Chapter 22

203 22 3
                                    

Bab 22



Sudah hampir tiga bulan Charlotte pulang ke rumah di mana dia sepatutnya berada. Entah kenapa, dia masih tidak berasa gembira. Dia cuba menjejaki penculik-penculik itu bagaimanapun gagal. Tiada apa yang boleh dijadikan petunjuk melainkan sifat-sifat kecil yang mampu dia kesan dan ingat.

Hidupnya sudah kembali normal. Kadangkala dia keluar bersama kawan-kawannya. Tapi bila hari mulai gelap, dia akan kembali ke rumah tanpa disuruh membuatkan kawan-kawannya merasa hairan memandangkan itu bukan dirinya yang selalu. Bagaimanapun perubahan itu membuatkan abang-abangnya berasa gembira.

"Awak nak pergi mana?" tanya Clementina, salah seorang kawan baiknya.

"Saya tak pasti." Charlotte mengangkat bahunya. Mereka kini berjalan bersama di kaki lima itu beriringan dengan Fiona, juga kawan baiknya.

"Well..." Fiona memandang gadis itu. "Lama lagi nak gelap. Apa kata kita pergi kafe yang dekat. Minum kejap,"

Clementina hanya mengangguk bersetuju.

"Jom lah!"

Mereka segera membelok. Mencari kafe berdekatan yang mereka tahu. Setelah puas mencari, mereka akhirnya masuk ke dalam sebuah kafe yang kini diiringi dengan muzik lembut sedang dimainkan. Mereka mencari meja kosong sebelum duduk dan membuat pesanan kepada pelayan.

"Awak dah putuskan nak bekerja kat mana?" tanya Fiona sebagai memulakan perbualan.

Charlotte menggelengkan kepalanya. "Belum lagi."

"Saya pelik lah...." Clementina berkerut memandang gadis itu. "Kenapa awak tak nak kerja kat syarikat abang-abang awak?"

"Saya pun tak pasti." Charlotte mendengus perlahan. "Kalau boleh saya nak elak kerja dengan mereka. Lagi suka bekerja sendiri. Mereka semua tu pun berjaya atas usaha sendiri. Saya nak jadi macam tu juga."

"Tapi... Mereka tu lelaki." Fiona bersuara. "Awak tu perempuan. Mungkin sedikit pertolongan dari mereka tak apa."

"Saya akan fikirkannya nanti."

Pada saat itu juga, makanan dan minuman yang mereka pesan sampai. Tanpa banyak bersuara, mereka terus menjamah.

Wuoh..." Clementina membesarkan matanya memandang sandwich yang baru sahaja dimakannya. "Saya tak pernah jumpah sandwich sedap macam ni. Macam mana mereka buat ya?"

"Mmm..." Fiona turut mengangguk. Merasakan hal yang sama. "Sedapnya."

Charlotte hanya memandang mereka sebelum menggigit sandwich itu. Memang benar. Ia memang sedap. Tapi, ada sesuatu yang membuatkan dia lebih hairan. Seolah-olah dia pernah merasa sandwich itu sebelum ini.

"Ada apa, Charlotte?" tanya Clementina yang sepertinya dapat melihat riak wajah gadis itu yang berubah.

"Saya rasa..." Charlotte kini sudah berkerut. "Macam pernah rasa sandwich ni sebelum ni."

"Ya ke?" Clementina mengerutkan dahinya. "Ini kali pertama bagi saya. Lagipun kita tak pernah pergi sini."

Charlotte tidak membalas. Dia kini sudah sibuk berfikir sendirian. Sebelum sesuatu kembali ke dalam fikirannya. Sandwich itu! Sandwich yang pernah diberi makan padanya oleh salah seorang penculik itu.

"Charlotte..." Fiona merenung gadis itu. "Ada apa ni?"

Charlotte tidak membalas sebaliknya bingkas bangun dan berlari ke kaunter. "Excuse me? Excuse me?!"

My Twelve Kidnapper ✔Where stories live. Discover now