itu juga memandangkan pekerja mahir mereka berada di bengkel. Jadi, dia merasakan lebih baik dia menunggu.

"Kris!!" lelaki yang ada bersamanya itu menjerit.

Setelah beberapa kali nama itu dipanggil, seorang lelaki tinggi lampai muncul dengan tangannya masih memegang beberapa peralatan membaiki kereta. Ketampanannya hampir membuatkan Charlotte kaku di tempat dia berdiri. Lelaki itu memakai t-shirt berwarna hitam dengan jaket diikat pada pinggangnya. Ada sedikit kotoran hitam di sekitar wajahnya membuatkan dia nampak semakin tampan.

"Saya rasa awak perlu baiki kereta gadis comel ni." ujar lelaki yang memanggil tadi dengan senyuman sinis.

Lelaki tampan itu hanya mengangkat keningnya. Dia memandang Charlotte sekali imbas sambil mendengus perlahan.

"Bawa kereta ni ke garaj." ujarnya sebelum berlalu pergi.

Charlotte masih lagi ternganga.

"Awak boleh duduk di tempat menunggu, cik."

Charlotte tersentak kembali ke dunia nyata sebelum memandang ke tempat di mana lelaki itu tunjuk. Dia terus sahaja berjalan ke bilik kecil itu yang hanya ditutupi dengan dinding kaca. Ia masih selesa.

Lelaki tampan tadi muncul semula sambil membawa beberapa peralatan yang Charlotte langsung tidak tahu apakah benda itu. Lelaki itu kelihatan sedang memeriksa setiap bahagian kereta Charlotte. Hanya memandang tanpa menyentuhnya seolah-olah dia dapat mengesan hanya dengan melalui matanya. Dia memandang sekeliling cuba mencari sesuatu sebelum matanya bertemu dengan Charlotte membuatkan gadis itu merasa gementar tanpa sebab. Dia semakin gemuruh ketika lelaki itu berjalan ke arahnya. Charlotte cuba menegakkan posisi duduknya untuk tidak kelihatan memalukan.

"Cik..."

Charlotte berdehem sedikit. "Ya?"

"Boleh saya dapatkan kunci kereta awak?"

Charlotte hampir tersedak air liurnya. Macam mana dia boleh lupa memberikan kunci keretanya? Dia mula menggeledah beg tangannya sebelum menghulurkan kunci keretanya. Lelaki itu hanya mencapainya sebelum mengangguk dan berlalu pergi. Entah kenapa, gadis itu tiba-tiba sahaja berdiri dan menyusul. Dia tidak tahu apa yang mendorongnya untuk berbuat demikian.

"Apa awak buat kat sini?" tanya lelaki itu dengan suara serius.

"Saya cuma nak tengok apa masalah kereta ni." ujar Charlotte selamba.

Lelaki itu hanya mengangkat bahunya sebelum membuka penutup kereta depan. Charlotte pula berdiri sambil berfikir. Ada sesuatu yang mengganggunya. Suara lelaki itu!

Lelaki itu pula langsung tidak perasan riak wajah berubah gadis itu. Dia cuba menghidupkan enjin kereta. Kedengaran bunyi aneh ketika dia berbuat demikian membuatkan dahinya berkerut. Semua lampu menyala bagaimanapun enjin masih tidak dapat dihidupkan walaupun dicuba beberapa kali.

Lelaki itu menarik nafas panjang sebelum keluar daripada kereta itu. Dia bertanya tanpa memandang wajah gadis itu. "Kalau awak pandu kereta ni ke tempat tinggi, awak ada rasa apa-apa yang tak kena?"

Charlotte mengerutkan dahinya cuba berfikir. "Saya tak pasti."

"Pernah rasa kereta ni berat kalau awak pandu?" tanya lelaki itu lagi.

My Twelve Kidnapper ✔Where stories live. Discover now